Bab 9

1.4K 71 0
                                        

"Ehem. Assalamualaikum" tegur Tya Hannan.

"Waalaikumussalam."

"Kenapa awak nak jumpa saya?"

"Saya nak bagi awak sesuatu. Tunggu kejap saya ambil barang tu Kat kereta"

Tya Hannan dan Qaisara hanya memerhati Rayqal berlalu ke keretanya.

"Agaknya apa dia nak kasi kau?" tanya Qaisara.

"Entah laa beb. Kita tengok je la nanti"

"Nah ni barangnya." Kata Rayqal sambil menghulurkan satu kotak kepadanya.

"Apa benda ni?"

"Malam nanti sebelum awak tidur awak bukak. Okay la saya balik dulu. Assalamualaikum bakal tunangku"

Terbutang mata Tya Hannan apabila terdengar Rayqal Mikhael berkata begitu. Ishh mamat ni buat aku malu je la. Tak nampak ke Qaisara ada kat sini!

"Gatalnya dia ni. Tak malu ke dekat Qaisara ni. By the way, thanks for the present. Okay pergi balik laa. Waalaikumussalam."

Ohh menghalau nampak. Tunggu laa nanti kalau kita dah kahwin.Qal akan buat Tya berkepit je dengan Qal. Hehehe.

Rayqal Mikhael hanya tersenyum gembira apabila tengok muka Tya Hannan merah apabila dia mengusik tadi sebelum dia melangkah pulang.

                             *****

"Tya.. Semua persiapan dah siap ke?" Tanya Puan Sri Filzah.

"Dah hampir siap ma. Sekarang Tya cuma tengah masukkan candy-candy ni dalam goodie bags lepas tu siap"

"Banyak lagi ke goodie bags yang belum siap? Nak mama tolong?"

"Tak payah la ma. Dah nak siap. Tinggal lagi berapa je ni. Mama pergi la masuk tidur. Kesian mama mesti penatkan."

"Tak payah nak risaukan mama sangat sebab yang nak bertunang esok tu kamu bukannya mama. Kamu tu tidur cepat jangan nak berjaga je."

"Beresss boss!"

"Ada-ada je la kamu ni. Okay la mama turun dulu ye. Good night sayang" ucap Puan Sri Filzah sambil mengucup dahi anak gadisnya itu sebelum berlalu pergi.

"Night mama."

Tiba-tiba Tya teringatkan hadiah yang Rayqal Mikhael beri kepadanya.
Hmm kat mana ye aku simpan hadiah tu ye.. Hah! Aku dah ingat kat dalam wardrobe aku.. Tya segera pergi ke bilik wardrobenya itu untuk mengambil hadiah tersebut. Agak-agak dia bagi apa ye. Tu pun kau hadiah!

Tya membalut hadiah tu dengan teliti sekali kerana dia berasa sayang untuk mengoyakkan pembalut hadiah yang cantik tu. Ni baru pembalutnya. Macam mana hadiahnya pulak mesti cantikkan. Hehe. Apabila dia membuka kotak tersebut dia melihat terdapat sehelai shawl yang sangat cantik berwarna peach di dalamnya.

Wahh cantiknya shawl ni. Kainnya pulak lembut. Mesti mahalkan shawl ni. Tya mula berangan untuk menggayakan shawl tersebut. Ehh ada kad la. Desis hati Tya sambil membuka kad tersebut.

'Shawl is only for a very special person in my heart and that person is you , Tya Hannan . I hope you're going to wear a shawl that tomorrow.'

Special in my heart? Adakah dia memaksudkan. Kalau betul la dia memaksudkan mesti best. Dan aku la orang yang paling gembira!!

Cerita Cinta KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang