Bab 8

961 16 0
                                    

Razlan memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan kereta Fendi. Dari dalam kereta mereka dapat melihat Fendi dan Melissa sudah menanti di luar kereta sedang menunggu mereka.

"Thanks for tonight." Fara tersenyum sambil buang pandang ke arah Fendi dan Melissa tidak jauh dari situ.

"No problem. See you again." Razlan turut tersenyum.

Fara kerutkan dahi. Bahu dijongket.

"Susahlah," balasnya sepatah.

"Eh, kenapa pula?" Razlan sudah mulai rasa kurang senang.

"Well, mama's kita." Sekali lagi Fendi dan Melissa dipandang.

Razlan turut memandang ke arah mata Fara terarah.

"Ala, dia orang kan ada nak cover kita," balasnya selamba.

Fara tarik muka.

"Sampai bila? Nanti kantoi juga," bidasnya.

"Tak payah fikir lagi. Kita enjoy life dulu okey?" pujuk Razlan, lembut.

"Hurm... Peluang untuk Melissa juga." Fara pandang Melissa semula.

"Peluang?" soal Razlan tidak faham.

"Dia kan suka berdamping dengan awak." Aura cemburu sudah mula kedengaran.

Razlan hela nafas.

"Dia adik angkat saya, Fara."

"Sure." Fara tersenyum. Hambar.

"Okeylah, saya keluar dulu," ucapnya datar.

Razlan angguk.

"Good night," ucapnya dan terus keluar dari kereta.

"Fuh! Thanks God, Fara." Fendi terus bersuara sebaik Fara menghampirinya.

Fara kerut kening. Fendi dan Melissa dipandang silih berganti.

"Mama call saya tadi," terang Melissa.

"So, apa jadi?" soal Fara agak cemas. Bimbang juga dia kalau perkara sebenar diketahui Datin Mona. Kalau sampai perkara itu terjadi, tentu susah mereka nanti.

"Nasib baik Fendi pandai cover." Melissa pandang Fendi di sebelah.

Fara senyum dan terus memeluk Fendi.

"Good job, Fendi!" Dari dalam kereta, Razlan hanya memerhati sahaja tindakan Fara yang sedang memeluk Fendi ketika itu.

Melissa hanya memerhati sahaja apa yang Fara lakukan dan dia terus meminta diri untuk beredar. Fara dan Fendi mengangguk. Melissa terus pergi.

"Apa hal tu?" soal Razlan sebaik Melissa masuk ke dalam perut kereta dengan wajah yang sudah berubah riak.

"You tahu tadi mama call. I panik. Mujur Fendi pandai cover," terang Melissa.

"Oh!" Sepatah Razlan bersuara sambil mata masih tidak berkalih memandang Fara dan Fendi yang sudah masuk ke dalam kereta. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati melihat perhubungan baik Fara dan Fendi atau lebih tepat lagi dia cemburu melihat kemesraan tersebut.

"Good morning, semua," sapa Razlan yang baru turun dari bilik. Datin Mona dan Melissa yang sedang menikmati sarapan pagi mereka dihampiri. Kerusi ditarik dan dia terus duduk.

"Pergi mana malam tadi?" Datin Mona pandang Razlan. Cawan yang masih dipegangnya terus diletakkan ke atas meja.

"Saja round-round. Tengok KLCC." Razlan terus duduk.

"KLCC? Lis cakap tak pergi KLCC pun." Datin Mona kerut dahi. Mata tajam merenung Razlan di sebelah.

Razlan berdeham dan berkalih memandang Melissa.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now