Bab 1

6.4K 76 0
                                    

PROLOG

"Kaau orang nak buat apa ni ha?!" tempik Fara agak keras. Tiga budak lelaki yang sedang berdiri mengelilinginya dipandang dengan jelingan tajam dan riak benci.

Ahmad, Ali dan Abu langsung tidak mengendahkan jeritan Fara, malah semakin galak mengejeknya.

Geram diperlakukan begitu Fara cuba melawan. Budak lelaki yang bernama Ahmad ditolak dengan kasar. Berang diperlakukan begitu, Ahmad menghampiri Fara dengan wajah bengis dan gadis itu ditolak sehingga Fara terjatuh ke dalam lopak air.

Fara terjerit kecil dan mendengus. Baju sekolah yang sudah basah lencun di tubuhnya dipandang sebelum pandangannya dibuangkan ke arah Ahmad dengan riak yang penuh kebencian. Sakit hati dan masih ingin melawan lagi lalu dia cuba bangun tetapi dia ternampak sepasang kaki sedang berdiri di hadapannya. Laju Fara dongakkan kepala dan saat itu juga dia terpandangkan seorang budak lelaki berdiri dan tajam merenung ke arah Ahmad, Ali dan Abu sambil memegang sebatang kayu.

"Kalau tak nak kena hempuk, blah!" tengking Razlan dengan suara yang kuat sambil mengayun-ayun kayu di tangannya.

Tidak terkesan dengan gertakan itu dan hendak tunjuk kuat, Ahmad melangkah setapak untuk menghampiri Razlan. Razlan masih seperti tadi, kayu di tangannya diayun untuk mengacah musuh di hadapan. Bimbang tercedera, Ahmad terus berhenti melangkah. Pandangan dibuangkan ke arah Ali dan Abu yang berada tidak jauh dari situ dan kepala digerakkan perlahan supaya mereka beredar dari situ. Mengerti dengan maksud Ahmad, Ali dan Abu mula ayun langkah untuk pergi dari situ. Tidak menunggu, Ahmad turut membuntuti kedua-dua orang sahabatnya itu dengan langkah laju.

Razlan tersenyum dan kayu di tangannya dicampakkan. Dia menoleh ke sebelah dan terus menghampiri Fara yang masih terduduk.

"Siapa nama awak?" tanyanya.

"Fara," balas Fara sepatah dengan riak yang masih terpinga-pinga. Razlan dipandang tak berkelip.

"Saya, Razlan." Tangan dihulurkan untuk Fara sambut.

Fara terdiam dan pandangannya dialihkan ke arah tangan budak lelaki itu.

"Fara nak jadi kawan saya? Buat selama-lamanya?"

Fara terkedu. Mata dialihkan ke wajah Razlan sebelum pandangannya dialihkan ke tangan Razlan semula. Lama dia begitu sebelum akhirnya huluran Razlan disambut.

Razlan tersenyum dan terus menarik Fara untuk bangun.

Sampai sahaja di tepi padang sekolah, Razlan terus duduk. Fara dipandang. Tak sangka, selepas insiden dia menyelamatkan Fara tempoh hari, hubungan mereka menjadi sebaik itu. Fara pandang Razlan sekilas sebelum melompat dan berdiri di atas kerusi panjang di hadapan lelaki itu. Tangannya diangkat dan perlahan-lahan langkahnya diatur sambil cuba mengimbangkan diri supaya tidak jatuh.

"Kelakar gila kau jawab soalan Cikgu Hamidah tadi," kutuk Fara sambil tergelak. Langkah diayun lagi.

"Betullah. Besar nanti aku nak jadi bomba." Razlan membalas mempertahankan apa yang dicakapkan semasa kelas Cikgu Hamidah sebentar tadi.

"Lawak betul. Separuh kelas pun cakap nak jadi bomba." Fara tergelak lagi. Masih geli hati dengan suasana yang agak gamat di dalam kelas hanya kerana membincangkan soalan cita-cita.

Razlan kerutkan dahi.

"Habis tu, kau cakap nak jadi pilot. Boleh pula?" bidasnya.

Fara berpusing memandang Razlan.

"Apa pasal aku tak boleh jadi pilot?" Tangan dicekakkan ke pinggang. Mata tajam merenung Razlan yang sudah berkerut memandangnya.

"Wei... Perempuan mana boleh bawa kapal terbang!" selamba Razlan mengutuk.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now