♦ Wonwoo ♦

594 31 25
                                    


Request by : elbuodrin_

_________________________

Name ; Yunji

Bias : Wonwoo A.k.a Jeon Emo

Genre : dia kata " Nak yang sedih² breakup ke apa ke sakit ke apaaa.. Sad ending " Yerlah arin oi

Thanks for request ~!

#p/s : dgr laa lgu yg sedih ye xD

_________________________

Yunji menekan dadanya. Tiba-tiba terasa perit. Matanya dibuka seluas-luasnya. Yunji batuk sehingga sakit tekaknya. Cadar tilam digenggam dengan kuat. Nafasnya tercungap-cungap. " Wonwoo.. tolong... " Hanya nama Wonwoo sahaja yang disebut.

Ya,orang yang betul-betul dia sayangi selama ini. Tetapi sakit hatinya bila diketahuai bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan setelah beberapa tahun berkenalan dengan Wonwoo. Kini dunianya gelap semuanya.

Walaupun matanya dicelik tetapi penglihatannya tetap nampak hitam. Setitis demi setitis air mata Yunji jatuh. Yunji memegang rambutnya. Sudah nipis malah dia juga dapat merasa kulit kepalanya. Semua rambutnya gugur.

Perlahan-lahan dia memegang tiang katil dan menjejakkan kakinya ke lantai. Dinding menjadi pembantunya untuk berjalan ke bilik air. Pili air dibuka sehingga habis. Mencurah-curah air melimpah keluar tetapi dibiarkan.

" Selamat berbahagia Jeon Wonwoo.. "

Flashback

" Yunji ah.. " Sapa Wonwoo lantas dia memeluk Yunji Dari belakang. " Huh? terkejut saya .." Yunji mengurut dadanya. Hampir luruh jantung Yunji dibuatnya. " kau buat apa? masak? " Tanya Wonwoo lalu meleraikan pelukkannya.

" erm.. masak lah ni.. hari ni kan cuti.. " Jawab Yunji dengan tenang bagi menutup mukanya yang sudah merona merah akibat malu. " Untung aku dapat roommate macam kau.. pandai masak.. perut aku pun kenyang~ erm.. " Wonwoo menghidu bau masakan Yunji.

" Siapa masak untuk kau? masak lah sendiri.. ni aku punya.. " Yunji berkata sambil menahan tawanya. Wonwoo mencebik. " Abis tu? aku nak makan apa sayangggg " Rengek Wonwoo seperti bayi yang kelaparan. Mata Yunji membulat. " a..apa? " Yunji terketar-ketar menjawab.

" kau kenapa ketar-ketar macam ni?" Tanya Wonwoo sambil tersengih nakal. " tak.. tak de lah.. " Jawab Yunji. Terasa bahang do muka Yunji. Bibirnya digigit bagi menahan malunya. " Hahahahaha! test sikit pun dah blush.. apa ni sayang.. " Wonwoo tertawa. " stop it.. aku nak masak ni.. sayang.. sayang.. buang tebiat ke? " marah Yunji.

" gurau je.. alah nak panggil sayang pun tak boleh.. " Wonwoo mencebik sekali lagi. Yunji mahu sahaja ketawa terbahak-bahak tapi ditahannya. " Dah dah la.. kau duduk dulu dekat meja makan.. makanan dah nak siap dah ni.. " Arah Yunji. " OK! " Wonwoo berlari ke arah meja. Memang tidak berubah seperti kanak - kanak.

Yunji mengeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum. Makanan yang telah siap dimasak di bawa ke hadapan. " Fuh.. sedap bau.. best kalau kau jadi wife aku ni.. boleh gemuk hari-hari aku makan sedap macam ni.. " Kata Wonwoo sambil menceduk makanan ke dalam mangkuk yang disediakan.

Yunji terkesima dengan apa yang dikatakan oleh Wonwoo. Matanya mula meliar memandang Wonwoo. Dari rambutnya, telinga, matanya yang bersorot tajam biang tidur, hidungnya yang mungkil dan bibirnya semua sempurna di mata Yunji.

" Fall in love with me already? " Tiba-tiba sahaja Wonwoo bersuara membuatkan Yunji terkejut. Lantas Yunji mengalihkan pandangannya. Wonwoo tersenyum kecil. " Aku ada benda nak bagitahu kau nanti.. " kata Wonwoo dengan suara yang perlahan.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now