♦ Jimin ♦

691 35 13
                                    


Request by : @kookxe ♥

_________________________

Name : Kim Jeong Min

Bias ; Jimin

Genre : Sweet Happy

Thanks for request~!

_________________________

Seperti biasa, setiap pagi pada musim cuti sekolah, Jeong Min pasti akan bangun awal untuk berjogging di taman berdekatan.

kringgggg

Bunyi jam pergera yang menunjukkan pukul 7 pagi. Jeong mengeliat sebelum bangun. Matanya digenyeh-genyeh untuk menjelaskan pandangannya yang agak kabur.

" haih.. " Jeongmin mengeluh perlahan. Jam yang berbunyi ITU ditekan. " aduhai mengantuk lagi lah macam mana aku nak jogging ni.. "  Desis hati Jeongmin. Mengantuk ataupun tidak, dia tetap mengagahkan dirinya until bangun.

Jeongmin bangun dari permbaringannya. Kakinya perlahan-lahan menyentuh lantai. Langsir tingkapnya dibuka sedikit supaya sinaran matahari masuk menerangi bilik yang gelap itu.

" eh sape tu? Jiran baru? " kata Jeongmin seorang sambil melihat seorang namja yang baru sahaja lalu dihadapan rumahnya. Berambut Oren, putih, tinggi pun ye juga, yang paling penting hensem!

" aish! " Jeongmin menggelengkan kepalanya. " apalah aku ni fikir bukan-bukan pula.. " Jeongmin sedar dari lamunannya. Tuala yang disangkut diambil dan terus menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai membersihkan diri, Jeong berdiri dihadapan robok bajunya. " ermm..." Jeongmin memegang dagunya. Memikirkan baju apa yang patut dipakainya. Setelah beberapa minit kemudian, Jeongmin telah mengambil keputusan untuk memakai baju shirt purple serta seluar tracksuit paras bawah lutut.

Tuala kecil bewarna merah disangkut di leher. Tidak lupa earphone serta fonnya. Dia menuju ke anak tangga untuk turun ke bawah. Kasut sportnya disarungkan dan terus menuju ke taman.

" Tak de orang ke? " Kata Jeongmin perlahan sambil melihat ke sekeliling taman tersebut. Sunyi. " Hmm biarlah lagi aman.. " Tanpa membuang masa Jeongmin terus berlari mengelilingi taman itu.

" cheonsa gateun neol~ " terkumat kamit mulut Jeongmin menyanyikan lagu Angel dardari kumpulan BAP. Tiba-tiba Jeongmin ternampak susuk badan seseorang lelaki. Macam familiar gaya lelaki itu. Macam pernah dia lihat sebelum ini.

" Auk! "

" Eh apa tu.. "  gumam hati Jeongmin. Dia memberanikan dirinya untuk berpaling ke sebelah. " Auk auk! " Bunyi binatang itu. " Omoyaaaaa" Kata Jeongmin. Anjing itu menjelirkan lidahnya keluar. Nampak seperti comel tapi tidak pada Jeongmin.

" Shuh! shuh! " Jeongmin menghalau anjing itu, tetapi anjing itu tetap mahu mendekati. " errrr help me " Jeongmin melangkah ke kirinya dan tiba-tiba sahaja dia terasa bahawa di telah pun terpegang tangan seseorang.

" Comel kan anjing tu.. " Tanya lelaki itu. Terkejut Jeongmin dibuatnya. Lelaki itu senyum, bukan sekadar senyuman biasa, senyuman hingga ketelinga! " s...saya..takut anjing tu... tolong.. tolong halau dia.. " Pinta Jeongmin.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now