BAB 3

392 16 2
                                    

TASHA POV

"Mak, kita balik redong ehh? Nak mintak air dengan Tok Janggut. Kita orang tolong budak yang lemah semangat dan yang kena histeria tadi." Kakak aku bersuara setelah masuk ke dalam kereta. Aku hanya termenung mengenangkan tragedi yang menimpa. "Kenapa kejadian ni boleh berlaku?" Soal aku. "Entah. Ada orang buat benda tak elok agaknya sebab..."

FLASHBACK :

"Zulaika tolong pegang kaki Aminah. Saya nak bagi dia air." Titah cikgu Nurlita. "Lepaskan aku! Kau orang buat benda kotor kat tempat aku! Aku tak suka!" Aminah tetiba bersuara. Pelajar yang ada dalam surau tahu itu bukan Aminah. Cikgu Nurlita terus menyapu air yang dibaca dengan ayat-ayat suci Al Quran ke muka Aminah. "Saya rasa ada pelajar yang buat tak senonoh ni." Kata Cikgu Nurlita. "Cikgu Shahril ada kata yang dia terjumpa tuala wanita yang belum dibasuh ditangga pelajar perempuan. Saya rasa itulah sebabnya." Cikgu Norliza memberi pendapat. Zulaika hanya mendengar sahaja.

END FLASHBACK

"Nah minum air ni. Adik tak perlu sangat air ni sebab kakak yang lemah sekarang ni." Tok Janggut memberi air yang dibaca dengan ayat-ayat tertentu kepada kakak. "Kakak ni hatinya lembut tak macam kau hati batu." Aku hanya tersengih dengan statment mak.

Kami balik pada lewat malam. Tak lewat pon cuma dah malam. Aku dan kakak seronok mendengar radio bagi menghilangkan rasa bosan. Tetiba mak tutup radio dan menanyakan ayat kursi kepada kakak sebelum dia baca ayat itu dengan kuat. Aku dah mula seram sejuk. Aku terus buka zikir-zikir yang ada di handphoneku. Kami turut berzikir juga. Setelah sampai ke rumah, kakak menanyakan tentang kejadian tadi. "Kau yang nak tau sangat kan. Jangan nyesal pula. Mak nampak ada kepala kat belakang kereta. Tak tau kat dalam ke luar. Mak baca ayat kursi dalam hati dia tak pergi sebab tu mak baca kuat. Dah kau orang pergi ambil wuduk then tidur." Kami hanya ikut sahaja cakap mak. Kenapa lah perkara paranormal ni boleh berlaku? Ish tak suka.

AYIEN POV

Selamat aku sampai rumah. Aku tak boleh gerak so aku duduk je kat sofa yang menghadap bilik. Tetiba aku nampak ada kain putih kat pantulan cermin yang ada dalam bilik atok. Okey. Seram. "Ayien, dah solat?" Lahhh. Nenek rupanya. Aku mengangguk ke arah nenek yang sedang melipat telekung putihnya. "Ayien, jom ambil angin." Ajak kakak saudara aku.

Macam biasa aku yang bawa motor ni. Rasa seram sejuk. Aku tengok side mirror sebab nak belok kat selekoh tapi apa yang aku nampak adalah kain putih. Tak akan nenek aku pula. Ish aku pun satu dah tau rasa seram sejuk tengok juga side mirror ni. Tapi kalau tak tengok naya aku. "Ayien tengok depan!" Belum sempat aku tengok depan aku dah pejam mata sebab tau apa bakal terjadi. 'GEDEBUSH' Apa aku nampak lepas buka mata adalah motor aku yang dah tersepai kat tengah jalan. Aku yang berdarah kat muka, lengan dan kaki sebab aku pergi sodok jalan tar ni dengan muka dan kakak saudara aku yang try nak call atok. Haish tak sekolah lah aku esok.

KATHIJAH POV

"Ayien tak datang?" Pelik budak hyper tu tak datang. Baru nak pinjam novel hantu dia. "Wei. Hari ni tak ada histeria lagi ke? Aku nak tau apa rasanya." Okey. Statment aku bodoh. Konfem kena marah. "Ish kau ni. Jangan cabar alam. Orang tak nak kena kau nak kena. Otak tak betul ke?" Kan aku dah cakap. Mesti kena marah punya. Baik aku tukar topik kang kena hujah dengan Naimi ni bernanah telinga. "Dah lah aku nak sambung tulis cerpen. Semalam tak habis sebab kes tu." Aku sambung tulis cerpen aku yang tergendala ni. Tapi asal kelas ni tak happening macam selalu? Rasa macam ada aura hitam dalam kelas ni. Maksud aku gloomy. Perasaan aku je kot. Bukannya aku paid attention kat kelas ni pon. Aku sibuk dengan dunia aku sendiri.

"Wei aku tetiba teringat peristiwa kat kemelah dulu. Kita orang nampak Afikah and kawan dia main kat tempat lapang tetiba kami dengar suara dia tengah berlari turun bukit. Kita orang buat macam tak ada apa-apa yang berlaku." Aku dengar Ina cerita dengan Farah dan Mimi meng'ya'kan apa yang Ina cakap. Kalau aku pun rasa scary.

TBC~

[C] HORROR SCHOOLWhere stories live. Discover now