♦ Jimin ♦

973 50 3
                                    


Request by : JungYeon728

_______________________

Name : Nadiah Kim (ulzzang)

Bias : Jimin

Genre : sad + happy

Thanks for request !.

__________________________

" Eomma.. Tolong lah.. Jimin tak nak kahwin dengan dia! Jimin tak kenal pun dia.. Ni lagi nak kahwin dengan dia?" Jimin meraup wajahnya. Dia sungguh tidak percaya akan dijodohkan dengan seorang perempuan yang amat tidak dikenalinya.

" tapi Nadiah tu baik orangnya.. Walaupun dia bukan setaraf dengan kita.. Eomma tetap berkenan dengan dia.. " Kata eomma Jimin yang cuba memujuk Jimin. " eomma nak kahwinkan Jimin dengan perenpuan kampung tu?! " Jimin meninggikan suaranya.

" JIMIN! Eomma tak pernah ajar kamu kurang ajar macam ni! " Eomma Jimin memerahinya. " Jimin tak nak kahwin dengan dia.. Jimin tak kenal dia.. Ni lagi cinta??! " Jimin cuba membantah lagi.

"Eomma tak kira! Kamu kena juga kahwin dengan dia! Ini untuk ubah perangai kamu Jimin! Tiada lagi bantahan! Paham! " Eomma Jimin meninggalkan Jimin di dalam biliknya.

" Aishhhh!!!! " Jimin menyerabutkan rambutnya. Pening kepalanya. Mengapa dia yang mesti mengahwini perempuan itu? " Aku tak sedia nak kahwin lah! " Jimin amuk. Dia berbaring di atas katil.

Kipas yang berpusing dipandang lama. Mukanya berkerut menahan amarah. " ini semua untuk kebaikkan kamu Jimin.. Ini untuk ubah perangai kamu tu.. " Kata kata itu masih diingati.

" Teruk sangat ke perangai aku? Aku cuma nak berseronok.." Jimin mengeluh. Mahu atau tidak dia terpaksa akur.

[ Skip ]

Majlis perkahwinan selesai dijalankan. Semuanya berjalan dengan lancar. " Jimin.. " Eomma Jimin memanggil Jimin. " erm? " Jimin acuh tak acuh. " Pergi la tengok wife kamu dalam bilik.. Mesti dia tunggu.. Layan dia dengan baik tau.. Arraseo? " Kata Eomma.

" Arasseo.. " Kata Jimin. Tetapi dia tidak lagi dapat menerimanya. Pintu bilik dikuak perlahan. Kemudian Jimin masuk ke dalam. " Awak penat? " Sapa Nadiah dengan baik. Jimin memandang tajam ke arah Nadiah.

" Kau sibuk pehal?! Bukan urusan kau.. " Jawab Jimin. Nadiah hanya tersenyum. Dia tahu bagaimana rasanya Jimin dipaksa kahwin dengannya. " Oppa nak air? " Tanya Nadiah lagi.

" eh kau ni kan bising lah! Kau diam sikit boleh tak! " Jimin merebahkan dirinya di atas katil. Sempat lagi dia menjeling ke arah Nadiah. " Kalau oppa penat saya boleh urutkan.. " Nadiah masih berdegil.

Jimin merapatkan mukanya kepada Nadiah. Jarak antara mereka amat dekat. " ni yang kau nak kan? " Jimin bertanya. " Saya ikhlas kahwin dengan awak.. " Kata Nadiah dengan perasaan takut.

" kau ingat aku tak tahu? Kau kahwin dengan aku sebab nak bolot semua duit keluarga aku kan? Kau ingat aku tak tahu ke? Dasar perempuan tak sedar diri! " Jimin menonjol kepala Nadiah dengan kasar.

Nadiah bergerak sedikit. " Saya tak nak harta awak.. Saya ikhlas.. Sebab saya nak ubah perangai awak.. Saya hanya turuti perintah eomma awak jer.." jelas Nadiah.

" kau nak ubah apa?! Kau ingat kau hebat sangat ke?! Aku akan ceraikan kau tak lama lagi! Ingat! " Jimin menjerit di telinga Nadiah. Nadiah cuba menahan. Takut dia pada Jimin sehingga mengalirkan air matanya.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now