Bab 56
Rania mengajak abang-abangnya bersiar-siar di luar. Dapat juga menghilangkan serabut di kepala tentang Hakimi tempoh hari. Dia sudah siap memakai pakaian yang hangat dan selesa.
Menurut ramalan kaji cuaca pagi tadi, salji pertama di jangka turun hari ini. Patutlah suhu turun mendadak. Dalam dua darjah celcius saja. Sejuknya bukan main.
Jadi sebelum salji turun dia nak bersiar-siar di luar. Tapi masalahnya si Naziem gila tu tengah layan game. Dah dekat satu jam dah Rania tunggu. Kalaulah Naziem tu bukan abangnya yang paling menggerunkan dalam banyak-banyak abang dia. Memang dah kena hamun dah. Nak aja dia tinggalkan Naziem dekat rumah.
Akhirnya Rania mengadu pada Zhafran. Zhafran punya kuasa vetokan lebih tinggi. Bolehlah Rania suruh Zhafran paksa Naziem supaya tamatkan saja permainan yang dia tengah main tu.
Zhafran menguak daun pintu bilik Naziem. Dia tak ketuk. Terus terjah je. Kalau ketuk pun bukan si gila tu dengar. Punyalah khusyuk main game. Agaknya kalau kapal terbang terhempas sebelah rumah pun dia tak dengar.
“Ziem.. Dah pukul berapa ni. Adik perempuan kau tu dah merengek dah tu.” ujar Zhafran. Panjang muncungnya dihalakan kearah Rania di luar bilik Naziem.
Naziem tegakkan tubuh. “Kejaplah.. Aku tengah nak naik ranking baru ni.” Naziem masih fokus pada smartphonenya.
Zhafran kemam bibir. Rasa nak je ditepuknya kepala Naziem kuat-kuat.
“Dah satu jam lebih dah Ziem. Bukan lima sepuluh minit. Kalau kau tak nak pergi cakap je tak nak pergi. Jangan buat orang menunggu kau macam orang bodoh.” Marah Zhafran. Kalau lagi lima minit Naziem tak habiskan gamenya. Memang dia tinggal je terus
Naziem berdecit perlahan. Sikit je lagi! Dia tak mahu konsentrasinya diganggu. “Aku nak pergilah! Kejaplah.. Dah nak menang dah ni..” ucapnya. Cuba menangguh sedikit masa lagi.
Bila Zhafran dah mula nak bising-bising tu maknanya dia kena habiskan permainan ini secepat mungkin. Dia tak nak mengambil risiko dicampak ke luar tingkap. Gila Zhafran bukan boleh di jangka. Keluar kuasa veto tahap lapannya habis dia di ganyang nanti.
“Cepatlah sikit. Kitorang tunggu dekat kereta. Lagi tiga minit kau lambat aku terus tinggal!” Zhafran menggesa. Sempat mengugut sebelum menutup pintu. Di luar dia berhigh five dengan Rania dan Danish. Naziem tu kalau tak di giat. Memang liat nak jalan.
“Yesss!” Jerit Naziem. Melompat-lompat dia bila dah menang. Secepat mungkin dia masukkan smartphone ke dalam poket seluar. Macam ni baru senang hati nak keluar!
Sweater tebal yang terletak elok di belakang kerusinya disambar dan disarung ke tubuh. Dia berlari keluar dari biliknya. Takut kalau-kalau masa tiga minit yang dia ada sudah habis digunakan. Tak pasal je dia kena tinggal dekat rumah sorang-sorang. Bosan! Dia menyaingi langkah Zhafran, Danish dan Rania di tingkat bawah.
“Ni kenapa muka macam asam keping ni?” soalnya kepada Rania. Buat muka tak bersalah pula tu.
“Tunggu kaulah Apa lagi! Lambat macam siput!” Selar Zhafran menjawab bagi pihak Rania.
“Sorry baby boo..” pohon Naziem seraya mencubit pipi Rania.
“Abang Ziem!” Rania merengek manja. Dia menepis jemari Naziem. Sedap-sedap je cubit pipi orang!
Naziem menarik Rania daripada Danish. Lidah dijelirkan kearah adik lelakinya. Dia memeluk bahu rania erat. Hidung Rania pula dicuit dengan jari telunjuk. Rania tergelak kecil bila melihat wajah tak puas hati Danish.
![](https://img.wattpad.com/cover/61706066-288-k56530.jpg)
YOU ARE READING
Serpihan Kenangan Kita!
RomancePada pandangan orang lain. Rania dan Tengku Adrian itu ibarat Tom And Jerry. Ah! Tom and Jerry pun perangai lagi baik dari mereka berdua! Setiap kali berjumpa pasti ada saja modal untuk bercakaran. Dari sekecil-kecil pergaduhan sehinggalah sebesar-b...