Bab-50✓

1.1K 42 2
                                    

Bab 50

Dari luar Kediaman Dato Sri Amin sekeluarga.  kedengaran alunan bacaan Yasin yang begitu merdu. Suasana dalam rumah pula begitu tenang. Kelihatan ramai tetamu sedang mengalunkan bacaan Yasin yang diketuai oleh Dato Sri Amin sendiri. Ada yang duduk bersila. Ada juga yang bersimpuh sambil mengalunkan bacaan Yasin. Disebabkan majlis hari ini adalah majlis doa selamat untuk puteri kesayangannya, Rania. Tetamu yang hadir dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Tak kisahlah yang berpangkat tinggi mahupun rendah.

Usai membuat bacaan Yasin dan doa. Rania yang dulu-dulu cabut keluar dari pintu belakang. Dia nak menjawab panggilan daripada Athira. Dah alang-alang tu. Bolehlah dia  'meriki' hidangan yang tersedia.

Smartphone Rania bergetar untuk ke sekian kalinya. Dia melihat nama yang tertera di skrin Smartphonenya. Athira sedang menghubunginya melalui video call pula. Tak bertangguh dia terus menjawab.

“Assalamualaikum..Beb!” Terpampang jelas wajah Athira di dalam skrin.

“Waalaikumsalam.” Jawab Rania.

Tahu kenapa Athira menghubunginya. “Weyh.. Sorry sangat-sangat.. aku tak dapat datang.”

“Seriuslah kau tak dapat datang.” Soal Rania. Athira di talian menganggukan kepalanya.

“ Perh!! Ruginya kau, Thira... Papa aku ambil set makanan sedap-sedap nyah! Kau kat mana ni?” Bukan wajah kecewa yang ditayangkan sebab sahabat baiknya tidak hadir. Tapi wajah kasihan yang dibuat-buat. Siap senyuman jahat lagi tu.

Dia mengalihkan pandangannya kearah puntu utama. Kelihatan tetamu-tetamu yang hadir mula melangkah kearah Kanopi-kanopi yang disediakan. Ingin menjamu selera dengan juadah yang dihidangkan oleh pihak katering.

“Ah kau janganlah macam ni.. Aku kat Thailand ni. Ada kursus. Dahlah aku tengah kebulur ni. Nak makan apa pun tak tau.” Rungut Athira. Cemberut wajahnya ditayangkan kepada Rania.

“Rugi-rugi.” Ujar Rania sambil mengelengkan kepalanya beberapa kali. “Kat sini ada kambing golek, ayam bakar, sate, LAKSAAAAAA.. macam-macam lah. Ruginya kau.. Kau nak tengok tak. Kejap eh!” Sambungnya lagi. Dia menyebut hidangan yang dia dah riki-riki tadi.

Rania berjalan kearah meja-meja yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Dia pusingkan skrin smartphonenya kearah hidangan yang terletak elok di atas meja. Rania sempat menghadiahkan senyuman buat tetamu lain yang turut berada di meja itu.

“Tengok ni Thira. Macam-macam ada. Aduh kenapalah kau pergi kursus time aku buat majlis hah?”

“Perh sedap seyh. Laksa tu.. Weyhh! Niaaa simpankanlah untuk akuuu!!” Rengek Athira. Kecur liur dibuatnya.

Rania pusingkan kembali Skrin menghadapnya. Dapat dia lihat dengan jelas wajah Athira yang tak bertudung itu. Cemberut semacam. Terliurlah tuu.

“Ruginya aku.. Seronoklah mama dengan papa aku, hantar aku gi Thailand. Lepas tu diaorang gi majlis kau. Nanti kau suruh mama aku tapaukan sikit. Aku tak kira! Aku nak jugak. Esok aku balik!”

Rania ketawa kuat. “Ye-ye.. Nanti aku suruhlah orang katering tolong bungkuskan sikit. Nanti aku bagi kat mama kau.  Thiraaa.. Aku kesunyian. Kalau kau ada kan best.”

“Ala.. Kau jangan nak buat ayat sedih eh! Lagipun kau kan ada ajak Adrian. Kawanlah dengan dia. Mesti dia suka. Diakan suka dekat kau.” Athira tersenyum sinis. Siap buat muka mintak penyepak.

“Kau jangan nak mengada eh. Kejap lagi aku nak bertunanglah mangkuk.” Bangkang Rania. Berbisik perlahan. Athira ketawa kuat. Mangkuk ni kawan kau jugaklah sengal.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now