♦ Wonwoo ♦

606 30 3
                                    


request by : wonuuu__
______________________________

Name : Park Eunbin

Bias : Jeon Wonwoo

Genre : sad

Thanks for request ~!
______________________________

Eunbin berjalan menuju ke sebuah bangku berdekatan dengan sebuah kedai kek. Ramai manusia didalamnya sedang menikmati makan malam mereka.

Ada yang membawa keluarganya, ada yang membawa rakannya dan yang paling menangkap perhatiannya adalah sepasang kekasih yang duduk bersama menikmati kek.

Dia tersenyum tipis. Jikalau lah dia diberikan kebahagian seperti itu. Sudah tentu dia tidak akan sia-siakannya. Tetapi bahagia tidak lagi datang padanya lagi. Dia yakin suatu hari nanti dia juga akan bahagia seperti orang lain.

Semua orang layak mendapat kebahagiaan. Cuma lambat atau cepat sahaja. Itu lah motivasi yang ditanam di dalam diri Eunbin setelah hatinya dirobek dengan kejamnya.

Dia melabuhkan punggungnya diatas bangku. Melihat kereta yang lalu disitu. Sungguh sibuk bandar ini pada waktu malam. Tetapi angin malam yang bertiup dengan perlahan membuat hatinya tenang. Banyak sejarahnya disini. Kenangan pahit, manis tercipta. Semuanya bermula di kedai kek ini.

Buku diari yang dipegangnya diletakkan diatas pehanya. Semua luahan isi hatinya dicatatnya disitu. Tiada sesiapa yang dapat memahami dirinya kecuali dia sendiri. Buku diari itu diselak helaiannya.

Matanya tercacap di helaian yang mempunyai sekeping gambar yang meninggalkan seribu satu makna baginya. Sekali lagi dia tersenyum nipis.

" kenapa kau bagi harapan yang cukup besar kepada aku? tetapi kau langsung tiada niat untuk menjaganya? " Kata Eunbin sendirian. Dia mengeluh. Rambutnya yang terhurai kehadapan diselaknya kebelakang.

Dia membuka helaian yang baharu. Pen di dalam poket seluarnya dikeluarkan.

' To : my only one crush

Dear crush, sihatkah kau sekarang ni? Aku harap kau sihat seperti mana dulu yang aku kenal.
Dear crush, bahagiakah kau sekarang tanpa aku? Aku tahu kau lagi bahagia tanpa aku. Aku harap kau terus bahagia dengan insan yang dipilih.
Dear crush, rindukah kau kepada aku? Aku rasa tidak. Pemergian aku langsung tiada makna buat kau. Tetapi ia amat terkesan di hati aku.
Dear crush, aku rindu kita yang dulu, aku rindu semua tentang kau, aku rindu nak berbual dengan kau, aku rindu wajah kau yang terkadangnya menakutkan.
Bila kita boleh bersama seperti dulu? Tak mungkin.. Sebab kau dah berubah.
Kau bagi aku harapan.. Tetapi kau tinggalkan macam tu saja..
Tetapi aku tetap rindu kau setiap hari dan setiap masa.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now