Bab-2✓

3K 108 3
                                    

Bab-2

Tok! Tok! Tok!

“Baby! bangunlah tak nak pergi sekolah ke? Nanti lambat!” kejut Datin Sri Anida sambil mengetuk pintu bilik anak gadisnya.

Budak bertuah ni dah besar-besar pun masih liat lagi nak bangun pagi sama aje dengan abang-abangnya tu. Kita juga yang kena kejutkan.

sudah puas dia mengetuk pintu bilik Rania. Tetapi tiada sebarang respond dari anaknya itu. Datin Sri Anida apa lagi, dia ambil kunci pendua yang tersimpan didalam laci biliknya lalu meluru ke bilik Rania.

Klack!

Pintu bilik ditolak perlahan.

"Nur Rania Miyasarra binti Mohd Amin!!" jerit Datin Sri Anida sambil bercekak pinggang.

Rania yang sedang enak terbongkang diulit mimpi terbangun dari tidurnya dek terkejut apabila mendengar suara Mamanya yang sudah naik satu oktaf.

“Mama!”

“Ha bangun pun budak bertuah nie. Dah berapa kali mama panggil tak bangun-bangun pun. Dah pergi mandi, solat lepastu siap-siap. Tengok jam tu dah pukul berapa pukul 6 tahu tak?” Bebel Datin Sri Anida. lantas melangkah keluar dari bilik Rania.

Rania duduk bersila diatas katil sambil memicit kepalanya yang pening dek kerana disergah sebegitu rupa oleh mamanya semasa dia sedang enak tidur. Dengan kadar segera kepalanya memaling kearah jam yang terletak bersebelahan dengan katil bersaiz kingnya itu.

"Laaa..baru pukul 6 ingatkan tadi dah pukul 7 ke ape. Mama ni kejutkan orang macam nak bergegar je rumah ni lah” Rania bersungut seorang diri.

Dia mencapai tuala dan melangkah kedalam bilik air untuk mandi sambil menggosok-gosok matanya.

Seusai solat subuh dan bersiap dia terus mencapai beg yang terletak diatas meja belajarnya. Langkah kaki diatur kedalam lif. Tetapi dia keluar semula lalu menuju kearah tangga. hari ni nak excercise lah. Bukan tinggi mana pun tangga ni tingkat empat je pun. Almaklumlah anak bongsu kenalah bilik ala-ala princess gitu.

“Assalamualaikum ma, pa, abang Nish, abang Ziem and my lovely abang Zhaf” Kata Rania sambil menarik kerusi di sebelah Zhafran. Dia cium pipi Zhafran manja.

“Morning Baby sayang.” Zhafran mencium dahi Rania. “Cantik-cantik ni nak pergi sekolah ke nak pergi jalan?” Sambungnya.

“Ala cantik sangat ke baby hari ni?” Soal Rania. Dia menilik baju sekolah sambil tersenyum nakal.

“Nish, kau tengok adik kau tu dengan abang Zhaf je dia cakap lovely-lovely bagai dengan kita tak de pun nak cakap lovely-lovely. Jeles aii tau.”

Rania sudah ketawa mengekek mendengar kata-kata Naziem.

“Aku pun jeles nie weyh, kita ni tak ada pulak dia nak cium pipi bagai.”
kata Danish sambil menyilangkan tangan ke dada dan membuat mulut itik.

Ahli keluarga mereka sudah bantai gelak melihat reaksi Danish persis seorang gadis yang sedang merajuk.

“Ala abang Ziem dengan abang Nish janganlah merajuk. Baby tak nak pujuk. Werkk.. Hahahahah..” Rania jelirkan lidah kearah abang kedua dan ketiganya.

Dia memeluk pinggang Zhafran manja.

“Dah-dah! depan rezeki jangan main-main nanti jauh rezekinya.
Zhaf, Ziem cepat makan nanti lambat nak pergi kerja. Baby dengan Nish pun sama.” kata Dato' Sri Amin.

Dia menghirup air teh dalam cawannya perlahan.

“Ok pa.” jawab Zhafran, Naziem, Danish dan Rania serentak.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now