"Assalamualaikum" laung Tengku Azhar.
"Waalaikumussalam. Hah! Azhar jemput masuk" jawab Tan Sri Ashraf.
"Apa khabar? Sihat? Aku tengok kau makin handsome"
"Ishh.. Merepek je kau ni Har. Kau pun apa kurangnya handsome macam dulu jugak. Aku sihat. Alhamdulillah"
"Hahha. Ada-ada je kau ni. Ehh.. Mana isteri dan anak dara kau?"
"Dorang ada kat dapur. Kejap lagi aku aku panggilkan dorang tu. Ehh.. Kenapa kita berdiri je kat depan pintu ni. Jemput duduk Har, Lisa, Rayqal, Ayez, Adrian. Jangan malu-malu buat je macam rumah sendiri"
Ujar Tan Sri Ashraf sebelum berlalu ke dapur."Ehh.. Abang nak ke mana tu?" Tanya Puan Sri Filzah apabila ternampak suaminya menuju ke dapur.
"Ohh.. Kat sini rupanya kamu semua. Abang ingat kamu semua kat dapur tu yang cari kat sana rupa-rupanya ada kat taman bunga"
"Kita orang memang nak ke depan pun sebab Mak Timah cakap tetamu dah sampai"
"Betul laa tu. Jom kita ke depan. Oh ya, Kak Timah tolong buatkan air untuk tetamu ye dan nanti tolong panggilkan kami kalau makan malam dan siap dihidangkan." Ujar Tan Sri Ashraf kepada Mak Timah sebelum berlalu ke depan bersama isterinya dan Tya.
"Baiklah Tan Sri Ashraf"
*****
"Lisa.. Bila sampai? Wah makin cantik kau sekarang ya? Tegur Puan Sri Filzah sebaik sahaja ternampak sahabat baiknya dan mereka berpelukan dan berlaga-laga pipi. Alaa yang selalu mak-mak datin buat bila berjumpa.
Sebenarnya mereka berempat telah berkawan sejak zaman Universiti lagi. Dan persahabatan mereka tetap kukuh walaupun masing telah ada commitment sendiri. Mereka pun tak menyangka yang mereka akan jatuh cinta dengan sahabat mereka sendiri. Sungguh magicnya cinta ni. Tetiba jiwang pulak.. Hehehe.
"Macam-macam la kau ni Filzah. Kata orang kau pun dua kali lima jugak. Tetap cantik dan menawan."
Memang dari zaman Universiti lagi Filzah menjadi tumpuan ramai kerana dia memiliki rupa paras yang sangat menawan. Mix blood la katakan.
"Hahaha. Alhamdulillah. Ehh.. Ni semua anak-anak kau ye? Wah handsome-handsome mereka ye." Sambil matanya memandang ke arah Rayqal, Ayez, Adrian.
"Haah.. Yang hujung tu yang sulung. Namanya Tengku Rayqal Mikhael. Yang kembar tu sorang namanya Tengku Adrian Rizqi dan sorang lagi tu namanya Tengku Ayiz Mukhriz."
"Okay la tu tiga teruna. Kenalkan ni anak perempuan aku namanya Tya Hannan" ujar Puan Sri Filzah.
Tya berjalan ke arah Tengku Mellisa dan bersalam dengannya.
"Beautiful. Dah lama aunty tak jumpa kamu. Last aunty jumpa kamu masa kamu umur 5 tahun.
Sungguh dia terpesona melihat muka Tya. Mukanya seperti bayi dan dia juga memiliki kulit yang putih dan mulus. Alis matanya juga melentik. Bibirnya pula merah bak delima. Pokoknya memang perfect. Subhanallah.
"Ish aunty ni. Tinggi pujian aunty untuk Tya . Tya ni biasa-biasa je aunty."
Pada mulanya Rayqal tak ambil peduli siapa anak kawan parentsnya. Tapi bila ummu dah mula puji tu dia mula tertarik. Ini kerana dia tahu bahawa ummunya tu susah nak puji orang.
Rayqal mencari muka gadis yang ummu puji tadi. Apabila matanya tertancap pada muka seorang gadis yang sangat menawan membuat hatinya berdegub laju. Kenapa dengan hatinya ni.
"Rayqal masih ingat Tya? Dulukan masa korang kecil Qal kan suka usik dia. Tya pulak ingat tak kat Rayqal?" ujar Tengku Azhar.
Aku kenal dengan gadis ni? Kenapa aku tak ingat? Desis hati Rayqal.
"Sorry tapi Qal tak ingat la"
"Tya pun tak ingat la uncle" sampuk Tya.
"Betul Qal dengan Tya tak ingat? Qal kan selalu usik Tya masa Tya umur 5 tahun. Time tu Qal cakap kat abi dengan ummu nak adik macam Tya sebab Tya comel macam anak patung."
"Dan Tya pula ingat tak Tya pernah cakap yang Tya nak kahwin dengan abang Qal bila Tya dah besar"
Aku cakap macam tu? Aduh malunya! Tak sememena-mena muka aku merah. Mana nak letak muka aku ni. Nampak tak yang aku gatal time kecil. Hehehe.
Tersengih Rayqal apabila terdengar abinya berkata begitu. Matanya menghala ke arah Tya. Mak aiii. Merahnya muka dia.
Budak perempuan?? Hmm yang mana ye. Ingat Rayqal! Fikir fikir fikir! Hah!! Aku dah ingat!
"Budak perempuan yang abi cakap ni budak perempuan yang tinggal berjiran dengan kita kat Johor sebelum kita pindah Kuala Lumpur tu ke?
"Hah! Betul la tu. Dulu keluarga uncle pernah berjiran dengan keluarga kamu sewaktu kita berjiran kat Johor." Sampuk Tan Sri Azhar.
Alamak!!! Mamat ni ingat la pulak. Makin bertambah merah la muka aku ni.
"Maaf menganggu semua. Ni saya bawakkan air untuk semua. Maaf la lambat." Tetiba Mak Timah menyampuk.
Fuhh. Nasib baik Mak Timah datang. Kalau tak bertambah malu aku.
"Tak pe Kak Timah. Terima kasih ye" ujar Puan Sri Mellisa.
"Jemput minum semua"
Stay tuned!

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Cinta Kita
RomanceTya Hannan - aku kena kahwin? Hmm nak terima ke tak? Tengku Rayqal Mikhael - one day you will be mine, Tya Hannan !