Bab 6

1.1K 19 0
                                    

National University of Ireland.

Razlan terus bangun dan dengan tergesa-gesa begnya dikemaskan. Selesai, beg disandangkan ke bahu dan dia mula buka langkah. Shafiq dan Lily yang berada di situ terus kerutkan dahi dan Razlan dipandang tak berkelip.

"Woi! Nak ke mana?" tegur Shafiq apabila Razlan sudah mula buka langkah.

"Amsterdam." Selamba Razlan membalas.

"Gila apa kau ni?" Lily geleng kepala.

"Bukan jauh pun." Razlan tayang sengih sambil membetulkan beg yang disandangnya.

"Kau tak nak ambil exam ke apa?" Shafiq membidas pula. Geram pula dengan perangai Razlan sejak akhir-akhir ini.

Razlan buat muka endah tak endah dan terus ayun langkah.

"Paper aku lima hari lagi," balasnya selamba.

"Haih... Dah mabuk cintalah ni?" usik Lily sambil ketawa. Sudah macam orang angau dilihatnya Razlan sekarang.

Langkah Razlan terhenti. Dia menoleh memandang Lily dan Shafiq semula dengan sengih lebar di bibir.

Shafiq tergelak.

"Power penangan Si Fara ni," giatnya.

"Kau orang jangan nak mengarutlah."

"Dah pegang tangan belum?" usik Shafiq lagi dengan tawa yang masih bersisa.

"Woi, kau ni Shafiq. Mestilah dah!" Lily sambung ketawa.

Razlan mendengus. Malas hendak melayan sahabat dua orang itu, dia terus beredar.

Shafiq menggeleng dan memandang Lily di sebelah.

"Haih, apa nak jadi dengan member kita ni?" bebelnya.

"Biarlah. Sweet apa."

"Sweet memang sweet. Kantoi exam nanti barulah tahu sweet sour dia."

Lily mencemik.

"Eleh, dengki betullah kau ni. Tak ada awek cakaplah," ejeknya.

"Woi!" Shafiq terjerit. Amboi, sesedap lidah sahaja Lily mengutuk. Marahnya dan Lily dijeling.

Amsterdam.

Ting! Tong!

Terdengar loceng rumahnya berbunyi, Fara tergesa-gesa berlari menuju ke pintu. Daun pintu terus dikuak. Sebaik terpandangkan Razlan yang sedang berdiri di muka pintu, dia tercengang.

"Amboi, cepatnya sampai," tegurnya. Dahinya dikerutkan.

Razlan hanya tersenyum sahaja dengan tangan disembunyikan di belakang tubuh.

Fara gerakkan kepalanya ke sebelah cuba untuk melihat apa yang Razlan sembunyikan tetapi cepat sahaja Razlan menggerakkan tubuhnya mengikut gerak kepalanya. Fara mendengus geram.

"Apa dekat belakang tu?" soalnya. Kerutan di dahi berkerut semakin dalam. Apa sahajalah yang Razlan hendak buat sekarang? Haih!

"Rahsia." Razlan pamer senyum penuh makna.

"Untuk saya ke?" Fara menduga.

"Rahsia." Razlan jongketkan kening pula. Senyum terukir semakin lebar.

Fara mencemik.

"Hurm... Menyampah!" ejeknya. Tangan dipelukkan tubuh dan dia berpaling ke arah lain.

Melihat reaksi Fara ketika itu, Razlan tergelak. Bunga yang disembunyikan di belakang tubuhnya terus dihulurkan di hadapan Fara.

"Untuk awak," ucapnya perlahan bersama senyuman.

Sesal Separuh NyawaWhere stories live. Discover now