♦ Taehyung ♦

634 31 8
                                    


Request by : Rae_Min

__________________________

Name : Raemin

Bias ; Taehyung

Genre : Sad, romance, happy ending

Thanks for request ~!

__________________________

" aish.. dah nak dekat pukul 11 dah ni.. mana oppa ni .. tak balik-balik lagi.. " Kata Raemin sendirian. Dari tadi dia hanya menunggu kepulangan suaminya di hadapan pintu. Terasa risau pula dia, kerana Taehyung tidak pernah pulang dari kerja selewat ini.

Kalau dia lewat pun, mesti pukul 10 malam dia sudah sampai ke rumah. Jikalau lambat lag, sudah pasti Taehyung akan menelifonya untuk memberi tahu kepada Raemin. Tidaklah isterinya susah hati dirumah memikirkannya di rumah. Tetapi hari ini berlainan, dia langsung tidak telifon.

Walaupun telah beratus kali banyaknya Raemin cuba menelifonnya tetapi tidak diangkatnya. Yang lagi mencurigakan, bukan tidak diangkat malah dimatikan taliannya setiap kali ditelifon. " Haih... " Raemin mengeluh. Hatinya resah.

Tidak pernah dia berasa risau sedasyat ini. Pening kepalanya apabila difikirkan. Sekali lagi Raemin mengintai ke tingkap hadapannya. " Oppa! " Raemin tersenyum gembira. Cepat-cepat Raemin membuka pintu utamanya. Taehyung memakir keretanya diperkarangan rumah.

Enjin dimatikan. " Huh.. " Taehyung merengus kecil. Nafasnya tercungap-cungap. Tangannya digengam untuk menahan amarah. Dia melihat wajah isterinya Raemin. " kenapa dia sibuk dekat depan pintu ni " Kata hati Taehyung. Entah kenapa dia berasa begitu marah seperti itu.

Diketuk perlahan steering keretanya. " Waeyo oppa.. " Desis hati Raemin. Dia tertanya tanya apakah yang terjadi? Mengapa Taehyung mengetuk steering keretanya? Taehyung membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Pintu kereta ditutup semula dengan kasar. Serba sedikit membuatkan Raemin takut dengan perbuatannya.

" o..oppa.. " Panggil Raemin sebaik sahaja Taehyung sudah berada dihadapan pintu rumahnya. " herm " Jawab Taehyung dengan ringkas. Berdebar jantung Raemin dibuatnya. Raemin menghulurkan tangannya untuk menyalam suaminya.

Ia merupakan rutinnya setiap kali suaminya pulang ke rumah. Taehyung memandang Raemin dengan pandangan yang tajam. Raemin kaku. Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia langsung tidak memperdulikan Raemin. Raemin terdiam.

Taehyung mengorak langkahnya ke dalam. Raemin menutup pintu utamanya dan dikunci semula. " mungkin oppa penat bekerja.. " kata hati Raemin. Dia cuba berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan antaranya dan Taehyung.

Raemin menghela nafas yang berat. " Oppa dah makan? " Tanya Raemin dengan penuh mesra. Senyumannya tidak pernah pudar dari bibirnya. " dah.. " Jawab Taehyung acuh tak acuh. " oppa.. kenapa oppa balik lewat? " Tanya Raemin lagi.

" eh kau boleh tak jangan sibuk hal aku? aku rimas kau tahu tak?! " Taehyung mula meninggikan suaranya terhadap Minjae. Minjae terserentak. Suasana menjadi sunyi seketika. Perlahan-lahan Minjae mengangguk tanda dia faham.

Mukanya ditundukkan kebawah untuk menahan tangisanya daripada jatuh. Raemin meneguk air liurnya. " Malam ni kau tidur luar.. jangan tidur dengan aku.. aku perlukan masa untuk bersendirian. " Kata Taehyung dengan nada suara yang mendatar.

" BAM "

Pintu bilik dihempas dengan kuat. Setitis demi setitis air matanya keluar. Terluka hatinya. Tidak pernah Taehyung berpelakuan menjengkelkan seperti ini. " Oppa.. saya ada buat salah ke .. " Kata Raemin sendirian. Air matanya diseka dengan cepat. Tersedu-sedu Raemin dibuatnya.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now