"Tya dah siap ke belum sayang?" Tanya Puan Sri Filzah sebaik saja Tya Hannan membuka pintu bilik tidurnya.
"Dah mama. Okay je baju yang Tya pakai ni?" Tanya Tya sambil menayangkan dress labuh yang berwarna biru navy dan dipadankan dengan shawl chiffon berwarna kelabu.
"Okay sangat sayang. You look beautiful darling." Tersenyum panjang Tya apabila dipuji oleh mamanya.
"Thanks mama. Mama, sapa tetamu yang akan datang malam ni?"
"Tya akan tahu kejap lagi. Jom turun bawah. Papa dah tunggu lama dah tu."
"Kesian papa sorang-sorang kat bawah. Hehehe. Jom mama."
*****
"Semua dah siap? Kita sepatutnya dah bertolak sekarang ni." Tanya Tengku Azhar kepada isteri dan anak-anaknya.
"Papa, abang Qal belum turun lagi" Kata Tengku Ayiz Mukhriz .
"Buat apa aja abang kamu ni. Sudah, Adrian pergi panggil abang kamu tu kata kepadanya yang kita sudah lambat." Arah Tengku Azhar kepada anaknya.
"Baiklah papa."
*****
Tok tok
"Come in"
"Abang dah siap ke belum? Papa dah bising dah tu. Tahu tak yang kita dah lambat" ujar Adrian sebaik sahaja membuka pintu bilik tidur abangnya.
Kelihatan abangnya itu sedang mencari sesuatu."Kejap la. Abang dah siap tapi abang tengah cari iPhone abang. Abang tak ingat, abang letak kat mana. Cuba Ad call number abang kejap."
"Jap Ad cuba call" ujar Adrian sambil tangannya ligat mendail nombor abangnya.
Kring
Kring
Kring
"Hah tu telefon abang berbunyi tu. Mesti ada kat mana-mana ni"
Rayqal ligat mencari iPhone nya. Ishh.. Mana pulak la perginya.
"Yeayy! Ad dah jumpa iPhone abang" ujar Adrian sambil menayang iPhone abangnya ke udara.
"Kat mana kau jumpa iPhone abang ni?"
"Kat bawah bantal peluk abang je"
"Ohh thanks. Okay jom kita turun"
"Jom lah, mesti ummu dengan abi dah bising tu" kata Adrian sebelum melangkah keluar bersama abangnya.
"Hah. Turun pun kamu berdua. Kenapa lambat sangat bersiapnya. Tahu tak kita dah lambat" ujar Tengku Azhar apabila melihat kelibat anak terunanya yang sedang menuruni tangga.
Rayqal dan Adrian hanya mampu tersengih apabila abinya dah start membebel ni disebabkan abinya tidak suka orang yang tidak menepati masa.
"Sudah-sudah. Kata kita dah lambat. Abang pun satu dah membebel tu. Abang tahu tak kalau abang start membebel mengalahkan saya yang perempuan ni" kata Tengku Mellisa.
Mereka yang berada di situ hanya mampu ketawa apabila melihat muka Tengku Azhar merah kerana ditegur sebegitu oleh isterinya.
"Amboi, bukan main kamu semua gelakkan abi ye. Jom dah kita gerak sekarang." Ujar Tengku Azhar. Huh, hilang macho aku bila isteri aku yang terchenta kata aku membebel macam perempuan.
*****
Agak sapa ye tetamu papa. Kenapa aku rasa berdebar pulak ni. Wahai hati kau jangan macam-macam.
"Tya, tya okay ke sayang? Mama tengok anak mama ni asyik mengelamun je dari tadi." Sapa Puan Sri Filzah apabila melihat anaknya mengelamum di taman bunga yang terletak di belakang rumah mereka.
"Hah? Tya okay je ma. Mana ada Tya megelamun. Tya cuma terfikir siapa la agaknya tetamu papa tu. I just curious about that."
"Oh tu Tya jangan risau la. Tya kenal siapa kawan papa tu.
Aku kenal? Tapi siapa? Kawan papa tu bukannya dua tiga orang tapi ramai kot. Sampai tak terkira. Huhuhu. Hiperbola sungguh aku ni.
"Maafkan saya kalau saya mengganggu Puan Sri dan Tya berbual, saya ingin maklumkan bahawa tetamu dah sampai Puan" ujar Mak Timah.
"Tak adanya menganggu Kak Timah. Saya berbual kosong je dengan budak mania ni"
"Mama nak kata Tya ni budak manja la yee. Kalau macam tu Tya tak nak kawan dengan mama. Tya nak kawan dengan Mak Timah je."
Mak Timah hanya tergelak kecil melihat keletah manja Tya bersama mamanya. Lagipun dia dah menganggap Tya ni macam anak dia sendiri.
"Sudah. Jangan dilayan perangai Tya ni Kak Timah. Biarkan dia. Jom Kak Timah kita sambut tetamu. Kits tinggal je Tya ni kat sini. Nanti ada la Cik Ponti teman kan dia" sakat Puan Sri Filzah sebelum dia dan Mak Timah meninggalkan Tya di taman bunga tersebut.
Cik Ponti? Tiba-tiba dia merasa seram sejuk pulak. Baik aku cabut dulu.
"Mama! Tunggu la Tya..."
Stay tuned!

YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
RomantizmTya Hannan - aku kena kahwin? Hmm nak terima ke tak? Tengku Rayqal Mikhael - one day you will be mine, Tya Hannan !