NO ONE POV
Sekarang merupakan waktu jasmani. Mereka turun ke padang tanpa menyedari bahawa Farah masih tertidur di dalam kelas.
"Semua hadir?" Tanya Cikgu Jamiah. "Cikgu! Farah masih dalam kelas." Jawab Ina. "Pergi panggil dia sekarang." Titah cikgu. Sementara itu...
FARAH POV
'Macam mana aku boleh tertidur ni? Ehh jap. Ni kat mana? Ni Blok K! Bukan aku kat kelas ke tadi?' Desis hati aku setelah melihat sekeliling. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh tertidur dan macam mana aku boleh berada kat sini padahal aku kat kelas tadi. Seingat aku tetiba aku rasa ngantuk sangat then semuanya gelap.
Baru saja aku nak keluar aku ternampak sesuatu. Aku nampak seorang wanita yang sarat mengandung merangkak secara terbalik ke arah aku. Kepalanya perpusing menampakkan mukanya dengan lebih jelas. Matanya bewarna merah memandang tepat ke arah aku. Mulutnya berkumat kamit. Aku terus terduduk. Aku tak boleh bergerak mahupun menjerit. Apa yang aku tau pipi kiriku dicakar olehnya. Aku kumpulkan tenaga dan berlari sekuat yang mampu.
Aku berlari terus ke padang. "Kita orang baru nak panggil ko. Ehh pipi ko kenapa?" "Kene cakar kucing." Aku senyum paksa. Aku sendiri tak tau kenapa aku tipu Ina. Aku taknak susahkan dia.
NO ONE POV
"Hari ni kita belajar English kat bilik Miss Daisy sebab Sir Saipol pergi kursus." Kata Akbar. Mereka sudah rasa tidak sedap hati kerana bilik Miss Daisy di Blok K. Semasa mereka naik tangga, Lina ternampak rambut di siling tangga yang tidak ditutup (faham2 jelah).
"Wei Wani ko nampak tak rambut kat situ?" Tanya Lina kerana tak percaya apa yang dilihatnya. Wani menggeleng. Lina menanyakan sekali lagi kerana dia masih nampak rambut di situ. "Lina, aku tak nampak rambut, benang, sabut ataupun seangkatan dengannya." Wani jawab lalu terus meninggalkan Lina.
Setelah mereka masuk ke bilik Miss Daisy, mereka hanya melihat video2 yang ditayangkan oleh miss. Tapi keadaan menjadi seram apabila mereka terdengar bunyi angin yang kuat. Bunyi itu sangat kuat dan agak menyeramkan. Mereka semua diam dan berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku.
Manakala Atien ternampak seseorang di sebelah tingkap. Tapi dia sekarang di tingkat 3. 'Benda' tu memandangnya dan hilang secara tetiba. Muka Atien berubah pucat. Naimi menanyakan atas perubahan wajah Atien tapi Atien hanya menggeleng.TBC~
YOU ARE READING
[C] HORROR SCHOOL
Horror_Sinopsis_ Form 1KTR3 boleh dikatakan budak-budak baru nak up. Semuanya happy virus. Setiap hari merupakan hari yang indah bagi mereka. Tetapi suatu fenomena yang berlaku di sekolah mereka menyebabkan mereka berubah sedikit demi sedikit. Mereka y...