Bab 13

731 11 0
                                    

Anita mengerling ke sebelah. Sejak tadi begitulah reaksi Datin Mona. Membebel-bebel selepas selesai presentation untuk pitching di pejabat Tan Sri Ariff tidak seperti yang diharapkan. Dia hendak cakap lebih-lebih pun tidak berani. Jadi cara yang terbaik, diamkan diri sahaja.

"Arghhh!" jerit Datin Mona melepaskan geram.

Sekali lagi Anita menjeling Datin Mona di sebelah.

"I hate that bitch!" marahnya agak keras. Lebih menyakitkan hati apabila teringatkan apa yang berlaku selepas presentation Datin Liza tadi. Boleh pula Tan Sri Ariff bergelak ketawa dan berbual mesra dengan Datin Liza begitu. Sungguh dia rasa tercabar.

Anita menggeleng.

"Sabar, Datin. Kita tak tahu result pitch tu macam mana," pujuk Anita lembut.

"I dah boleh agak dah. Tan Sri tak gelak pun time kita keluar," bebelnya.

"Datin, I rasa Tan Sri profesional. Dia akan evaluate semua pitch professionally." Anita memujuk lagi.

Datin Mona melepaskan keluhan berat. Pandangannya dibuangkan ke luar kereta.

"Apa pun I rasa Datin superb masa presentation tadi," puji Anita bersungguh-sungguh.

"Thanks, Anita." Nafas dihela. Ada sedikit kelegaan dari nada suaranya ketika itu.

"Insya-Allah, Datin. Datin akan berjaya," pujuk Anita lagi.

"Still, kalau tak ada betina tu masuk campur, kerja kita lagi senang." Suaranya mula bernada tinggi semula.

Anita terdiam dan meneruskan pemanduannya. Bila Datin Mona sudah mengeluarkan ayat makian begitu, dia pun tidak tahu macam mana hendak memberi komen lagi.

"Anita, just drop me dekat Pavilion," suruhnya.

"Tak balik rumah?" Anita menoleh ke sebelah sekilas.

"I stres. I nak jumpa my beauty therapy."

Anita mengangguk.

"Okey," balasnya sepatah. Kereta terus dipandu menuju ke tempat yang disebutkan Datin Mona tadi.

"I think Datuk pun ada somewhere around there. Mungkin you boleh tolong dia." Datin Mona mengerling Anita sekilas.

"Okey, Datin," balas Anita sambil tersenyum.

"Thanks, anyway. I know ini bukan job scope you."

"Well, part of great experience ni, Datin."

Datin Mona tersenyum.

"Bagus you ni. Memang calon menantu terbaik," pujinya.

Anita tergelak.

"Ada-ada ajelah Datin ni," balasnya dan terus memandu dengan riak serba salah.

Datin Mona buang pandang ke arah Datuk Mansor yang sedang leka membaca buku di atas katil. Tangannya yang baru disapukan losen, digosok-gosok.

"I rasa I nak kahwinkan Lan," ucapnya tiba-tiba.

Datuk Mansor terus jatuhkan buku yang dibacanya ke paha.

"Kahwinkan Lan?" soalnya. Entah apalah agaknya yang bermain di kepala isterinya. Apa tidaknya tiba-tiba sahaja memberi cadangan begitu. Lupa agaknya yang Razlan masih lagi sibuk belajar di Amsterdam sana.

Datin Mona mengangguk.

"Okey, tapi calonnya tu siapa?" soalnya.

"Anita."

"What?" Hampir terkeluar isi perut Datuk Mansor sebaik nama Anita disebut. Dalam banyak-banyak perempuan kenapa Anita juga yang disebutnya?

"Okey apa Anita tu," ucap Datin Mona bersungguh-sungguh. Datuk Mansor dijeling.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now