JIJOL POV
Pagi atau lebih tepat lagi subuh yang indah untuk aku daki bukit ni. Maklumlah sekolah atas bukit dan maksud aku daki bukan aku daki macam kat gunung ya tapi just kena jalan ke atas. Tetiba angin kuat menyapa belakang aku. Sejuk. Tapi yang musykilnya kenapa daun daun pokok tu tak bergoyang? Perasaan aku je kot. Yelah keadaan sekolah tu belum pulih lagi.
Aku tengok bawah pokok tu ada benda putih. Aku dah bukan saja sejuk tapi seram sejuk. Tapi tak tau lah kan dari mana aku dapat keberanian untuk melihatnya dengan lebih dekat. Macam macam doa aku baca. "Oh Jijol." Longgar jantung aku. Mimi ni kan. "Aku fikir langsuir mana duduk bawah pokok ni. Yang kau pakai uniform apa pasal? Hari ni kan ada sukan." Aku cakap tanpa berfikir. Ye kadang kadang memang aku bengap.
"Woi Jijol! Kau buat apa tu?" Suara perempuan menegurku dari belakang. "Ni hah Mimi duduk kat..." Terkedu aku bila Mimi yang memakai baju sukan kat belakang aku. Kalau dia kat belakang aku dengan siapa aku bercakap tadi. Aku terus pandang tempat 'benda tu' duduk tadi. Kosong. Memang sah 'benda tu'. Aku pun dengan seluar yang aku lipat hingga ke paras bawah lutut mengambil keputusan untuk buka langkah seribu meninggalkan Mimi yang sebenar terpinga-pinga.
NO ONE POV
Lepas waktu pertama berakhir Form 1KTR3 kembali menjadi pasar ikan sebab ketiadaan cikgu. Nak tau sebab apa asyik tak ada cikgu? Sebabnya cikgu sejarah cuti kerana mabuk yang teramat. Hamil, biasalah tu. Cikgu pendidikan Islam banyak hal dia kena uruskan. Sesetengah cikgu pula pergi kursus je kerjanya. Back to story.
"Weh kau berhenti nyanyi boleh tak?" Marah Muzz kepada Fariss. "Yelah~" Jawab Fariss dengan muka annoying. Semua tahu hobi budak pelik ni menyanyi. Fariss sudah berhenti menyanyi dan sambung menulis lirik lagu di bukunya namun masih kedengaran di telinga Muzz bunyi orang menyanyi. "Kan aku cakap berhenti menyanyi!" Muzz sudah hilang sabar. "Tapi...bu..bukan aku yang ny..nyanyi." Jawab Fariss yang terdengar nyanyian tu juga.
Mereka melihat sekeliling dan dapati classmate yang lain berborak bukan bernyanyi. Mereka terus berdiri dan pergi join yang lain berborak untuk melupakan hal tadi sampailah waktu kedua tamat.
TBC~

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HORROR SCHOOL
Horror_Sinopsis_ Form 1KTR3 boleh dikatakan budak-budak baru nak up. Semuanya happy virus. Setiap hari merupakan hari yang indah bagi mereka. Tetapi suatu fenomena yang berlaku di sekolah mereka menyebabkan mereka berubah sedikit demi sedikit. Mereka y...