Bab-27

1K 34 0
                                    

Bab-27

Selepas pulang dari sekolah tadi. Tengku Adrian menghubungi Rania. Dia ajak Rania jalan-jalan. Bosan katanya dekat rumah. Eleh rindu akulah tu. Eh!

Sudahnya dekat sinilah Rania. Pergi membeli belah dekat mall. Tak membeli belah pun sebenarnya. Just window shopping je.

Selepas beberapa jam berpusing-pusing Rania mengajak Tengku Adrian ke tempat lain. Dah penatlah.

Disebabkan dia sayang isteri dia yang sorang ni dia pun ikutkan jelah.

Eh salah! Bukan isteri bakal isteri lagi beberapa tahun. Amboi gatal kau kan!
Hahahaha.

Dalam perjalanan pulang baru Rania teringat sesuatu. Dia punya stok tuala wanita dah nak habis.

Dia meminta Tengku Adrian berhenti di persimpangan jalan. Nak pergi kedai serbaneka kejap. Nak beli tut.

"Ryan tunggu sini kejap eh! aku nak beli something." seloroh Rania. Dia lantas membuka pintu kereta.

Tengku Adrian melelar lengan rania. Menghalang gadis itu daripada terus keluar. “Kejap!”

"Kenapa?"

"Biar aku je yang belikan. kau tunggu sini. Bahayalah! Jalan tu sibuk sangat." Ujar Tengku Adrian risau. Matanya meliar memerhati kenderaan yang lalu lalang. Dia lagi tadi rasa tak sedap hati. Tapi dia abaikan saja. Dia beristigfar dalam hati. Semoga mereka dijauhkan daripada apa-apa bahaya.

Lindungilah kami semua Ya Allah!

Rania menggeleng.

Caringnya lahai mamat ni. Mau cair aku dibuatnya!

“Eh! tak apa,  tak apa! Aku boleh beli sendiri. Sekejap je. okey?” tolak Rania. Tak kan dia nak suruh Tengku Adrian belikan dia punya 'Roti'? Malu sekampunglah nanti.

aduh! Malu gue! Dah tu nak bagi tahu sekali ke jenama apa yang dia pakai.

Selalunya abang dia yang belikan. Tak kisahlah Zhafran ke, Danish ke, Naziem ke... Memang diaorang yang belikan. Tu pun kalau memang stok dia dah 'kering kontang'! Kalau tak dia pergi beli sendiri. Tu pun dia pakai mask tutup muka. Malu letak 'roti' atas kaunter. Lagi-lagi cashier lelaki. Waduh gue enggak kuat!

Abang-abang dia pun memang jenis tak kisah. So benda tu tak jadi masalah. Nasib badan la abangku sayang ada adik perempuan macam aku ni... Hikhik!

Tapi dengan Tengku Adrian?
Rania tepuk dahi sekali. Malu oii malu.

"Tapi baha..."

It's okeylah Encik Adrian Mikhail sayang..." Dek kerana nak menolak bersungguh-sungguh sangat pelawaan Tengku Adrian sampai dia panggil nama panjang mamat tu siap sayang dibelakangnya. Choi!

Dia panggil aku sayang... Tercengang kejap Tengku Adrian. yo hooo!

Akhirnya Tengku Adrian terpaksa mengalah. Tak dan dia nak berlawan dengan kedegilan Rania tu. Mau sampai esok pun tak habis kalau berlawan kata dengan Gadis itu.

"Aku hantar kau sampai depan kedai tu eh?" Bicara Tengku Adrian penuh pengharapan.

No... I'll go by myself. Kejap tau!” meletakkan titik noktah pada perbualan mereka berdua. Rania melangkah keluar dari kereta.

Dapat juga Rania masuk kedalam kedai itu. berpeluh ketiak menunggu kenderaan yang lalu lalang dijalan itu berkurangan. Kalau dia tahu tadi dia dah ikut je cakap Tengku Adrian biar lelaki itu yang hantar dia sampai depan kedai.

Tapi bila difikirkan balik nanti kalau lelaki itu dah hantar dia mesti dia tunggu sekali kan. Tu yang Rania berdegil tak mahu Tengku Adrian ikut sekali. Malu oii cheq nak beli 'Roti bun'!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now