Bab 38
Jarum jam menunjukkan pukul satu setengah pagi. Lampu hijau di bilik pembedahan masih bernyala. Menandakan pembedahan masih dijalankan.
Naziem duduk bersandar. Hanya dia saja yang masih segar menanti adiknya. Dalam hati tak henti-henti dia berdoa untuk keselamatan Rania. Zhafran dan Danish tersengguk-sengguk di atas kerusi. Mama dan papanya juga sudah terlena. Mungkin kepenatan.
Sidang media ringkas yang dijalankan sebentar tadi membuatkan mereka menarik nafas lega. You know media and their silly trick right?
pihak media cuma nak dapatkan berita sensasi. Baru berapa jam berita kemalangan tu jadi viral. Nama Rania dan mama papa mereka jadi tajuk utama di page-page di Facebook dan Twitter. Esok pagi mungkin sudah tercetak di dada akhbar.
ANAK PEREMPUAN TUNGGAL PASANGAN JUTAWAN TERKENAL DILANGGAR PEMANDU MABUK.
RANIA MIYASARRA HIT OFF BY DRUNK MAN
PROFESSIONAL CAR RACERS YOUNGER SISTER NEARLY KILL IN CAR ACCIDENT.
RANIA MIYASARRA, ANAK PEREKA FESYEN ANTARABANGSA CEDERA PARAH.
Itu antara headline yang sempat dibaca Naziem sewaktu dia membuka Facebook dan Twitter. Dah agak pasti akan ada berita tentang adiknya.
Walaupun mereka dikenali umum. Tapi Dato Sri Amin ada menetapkan syarat. Tak boleh paparkan gambar mereka di mana-mana akhbar ataupun pages bila menulis artikal.
Pihak media mesti akur dengan syarat tersebut.Itu hanya untuk pihak media. Dato Sri Amin buat macam tu sebab dia nak biarkan kalau orang dah kenal. Kenallah. Dan yang tak kenal akan terus tak kenal. Let's life be easy as you want to a freedom.
Kalau setakat anak-anaknya nak masukkan gambar dekat instagram ke apa ke dia tak kisah. But not medias.
Rakaman yang di upload di laman sosial juga sudah dipadam. Dato Sri Amin minta beberapa kenalan Raf yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk memadamkam setiap video, gambar dan rakaman CCTV yang berkaitan dengan Rania di tempat kejadian. Syukur Rakaman tersebut dapat di padam sepenuhnya beberapa jam kemudian. Itu pun selepas mereka mengugut beberapa pengguna media sosial yang berdegil tidak mahu memadam apa yang di upload.
Selain itu mereka ada hack beberapa laman sesawang yang memuat naik rakaman tersebut.
Papanya turut melakukan sidang media khas. Tetapi ringkas. Dibuat di luar hospital. Memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan Rania. Mereka adik beradik turut ada bersama. Adalah beberapa bicara papanya yang dia masih ingat. Bertegas dengan syarat yang sejak dahulu diperkenalkan kepada media.
“Berkaitan dengan kemalangan yang menimpa anak perempuan saya, Saya benarkan pihak media menulis artikal tentang kejadian tersebut. Tapi! Saya tak nak gambar anak-anak saya dipaparkan dalam mana-mana medium sama ada dalam akhbar atapun di media sosial.
Saya harap pihak yang ada upload rakaman ataupun gambar untuk segera pemadamkan post mereka.
Kalau tidak, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas dalam hal ini. Kami tak mahu perkara ini tersebar luas. Saya tak nak berlaku fitnah memfitnah tanpa usul periksa dan sebagainyan jadi sekali lagi saya tegaskan. TOLONG. PADAM. RAKAMAN ATAUPUN GAMBAR YANG TELAH DI UPLOAD KE MEDIA SOSIAL. Terima kasih.”
Kemudian mereka melangkah masuk semula ke dalam haspital. Meninggalkan pihak media yang tak pernah habis bertanya itu dan ini. Entah apa yang mereka tak puas lagi tah le!
Berkali-kali pandangan ditala pada pintu bilik pembedahan. Menunggu pembedahan selesai.
Naziem terus bangun saat pintu bilik pembedahan itu terbuka luas. Dua orang doktor yang memakai mask berjalan ke arah mereka.
YOU ARE READING
Serpihan Kenangan Kita!
RomancePada pandangan orang lain. Rania dan Tengku Adrian itu ibarat Tom And Jerry. Ah! Tom and Jerry pun perangai lagi baik dari mereka berdua! Setiap kali berjumpa pasti ada saja modal untuk bercakaran. Dari sekecil-kecil pergaduhan sehinggalah sebesar-b...