NO ONE POV
"Mana cikgu ni." Soal Farah. Dia dah kebosanan menunggu cikgu. Ustazah mesti ada hal. Budak non muslim yang lain dah pergi moral. "Arrgghhh!" Orang menjerit lagi. Bosan lah. "Siti lah pula." Belum sempat Irfan nak tanya, Ikram dah jawab terlebih dahulu. "Kali ni nak panjat bangunan pula." Sambung Man. "Perasan tak setiap kali waktu PI mesti dia menjerit." Betul juga kata Atien. "Entah entah tak reti baca jawi sebab tu menjerit." Mulut bisa Tasha bersuara. "Tapi kan classmate dia kata dia kene santau dengan orang asli." Kata Mimi. "Macam tak boleh percaya je." Kata Ina. Wani teringat sesuatu. "Wei Tasha, ko ingat tak masa persatuan puteri islam yang Siti tetiba tanggalkan tudung then menangis sambil meronta-ronta." "Lepastu korang buat apa?" Nyampuk Ayien. "Lepastu cikgu suruh kitorang keluar." Jawab Tasha dengan nada selamba.
KEESOKKAN HARI
"Tasha temankan aku pergi tandas." Pika dari kelas 1KTR2 mengajak Tasha pergi tandas di awal pagi di mana matahari pon belum keluar. Sedang Tasha menunggu Pika lampu tetiba terpadam. Pelajar yang keluar dari tandas ni pon tak bukak lampu semula. Tasha tersentak. "Wei ko lama lagi ke? Cepatlah sikit." "Kejap ye Tasha~ Kejap je~" Pika nyahut dengan suara menakutkan. Tak pernah-pernah Pika buat suara macam tu. Tak lama lepastu Pika keluar sambil tersenyum tanda minta maaf sebab lambat. Mereka pon jalan ke tapak perhimpunan. Tasha dah tak sedap hati. Lepas menyaksikan persembahan hebat dari form 5STN hujan pon turun. Mereka semua ke kelas masing-masing. Suhu badan Tasha terus menurun.
"Arrgghhh!" Na'izzah berlari dari hujung kelas dia ke hujung kelas KTR3. Jauh juga tu. Bila suruh lari di padang tak nak. Sungguh mengecewakan budak KTR3 langsung tak tolong. "Buat apa nak tolong. Bukan dia kena betul-betul pon. Biarlah KTR2 yang tolong." Kata Muzz. Budak lelaki yang lain mengajuk cara Na'izzah menjerit and berlari. Budak perempuan pula berlagak jadi juri dan mengkritik lakonan Na'izzah. Bukan apa. Mereka dah bosan dengan lakonan Na'izzah. Semuanya tipu belaka. "Cuba bayangkan kalau Kamalia yang kena histeria tak ada siapa nak angkat." Ikram nganjing. "Kalau Cikgu Lee Akbar yang tolong." Irfan pula nganjing. Satu kelas gelak bagai nak rak.
Tepat pukul 12:00 tengah hari, "Arrgghh!" Okey. Kali ni bukan Na'izzah. Bukan juga Siti. Tapi datang dari Blok K. Jeritan tu bersambung ke Blok A iaini depan kelas mereka. Jeritan itu sambung menyambung ibarat pesta jerit. Serius. Kali ni bukan main-main. Ustazah terus menyuruh Syafiq azan di depan kelas. Classmate yang lain terus membaca Surah Yassin dengan kuat bagi mematikan jeritan pelajar histeria. Semua orang baca kecuali seorang. Ayien. Dia diam seribu kata sejak jeritan yang pertama. Disuruh baca dia tetap enggan.
"Ayien, ikut aku baca. Allahhu Akbar, Allahhu Akbar." Tasha memegang erat tangan Ayien. Hanya bibir Ayien bergerak tanpa bunyi. "Ina baca Surah Al Fatihah dan Ayat Kursi then hembus kat Ayien." Tasha mengarah. Dia boleh dikatakan ustazah yang sebenar daripada Naimi sebab pengetahuannya. Keadaan kembali redha selepas kekecohan tadi. 'Ya Allah kau permudahkan ujian yang kau beri kepada kami, Amin.' bisik hati Tasha sambil melihat Ayien yang lemah.
TBC~
YOU ARE READING
[C] HORROR SCHOOL
Horror_Sinopsis_ Form 1KTR3 boleh dikatakan budak-budak baru nak up. Semuanya happy virus. Setiap hari merupakan hari yang indah bagi mereka. Tetapi suatu fenomena yang berlaku di sekolah mereka menyebabkan mereka berubah sedikit demi sedikit. Mereka y...