Bab 9

872 14 0
                                    

Sampai sahaja di rumah, Razlan dan Melissa terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Melihat Razlan yang hanya membiarkan pintu biliknya terbuka, Melissa terus tidak jadi hendak menutup pintu biliknya. Tuala terus dicapai dan baju yang dipakainya dibuka dan tuala dililitkan ke tubuhnya. Dia terus berpaling untuk masuk ke dalam bilik air tetapi langkahnya terhenti apabila terpandangkan Razlan di hadapan pintu biliknya.

Razlan berdeham.

"Sorry," ucapnya.

"Erm... Tak apa. Kenapa?" tanyanya dan langsung tidak mengendahkan keadaannya ketika itu.

Razlan terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tiba-tiba dadanya berdegup melihat keadaan Melissa ketika itu.

Melissa masih bereaksi selamba. Razlan dihampiri.

"Ada apa-apa yang I boleh tolong?" ucapnya perlahan.

"Erm... I need to talk to you." Razlan memandang Melissa semula dengan riak serba salah.

"Kita boleh cakap." Melissa langsung tidak menolak.

Razlan masuk dan pintu bilik Melissa ditutup. Melihat apa yang Razlan lakukan, Melissa mula rasa berdebar tetapi dia langsung tidak membantah apa pun. Razlan terus duduk di sisi katil.

"You happy, Lis?"

Melissa mengangguk.

"Tentulah," balasnya dengan senyum yang dibuat-buat.

"I nak you happy."

"I pun nak you happy juga."

Razlan tundukkan wajah dan mukanya diraup.

"Well, I rasa serba salah," ucapnya perlahan.

"Kenapa?"

"Sebab seminggu dua ni I buat you jadi decoy untuk cover I keluar dengan Fara." Razlan bersuara kesal.

Melissa senyum dan terus duduk di sebelah Razlan.

"It's okay, I faham. I akan support you, Lan," bisiknya, lembut.

"Macam mana kalau mama tanya nanti?" Razlan pandang Melissa semula.

Melissa diam. Kepala ditundukkan memandang lantai. Ya, macam mana kalau Datin Mona tanya? Itu soalan yang tak mampu untuk dia jawab. Berterus terang atau menipu?

"I tahu you takut nak tipu mama."

Melissa angguk dan nafasnya dihela. Melihat keadaan Melissa ketika itu. Razlan terus memegang tangan Melissa.

"Tapi I really want you to support me, Lis," ucapnya bersungguh-sungguh.

Melissa terus mematikan diri. Mata liar memerhati tangan Razlan yang sedang menggenggam erat jemarinya.

"Okay, just say it kalau you tak mampu. I tak akan libatkan you lagi." Razlan hela nafas.

Dengan rasa bersalah, Melissa menoleh Razlan di sebelah.

"I will do anything for you, Lan. Anything," ucapnya bersungguh-sungguh.

Razlan tersenyum dan mengangguk.

"Thank you, Lis," ucapnya dan genggaman tangannya semakin dieratkan.

Datuk Mansor dan Datin Mona yang sedang duduk di ruang tamu dipandang. Dengan hati yang berdebar, Razlan terus meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Itu keputusan yang dia buat demi untuk bersama orang yang disayanginya. Demi bersama Fara.

Mendengar sahaja kata-kata Razlan, Datin Mona terus berdiri sambil bercekak pinggang. Mata tajam memandang Razlan yang sedang mematung di atas sofa.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now