Bab 12

2.7K 135 42
                                    

"Cepat la sayang pilih cincin tu"

"Sayang dah pilih tapi semua biy tak berkenan. Penat tahu tak! Kalau semua tak berkenan kita balik je la." ujar Tya sambil menahan geram.

Banyakkan la kita orang dah lima jam kat sini tapi satu cincin pun kita orang tak pilih. Semuanya gara-gara orang sebelah yang terlebih cerewet. Bila dia tunjuk cincin yang menarik perhatian dia, Rayqal akan jawab terlebih feminine la, simple sangat la dan bla bla bla.

Rayqal hanya tersengih je bila Tya start merungut. Mana dia tak reject pilihan Tya semuanya macam perempuan! Kalau dia pakai confirm kelakar.

"Apa sengih - sengih?! Fikir handsome la buat muka macam tu"

"Alololo.. Sayang kita ni merajuk laa. Come to papa. Papa cannnn hug you." usik Rayqal sambil mendempangkan tangannya, tanda mahu memeluk Tya.

"Apa hug hug? Tak halal lagi so cannot touch. Tak malu eh adik promoter tu tgk."

Tersengih malu Rayqal apabila ditegur sebegitu oleh Tya. Dia mendekatkan muka dengan telinga Tya lalu membisik " ohh I see. Tak pe lepas kahwin biy akan buat lebih lagi bukan setakat hug je. Macam-macam biy boleh buat kat Tya bila kita dah sah. Hehe"

"Tak senonoh punya perangai. Siapa tah nak kahwin dengan dia. Dah cepat la pilih cincin ni cik abang oi tak kan kita nak stay kat sini pulak kan?"

Cepat-cepat Tya tukar topik sebenarnya naik segan la jugak la bila Rayqal cakap benda double meaning ni.

"Ceh tukar topik nampak. Haha"

*****

Hari yang ditunggu oleh keluarga telah tiba. Melihatkan betapa semangatnya dan gembiranya kedua orang tua dalam menguruskan hari bahagianya bersama Rayqal membuatkan Tya berasa sungguh gembira. Rasa macam satu nikmat yang tak terhingga kerana dapat membahagiakan papa dan mamanya.

'Tya janji, Tya akan jaga perkahwinan ni sampai bila-bila. Tya tak akan hampakan harapan papa, mama, abi dan ummu. Insya Allah perkahwinan ni sampai bila². Aminn' desis hati Tya.

"Tya pergi tukar baju sekarang ye. Kejap lagi akak nak mekapkan Tya" pinta kak ani. Jurumekap yg diupah oleh mamanya. Kata mamanya sentuhan mekap kak ani sentuhan magic. Kita iya kan je laa. Haha.

"Baiklah Kak Ani"

Setelah selesai menyalin baju akad nikah. Kak ani memulakan operasi 'menconteng' wajah Tya. Tak dapat dinafikan solekan yang Kak Ani buat memang cantik.

"Wah cantiknya Kak Ani. Tya suka sangat. Terima kasih ye"

"Alaa. Biasa-biasa je Tya oi. Muka awak tu memang asli cantik. Kak Ani cuma touch up sikit-sikit je. Kak Ani balik dulu ya sebab ada pengantin lain yang Kak Ani perlu solekkan. Karang kalau lambat mahu meraung pengantin perempuan tu sebab muka tak cantik time hari akad nikah. Haha" omel Kak Ani sambil tangannya lincah menyimpan alatan make up

"Haha. Yelah Kak Ani. Kalau macam tu kita jumpa esok ye. Sebelum balik jamu la sikit juadah kat bawah tu."

"Okay. Bye Tya. Selamat pengantin baru. First night nanti jangan ganas-ganas tau. Slow-slow je. Hihihi" ujar Kak Ani sambil melangkah keluar.

Naik merah muka Tya bila dengar Kak Ani cakap macam tu. Nasib baik dalam bilik ni tak ada sapa-sapa. Fuhh.. selamat den.

Tet tet

Notifcation whatapps berbunyi. Ohh Sara rupanya. Ingatkan sapa la tadi.

Bae Sara:
Tyaaaaa!!!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now