Pintu lif terbuka, bau wangi wangian keluar dari lif, seperti bau syampu sunsilk, barangkali ada seorang wanita baru keluar dari lif sebentar tadi. Saad dan Azroi terus masuk ke dalam lif dan kucing tersebut turut ikut bersama mereka. Saad telah membuat keputusan untuk membawa kucing itu naik ke atas rumah walaupun dia tahu Azroi sama sekali akan membantah keputusannya. Tetap Saad sentiasa tetap dgn pendiriannya dan dia tidak pedulikan sesiapa mahupun Azroi yang merupakan jaguh taekwando selat Melaka pada dulu kala.
Sedang mereka berdiam di dalam lif sambil mendengar, tiba tiba lif terhenti di tingkat 5, lampu di dalam lif terpadam dan secara langsungnya kucing tersebut hilang dari pandangan. "Ad, mana kucing tadi?" Tanya Azroi, Saad berdiam diri sambil dirinya berada di dalam ketakutan. Kedua duanya mula membaca ayat kursi kerana fikiran mereka mula memikirkan benda benda halus yang entah wujud entah tidak di muka bumi ini. 34.56 saat berlalu dan lif mula bergerak setiap sedia kala dan kucing yang disangka makhluk jadian tadi muncul dari belakang mereka, "kan aku dah cakap tadi roi, lif kan gelap, kucing ni pun gelak, mana kita nampak dia" kata Saad dengan penuh yakin. Padahal bila ditanya Azroi tadi Saad hanya berdiam diri. Saad jugak merupakan seorang yang kuat "sembang" atau dalam kata lain pumpang pumpang lebih tapi habuk pun tarakk..
Setelah tiba di tingkat 10, mereka berjalan keluar dari lif bersama kucing tersebut dan menuju ke rumah kondominium mewah mereka yang bernombor 10-09, Saad mengeluarkan kunci rumah dari koceknya untuk membuka pintu. Memberi salam dan mula melangkah masuk ke rumah dengan kaki kanan disahut dengan bau wangi wangian rumah mereka dengan bau ambi pur yang di beli dari Mydin.. Azroi sudah mula musykil kerana kucing tersebut tidak mahu berundur dan hanya berdiam di hadapan pintu. "Roi, bawak kucing tu masuk, aku nak dia tidur rumah kita malam ni" Azroi tidak membantah lalu memanggil kucing tersebut untuk masuk ke dalam rumah. "Tam, meow meow (panggil kucing) mai masuk mai" kucing tersebut berlari masuk ke dalam rumah seperti rumah sendiri. Azroi dan Saad masuk ke dalam bilik dan bersiap sedia untuk tidur, tetap otak mereka memikirkan benda yang sama. "Ad, aku pelik lah dengan kucing tu, sesuatu sangat aku rasa ni" "kan? Macam makhluk jadian pun ada, aku pun risau ni" jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, mereka cuba untuk lelapkan mata semetara kucing itu berada di ruang tamu rumah mereka.
YOU ARE READING
Kucing jalanan
RandomCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.