Bab 7

1.5K 67 0
                                    

"Lepas makan nanti, ada perkara yang papa dengan uncle Azhar nak bincangkan dengan Tya dan Rayqal" ujar Tan Sri Ashraf sambil memandang Tya dan Rayqal.

Tya dan Rayqal memandang antara satu sama lain sambil menayang muka yang pelik.

"Bincang? Bincang pasal apa pa?" tanya Tya.

"Lepas makan malam nanti Tya akan tahu jugak. Sabar ye sayang."

Pasal apa ye? Dah la perkara tu melibatkan dengan mamat tu. Papa pun satu time macam ni la nak berahsia bagai. Jangan-jangan pasal tu kottt!!!!!

Oh no! Mintak-mintak la bukan perkara tu. Kalau pasal tu macam mana pulak? Adoyaiii. Poning kepala den. Ehh tetiba keluar loghat negori ni pasai apa. Hehehe..

"Abang" panggil Puan Sri Filzah kepada suaminya.

"Ye saya. Kenapa ni Zah"

"Tak ada apa. Cuma nak bagi tahu yang makanan dah siap dihidangkan. Boleh la jemput dorang makan."

"Ohh begitu. Kalau begitu jom la kita ke meja makan" ajak Tan Sri Ashraf kepada yang lain.

Rayqal, Adrian dan Ayiz membiarkan orang yang 'lebih' dewasa jalan dulu dan mereka menyusul di belakang.

"Weh Ad. Kau perasan tak perempuan yang Tya Hannan tu lawa sungguh beb. Kalau la dia jadi awek aku man best. Alangkah indahnya dunia." Ujar Adrian. Dia dah mula berangan untuk jadikan Tya awek dia.

"Banyak la kau punya awek. Berangan boleh laa. Kalau playboy tu playboy jugak la. Cuba kau jadi macam aku. Setia pada yang satu. Heheh.. Ehh abang, abang tahu ke perkara yang abi dengan uncle Ashraf nak bincangkan tu?" Tanya ayiz kepada Rayqal.

"Entah la. Abang pun tak tahu sebenarnya"

"Entah-entah pasal penjodohan abang dengan anak kawan baik dia tu tak?" tembak Ayiz.

"Ish bukan kot. Pandai-pandai la kau ni. Siap bust spekulasi liar bagai" sampuk Adrian.

"Spekualasi liar apa bendanya Ad. Aku cuma agak je. Kalau betul macam mana?"

"Sudah-sudah! Korang berdua ni asyik nak bertekak je. Kata kembar tapi perangai macam langit dengan bumi. Jom kita dah ketinggallan dah ni."

Rayqal cuba meleraikan bunga bunga persengketanan antara Adrian Dan Ayiz. Kalau tak dileraikan mereka berdua ni mahu ada yang salah sorang antara mereka cedera.

Tapi kalau apa yang dikatakan oleh Ayiz tu betul macam mana. Mati la aku!!!

Chop chop!! Kalau bakal isteri aku tu Tya Hannan.... Aku on je! Siapa tak nak woii dapat bini cun melecun plus sopan santun macam dia. Dan paling penting hati aku akan berdegub laju bila berhadapan dengan dia je. Tak pernah aku rasa macam ni kat depan orang lain.

                              *****

"Alhamdulillah. Sedap betul makanan tadi." Ujar Tengku Azhar.

"Alhamdulillah. Biasa-biasa je la Har. Sekarang boleh la kita bincangkan perkara tu"

Ujar Tan Sri Ashraf sambil memandang muka mereka semua yang berada di situ.

"Macam ni, Tya masih ingat tak permintaan papa semalam?"

Permintaan untuk kahwinkan dia dengan anak kawan papa tu. Mesti la dia ingat. Jangan cakap mamat tu bakal suami aku!!

"Ingat papa"

"Bagus la macam tu. Ini papa nak kenalkan banal suami Tya, Tengku Rayqal Mikhael. Dan papa dengan mama dah bincang dengan uncle Ashraf dan aunty Lisa dah berbincang untuk satukan kamu berdua dalam masa terdekat."

"What! Papa dah janji dengan Tya kan untuk bagi masa kat Tya untuk Tya fikir semua ni kan"

"Tya sabar sikit. Bagi papa habis cakap dulu" pujuk Puan Sri Filzah sambil memeluk bahu anak gadisnya itu. Dia tahu yang anak gadisnya cuma terkejut dan tiada ingat untuk tinggikan suara pada suaminya.

"Sorry papa, mama, uncle dan aunty. Tya tak sengaja tertinggi suara"

"It's okay sayang. Kami tahu kamu terkejut" pujuk Tengku Mellisa.

"Kamu macam mana Rayqal? Setuju ke?" tanya Tengku Azhar.

"Sebelum Rayqal buat keputusan boleh tak Rayqal cakap berdua je dengan Tya?" Ujar Rayqal sambil memandang ke arah Tya Hannan.

Apa mamat ni nak cakap dengan aku.? Bikin saspen je laa.

"Boleh. Tya bawak Rayqal kat gazebo depan rumah kita ni"

"Baiklah papa"









Stay tuned!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now