NO ONE POV
Pagi ni budak perempuan 1KTR3 pergi ke bengkel elektronik untuk waktu Kemahiran Hidup. 'Hari ni mesti hari yang panjang' desis hati Tasha kerana dia berasa tidak sedap hati. Ramai pelajar yang tidak hadir kerana kes histeria ni tapi kelas 1KTR3 paling ramai yang datang walaupun ada diantara mereka mengambil cuti.
Sedang sibuk mereka melakukan projek masing2, kipas belakang sekali tetiba terkena sesuatu lalu bergoyang dan hampir jatuh. Mimi terus tutup suis kipas manakala yang lain menarik Ina jauh dari kipas kerana dia dibawah kipas tu tadi. Apa yang mereka nampak selepas kipas tu berhenti adalah salah satu bilah kipas tu bengkok.
"Ina, kau ok tak?" Tasha risaukan Ina. "Ok." Jawab Ina dengan nada sayu. "Kau tahu tak Ina, aku mimpi benda yang sama. Aku mimpi kipas tu jatuh tepat kat atas kau dan kepala kau terpotong. Paling aku takut kepala kau bergolek ke arah aku atau lebih tepat kat tempat aku duduk sekarang. Aku bukan nak takutkan kau, aku cuma risau je." Tasha menceritakan tentang mimpinya.
"Aku pula mimpi yang kita semua berada kat Blok K. Mimi ada cakap yang banyak hantu ada kat bawah then keadaan menjadi gelap. Aku pegang tangan kau dan pada masa yang sama aku rasa ada benda lain nak peluk aku. Wei aku takutlah." Ina juga teringatkan tentang mimpinya. Tasha cuba untuk menenangkan dia.
Pada masa yang sama, seorang ustaz datang untuk mengubatkan sekolah itu. Dia menyuruh beberapa pelajar lelaki muslim menyembur air yang dibaca sesuatu di setiap penjuru2 setiap kelas. Tidak lama kemudian keadaan menjadi tidak terkawal semula. Pelajar2 diminta berada di kantin.
Pelajar2 perempuan 1KTR3 masih berada di bengkel. Bengkel tu terkunci secara tetiba. Mereka semua buntu termasuk cikgu. Akhirnya mereka terpaksa keluar melalui tingkap. Pelajar lelaki 1KTR3 pula ditugaskan membawa keluar beg2 yang berada di dalam kelas. Ustaz tadi tidak mampu menguruskan ni sorang2.
Beberapa ustaz yang lebih mahir datang. Pelajar2 pula diminta pulang ke rumah untuk keselamatan. Salah seorang ustaz meminta untuk hantu itu keluar dari sekolah. Hantu itu bercakap dengan bahasa yang tidak difahami ataupun Bahasa Kantonese. Mujur ada cikgu yang faham bahasa tersebut. Hantu itu memberitahu bahawa ia kodong. Ia tidak boleh keluar. Itu sahaja yang diberitahu olehnya.
TBC~
YOU ARE READING
[C] HORROR SCHOOL
Horror_Sinopsis_ Form 1KTR3 boleh dikatakan budak-budak baru nak up. Semuanya happy virus. Setiap hari merupakan hari yang indah bagi mereka. Tetapi suatu fenomena yang berlaku di sekolah mereka menyebabkan mereka berubah sedikit demi sedikit. Mereka y...