♦ Jungkook ♦

600 29 4
                                    


Request by ; EypahZahasmi

__________________________

Name ; Zulfah

Bias ; Jungkook

Genre ; Sad

Thanks for request ~!

__________________________

" Huh.. " Jungkook melepaskan keluhannya. Kepalanya dialihkan mendongak ke atas langit. Hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Hanya Jungkook seorang sahaja yang berada di tempat sunyi itu.

Hampir jam 11 malam, tetapi dia masih tidak pulang ke rumah. Rambutnya yang kehadapan akibat basah dikebelakangkan. Matanya ditutup. Menggigil seluruh badan Jungkook akibat kesejukkan.

Baju dan seluarnya sudah pun lecun. Di dalam hujan itu juga tangisannya mula keluar. Biarlah orang lain tidak nampak tangisannya di dalam hujan lebat itu kerana dia sahaja dapat memahami perasaannya sendiri. Tiada lagi yang lain.

" Kenapa sekejap sahaja masa ni berlalu.. aku rasa macam baru kenal kau semalam... " kata Jungkook seorang diri. Tangan kanannya dilihat. " terima kasih sebab sudi jadi isteri saya.. " Jarinya dipandang. Cincin. Ya, cincin yang membawa seribu satu makna dalam hidupnya.

Yang membuatnya bahagia.

Dan juga membuatnya derita.

Tetapi ini lah kenangan yang paling tidak akan dilupakan olehnya.

Mungkin selamanya.

Ya betul, selamanya.

Flashback

Keretanya dipakir dipakir di tempat letak kereta bagi pelajar yang belajar di kolej Itaewon. " Besar juga kolej ni.. " Kata Jungkook dengan kagum. Kepalanya dianggukkan sedikit. Jamnya dikerling.

Masih ada banyak masa sebelum kuliah bermula. Jungkook melangkah keluar dari perut keretanya. Jaket hitam kegemarannya disarung pada tubuh tegapnya.

Pas juga digantung di lehernya dan tidak lupa juga dengan buku-buku yang dibawa ditangannya. Dengan gementarnya dia melangkah masuk kedalam kolej tersebut. Terasa gementar itu semakin menjadi-jadi kerana ini adalah kali pertamanya dia belajar dikolej ini.

Matanya meliar melihat disekitar kolej tersebut. Cantik dan besar. Dia amat mengkagumi.

" Eh siapa tu? "

" pelajar baru kot.. "

" wah.. hensem kan.. "

" hai oppa.. "

Sapa perempuan yang lalu disebelah Jungkook. Jungkook hanya menundukkan badannya lalu tersenyum. " annyeonghaseyo.. " Balas Jungkook dengan mesra.

Dia menyambung perjalanannya ke dewan kuliahnya. " aigoo.. mana satu ni.. " Muka Jungkook berkerut sedikit. Jarinya diletakkan diatas kepala dan menggaru kepalanya yang langsung tidal gatal itu. Dia bingung. Yang mana satu dewan kuliah yang patut dia masuk?

Jungkook mundar mandir. Tiba-tiba seorang perempuan lalu dihadapannya. Mungkin perempuan itu seumur denganya mahupun lebih muda darinya.

Perempuan itu baru sahaja keluar daripada tandas wanita dan terus menuju ke dewan kuliah. Dia menarik nafas panjang lalu meneruskan perjalanannya.

Kepalanya dipicit-picit kerana sedikit pening. Mata Jungkook tercacap pada wajah perempuan itu. Dengan secara spontannya Jungkook memegang tangan perempuan itu dan mengalihkan pandangannya betul-betul ke arahnya.

" wae?! " Perempuan itu terkejut. Tiba-tiba sahaja tangannya dipegang oleh orang yang tidak dikenalinya. " Oh..mian.. aku just nak tanya ni.. " Jungkook menggosok lehernya dan menghulurkan sehelai kertas kepada perempuan itu.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now