Bab-32✓

984 40 2
                                    

Bab 32

Tengku Adrian sudah siap berkemas. Ruangan biliknya dipandang untuk kali yang terakhir. Ah! Pasti nanti dia akan merindui biliknya ini. Pintu bilik ditutup. Dia membawa dua bagasi ke tingkat bawah.

Hari ini dia akan pergi ke United Kingdom. Menyambung pengajiannya di sana. Dia akan tinggalkan ahli keluarganya, rakan-rakannya dan juga pengarang jantungnya di sini.

Dia mendapat surat tawaran ke University Of Cambridge beberapa minggu yanh lepas. Selepas itu terus mummy dan daddynya membantu dia menguruskan semuanya. Tengku Adrian tidak risau untuk bersendirian di negara orang. Kerana dia mempunyai saudara mara sebelah ibunya di sana. Dia juga pandai untuk berdikari.

Mummy dan daddynya sudahpun menunggu di ruang tamu. Tengku Azrinna dan Tengku Farrizh juga ada bersama. Mereka akan menghantar Tengku Adrian ke Lapangan Terbang KLIA.

“Ryan... Dah siap ke?” Tanya Tan Sri Adam. Tengku Adrian mengangguk. “Dah Daddy.”

“Kalau macam tu jomlah nanti lambat pulak. Dengan jamnya lagi nanti. Tak pasal je terlepas flight!” Ajak Tengku Farrizh. Dia sudah bangun dari duduknya. Menghala kearah Tengku Adrian. Bagasi ditarik dan dibawa ke kereta.

Masing-masing turut menaiki kereta yang sama.

Sampai di KLIA mereka melangkah ke dalam. Tengku Adrian mengerling jam di tangan. Ada lagi satu jam sebelum penerbangannya. Dia memandang ke sekeliling. Mencari figura yang dirindui. Dalam hati tertanya-tanya. Dia tak datang ke?
Satu keluhan dilepaskan. Perlahan.

Tengku Farrizh datang menepuk bahunya perlahan. Senyuman dilorekkan pada bibirnya.
She will come. Don't worry.” Ada nada memujuk dalam ayatnya. Lagi tadi dia tengok adiknya itu gelisah semacam. Dan dia tahu Tengku Adrian sedang menunggu Rania.

Mereka semua duduk diatas kerusi yang di sediakan. Menunggu waktu untuk penerbangan Tengku Adrian.
Sementelah itu mereka berbual sesama sendiri. Tapi lebih kepada Tan Sri Adam memberi peringatan kepada Tengku Adrian.

Dia menasihati Tengku Adrian agar menjaga adab dan tingkah laku di negara orang. Jangan terjebak dengan perkara yang tidak baik.

“Ryan!” jerit Rania saat dia terpandang susuk tubuh Tengku Adrian yang sedang duduk. Tengku Adrian pantas menoleh saat namanya disebut. Dia tersenyum senang hati. Figura yang dinantikan sedari tadi akhirnya memunculkan diri. Semakin mendekat dengannya.

Dia berganjak dari duduknya. Kedua tangan didepakan kearah Rania. Sengihan tersungging dibibirnya. Mengharap Rania berlari kedalam dakapannya.

Rania berlari semakin dekat... Dekat dan... Berhenti betul-betul depan Tengku Adrian. Termengah-mengah.

Rania mendepakan tangan dan...
“Haram gila!” Selar Rania. Aje gila dia nak suruh kita peluk dia pulak! Tengku Adrian ketawa kuat saat Rania menumbuk kuat bahunya. Bila dia kata kuat tu memang kuat sampai boleh lebam bahunya.

Ahli keluarga mereka yang melihat hanya tergelak melihat keletah mereka. Rania dengan perangai brutal dia dan Tengku Adrian dengan perangai kuat menyakatnya itu. Sampai ada satu masa tu Puan Sri Bella pernah bertanya kepada Datin Sri Anida. 'Macam manalah Ryan dengan Nia tu nanti kalau ada jodoh dan berkahwin?'

Pertanyaan yang mengundang pelbagai reaksi. Gembira, kelakar, dan macam-macam lagi. Hah!

“kejap eh. Nak dating buat kali terakhir kejap.” Tak bertapis dia menyuarakan hasrat hati. Dah tak kisah sebab keluarga mereka memang dah tahu yang dia menyukai Rania. Cuma Rania je yang clueless semacam.

“Oii.. Jangan lama-lama. Kang tertinggal flight pulak. Lagi satu! tu adik aku tu. Jangan bawak jauh sangat.” Zhafran memberi amaran. Tengku Adrian tersengih. Dia menarik lengan Rania punya hujung baju.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now