Bab 3

1.9K 47 0
                                    

Razlan hela nafas. Mata tajam memerhati skrin laptop di atas meja. Sesekali keluhan kecil dilepaskan. Melissa yang berada di sebelahnya hanya memerhati sahaja apa yang Razlan lakukan sejak tadi tanpa sebarang suara.

"Takkan tak ada data pelajar dalam ni?" bebel Razlan sambil menekan-nekan tetikus ke menu-menu yang terdapat di dalam website universiti.

"Yang boleh access cuma staf universiti." Melissa bersuara.

"Arghhh!" Razlan lepaskan keluhan keras. Tangan dibawa ke kepala dan digosok kasar.

"Kenapa ni?" soal Melissa hairan.

Razlan menoleh ke sebelah dan memandang Melissa.

"Okey... I think... I think... Fara belajar dekat sini."

Air muka Melissa terus berubah. Dia cuba untuk senyum tetapi hambar.

"Kak... Kak Fara?" tanyanya teragak-agak.

Razlan mengangguk dan tersenyum.

"Yesss!" ucapnya teruja.

"B... but... How?"

"Itulah I nak kena cari... Ermmm..." Razlan terus berdiri.

"Nak pergi mana? I boleh tolong." Melissa pamer senyum yang dibuat-buat.

"Tak apa, you just wait here," tolak Razlan lembut bersama gelengan. Tidak menunggu dia terus keluar.

Melissa yang sedang tersenyum terus berubah wajah. Telefon bimbit dicapai dan Datin Mona dihubungi.

Keluar dari bilik, Razlan terus menuju ke taman universiti. Pandangannya dibuangkan ke sekeliling mencari kelibat seseorang. Sebaik mata terarah kepada dua susuk tubuh, dia terus berlari ke situ.

"Kau orang ada jadual kelas? Bagi aku jadual kelas. Cepat! Cepat!" Razlan pandang wajah kedua-dua sahabatnya itu dengan riak gelisah.

Shafiq dan Osman yang sedang leka berbual tadi terus tercengang.

"Apa hal ni?" Shafiq kerutkan dahi. Pelik betul. Tiba-tiba muncul terus bertanyakan jadual kelas. Selama ni tak pernah pun Razlan serajin itu.

"Bagilah cepat!" desak Razlan lagi.

Shafiq terus buka beg.

"Cepatlah!"

"Sabarlah." Shafiq menggeleng. Sehelai kertas diambil dan terus dihulurkan kepada Razlan.

"Weh, kau orang tahu tak nama minah yang kita selalu buli tu?" Kening berkerut seribu. Kertas yang dihulurkan Shafiq diperhati.

Shafiq dan Osman berpandangan sesama sendiri.

"Haah, kan. Apa nama dia, ya?" Shafiq buat muka blur.

Razlan mendengus.

"Itulah, dia satu lab dengan kita kut!" Rambutnya diraup.

"Penting ke?" Osman pula bertanya.

"Entahnya," celah Shafiq pula. Tiba-tiba aje tanya pasal perempuan tu.

"Cisss!" Razlan tengok jadual kelas itu semula.

"Lab kelas kita dah habis!" luahnya kecewa.

"Yalah, esok start exam, kan?" Shafiq mengingatkan.

"Wei... Kita ada ambil paper sama dengan minah tu tak?" Beria-ia Razlan bertanya.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now