♦ Jimin ♦

615 33 1
                                    


Request by : Chim_LyMin

__________________________

Name : LyMin

Bias ; Jimin

Genre : Happy

__________________________

Seperti biasa Lymin akan berada di perpustakaan setelah tibanya waktu rehat. Kaca matanya dipakai sebelum membaca buku. Dia memandang sekeliling perpustakaan. Semua tekun membaca buku. Dan ada juga yang hanya duduk sahaja.

Dia mengorak langkahnya ke rak-rak buku. Alangkah gembiranya dia melihat banyak yang buku sudah diperbaharui. " hari ni nak baca buku apa eh? " kata dia sendirian sambil memegang dagunya. Sememangnya dia suka membaca buku tentang pelajaran.

Tapi adakalanya dia suka membaca buku novel kisah dongeng yang telah dipermodenkan. Lymin membelek-belek buku di situ. Tiba-tiba sahaja matanya tertumpu pada sebuah buku. Dia sekali lagi tersenyum. Sedikit sebanyak buku itu telah menarik minatnya untuk membaca isi kandungannya.

' Beauty and the Beast ' judul yang tertera dihadapan kulit buku tersebut. Lymin membuka membuka buku itu untuk melihat isi kandungannya sekali lalu. " urm.. macam best je.. " Lymin menganggukkan kepalanya. Lantas dia mengatur langkahnya ke tempat duduk berdekatan.

Lymin hanya menumpukkan kepada pembacaannya. Orang disekelilingnya langsung dia tidak dipedulikan.

_

" weh aku nak pergi perpustakaan dulu ni.. dah lambat.. " kata Jimin kepada kawannya Taehyung. " kau sejak ni asyik pergi sana je.. setahu aku kau ni pemalas nak baca buku? " Tanya Taehyung.

" ini namanya manusia berubah.. " Jawab Jimin dengan selamba. " eleh.. berubah konon.. mesti sebab yeoja pendiam tu kan.. alah tak yah nak tipu lah.. aku kenal kau ni.. dah dah pergi lah.. shuh shuh.. " Perli Taehyung. Dia sudah tahu bahawa Jimin tidak akan membaca buku walaupun dipaksa.

Ini kan lagi mahu ke perpustakaan untuk membaca buku? Tidak itu bukan Jimin. " hehehe.. annyeong! " Jawab Jimin lalu beredar dari situ. " Woi! jangan lupa tanya nama dia! " jerit Taehyung.

" Nae!! "

_

" aishhh.. penat.. " Jimin mengeluh. Kedua tangannya diletakkan di atas lutut. Peluhnya yang menitis di dahi dilapnya. Mata Jimin meliar melihat ke dalam perpustakaan. Dia tersenyum. " tu dia.. " desis hati Jimin.

Sehelai demi sehelai helaian buku itu dibelek. Terukir senyumannya apabila membaca. Terusik hatinya dengan adegan yang amat disukai dalam buku itu. " wah.. romantiknya.. " kata Lymin dengan perlahan.

" apa yang romantik? " Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencuri-curi mendengar kata-kata yang baru sahaja dikeluarkan oleh Lymin.

Rambut Lymin yang terurai kehadapan diselaknya ke tepi. " gulp.. " Jimin meneguk air liurnya. Cantik sungguh Lymin dipandangannya. Pediam, pemalu, sopan, baik. Dia sempurna dalam hati Jimin.

" Woi! jangan lupa tanya nama dia! "

Tiba -tiba Jimin teringat sesuatu yang dipesan oleh Taehyung. " Ahh.. nama dia.. " baru Jimin teringat. Tapi bagaimana caranya untuk dia menanyakannya? " tak kan lah aku yang nak tanya.. malu lah aku kalau dia tahu.. " Jimin mengeluh.

Dia cuba mencari akal. Tapi satu pun tidak muncul dikepalanya.

" kringgggg "

Loceng bunyi menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Lymin mengeluh. " haih.. tak sempat nak habiskan buku ni.. " omel Lymin. Ditutupnya semula buku tersebut. Lantas dia bangun dari tempat duduknya lalu ke rak buku. " omo! dia bangun! " Jimin mula menggelabah.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now