Bab 15

1.4K 14 3
                                    

Anita semakin bingung. Tiba-tiba sahaja Datin Mona menghubunginya dan meminta mengikutnya. Dia pula terus sahaja keluar tanpa memaklumkan kepada Datuk Mansor terlebih dahulu.

Beberapa hari lepas pula, beria-ia Datin Mona mengajaknya makan malam. Rupa-rupanya sebab hendak memberitahunya tentang rancangan Datin Mona untuk menyatukannya dan Razlan. Memikirkan itu dia semakin risau.

"Datin. Datin tak cakap lagi kita nak ke mana ni?" soal Anita serba salah. Keretanya terus dipandu. Sesekali Datin Mona yang sedang duduk di sebelah dikerling dengan kening berkerut.

Datin Mona tersenyum penuh makna.

"Adalah," balasnya sepatah.

"Datin ajak saya keluar, Datuk tahu tak?" soal Anita lagi.

"Mestilah." Teragak-agak Datin Mona membalas padahal Datuk Mansor langsung tidak tahu. Dia pun malas hendak memberitahu Datuk Mansor tentang rancangannya sebab dia tahu pasti suaminya akan membantah dengan berbagai-bagai alasan.

"Errr... Kita dah janji saya cuma tolong Datin masa pitching hari tu, kan?" Anita masih bereaksi serba salah.

"You janganlah risau. Kita nak ambil seseorang ni. Dekat KL Sentral."

"Siapa Datin?" Anita kerutkan dahi. Berdebar pula dia mendengar apa yang Datin Mona perkatakan. Mungkinkah Razlan yang dimaksudkan?

Datin Mona hanya tersenyum sahaja.

"You drive aje ke KL Sentral. Nanti you tahulah."

Anita akur tetapi dalam hati dia seakan-akan sudah dapat mengagak siapa yang akan ditemuinya sebentar lagi.

"Ha, itupun dia. You berhenti dekat situ." Datin Mona menunjukkan ke arah Razlan yang sudah menanti di luar KL Sentral. Anita hanya mengikut sahaja arahan yang Datin Mona berikan. Kereta BMW 5 siri itu diberhentikan betul-betul di hadapan seorang lelaki muda yang tidak dikenalinya. Sebaik Anita berhenti, Datin Mona terus keluar.

"Mama," tegur Razlan dan tangan Datin Mona dikucup.

Datin Mona tersenyum.

"Lan duduk depan, biar mama duduk belakang," suruhnya.

"Hah?" Razlan tercengang.

"Belakang selesa sikit. Mama sakit pinggang." Datin Mona beralasan.

Razlan jengukkan kepala ke dalam kereta dan dia terus terpandangkan Anita. Anita pamer senyum tetapi senyum yang dibuat-buat.

Tidak menunggu Razlan terus masuk sebaik beg bajunya diletakkan ke dalam bonet kereta.

"Hai..." sapanya ramah.

"Hai..." balas Anita sepatah. Sungguh dia rasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. Malas hendak berlama-lama, kereta terus dipandu pergi dari situ.

"Anita, tolong berhenti dekat depan tu," arah Datin Mona tiba-tiba.

Anita tercengang. Datin Mona dipandang dari cermin pandang belakang. Melihat reaksi bersahaja wanita itu, arahan Datin Mona diturutkan. Kereta terus diberhentikan.

"Mama nak ke mana pula ni?" bebel Razlan tidak puas hati.

"Saloon. Tempat biasa tu," balas Datin Mona selamba.

"Laaa, kalau macam tu tadi tak payah ambil Lan pun tak apa." Keluhan kecil dilepaskan.

"Alaaa, on the way, kan? Lagipun alang-alang Anita tolong drive ni." Datin Mona membalas selamba.

Anita terus pandang ke tempat lain kerana rasa tidak selesa.

"Anita," panggil Datin Mona.

Anita menoleh.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now