Prolog

1.1K 12 2
                                    

Seorang lelaki terjaga dari pengsannya. Dalam keadaan terpinga pinga dia melihat kiri dan kanan cuba mengamati di mana dia berada. Lampu samar samar. Tangannya terikat.

Dalam keadaan samar samar itu, kelihatan seorang lelaki juga diikat tak jauh darinya. Dia kenal lelaki itu. Kawannya. Masih lagi tidak sedarkan diri. Di hadapan kawannya itu terdapat sebuah motosikal ex5.

"Rip! Bangun Rip! Arip!"

Lelaki yang bernama Arip itu mula sedarkan diri.

"Sor..kau ke tu? Apa ni? Kita kat mana ni?"

"Aku taktau Rip. Kita macam kat bengkel. Macam mana kita boleh ada kat sini?"

"Aku taktau la Sor. Last aku ingat kita tengah telan Calsberg kat taman. Pastu aku rasa ada budak datang kat kita"

"ketik!"

Bunyi suis ditekan. Lampu kalimantang di siling menyala terang menyilaukan Arip dan Mansur.

Kelihatan susuk badan seorang lelaki memakai topeng kabuki putih sedang berjalan masuk ke situ. Berselipar, seluar jeans biru tua dan t-shirt hitam kosong dibaluti jaket kulit yang juga berwarna hitam.

"Woi celaka! Kerja kau ke ni? Lepaskan kitorang la sial!"

Mansur menjerit garang sambil cuba melepaskan ikatan tangannya.

Lelaki bertopeng itu berjalan ke arah Mansur sambil mengambil spanar yang berada di laluannya.

Langkahnya terhenti betul betul di hadapan Mansur. Spanar itu diangkat tinggi lalu dihentakkan tepat ke kepala lutut Mansur.

"Aaaaaahk"

Mansur menjerit sekuat hati disaksikan Arip yang terkelu terkejut.

"Ops. Sorry brader. Terlepas pula huhu. Eh, efek kencing setan tu dah habis ke? Boleh rasa sakit ni"

Mansur mengetap bibirnya sambil merenung tajam ke arah lelaki bertopeng itu. Dia dapat rasa tulang di kepala lututnya pecah.

"Bang, Bang lepaskan kami bang tolong bang. Kami minta maaf bang tolong bang"

Arip mula merayu selepas melihat kawannya berada dalam kesakitan

"Kalau kami ada buat salah kami minta maaf bang, tolong bang"

"Ha, kau tengok kawan kau ni. Elok aje cakap elok elok. Cuba la belajar dari dia. Sejuk hati mak dia lahirkan dia tau"

Lelaki bertopeng itu bergerak ke arah Arip yang dalam ketakutan.

"Rileks. Aku takda nak buat apa apa pada kau. bertenang la. Arip kan?"

"Iye bang. Arip bang. lepaskan kitorang bang"

Lelaki bertopeng itu memegang kolar baju Arip lalu menarik mengheretnya ke arah motor yang berada di situ. Kepala Arip betul betul berada sejengkal dari ekzos motor itu.

"Korang tau? Aku baru adjust motor aku ni. Aku upgrade ekzos dia. Bunyi aku rasa memang kaw habis ni. Aku saja bawa korang kat sini nak tengok apa pendapat korang kat improvement yang aku buat ni"

Ujar lelaki bertopeng itu lalu memasukkan kunci kemudian menghidupkam motor itu.

"PRENGGGGGGGGGGG"

Motor kapcai itu mengaum kuat menyakitkan gegendang telinga Arip. Mansur melihat ke arah lelaki bertopeng itu dengan wajah penuh ketakutan. Dia seperti dapat agak apa yang akan lelaki bertopng itu mahu lakukan kepada kawannya.

"Arip! Woi jangan apa apakan dia"

"Eh. Rileks la bang. Kau mesti fikir aku nak tonyoh muka dia kat ekzos panas kan? Hahahaha. Jangan risau. Aku tak buat gitu kat dia"

"Kau jangan macam macam la sial! Arip tu sepupu aku!"

"Acantik la tu. Jangan risau. Aku cuma nak sepupu kau ni judge improvement yang aku buat kat motor aku ni je"

"Sedap bang, sedap! Bunyi motor abang memang kaw bang. Kuat bang"

Arip cuba membodek lelaki bertopeng itu. Lelaki itu kemudiaanya bergerak ke arah meja berhampiran dan mengambil sepasang headphone.

"Eh ni aku tak pulas lagi tau Rip? Aku nak tunjuk kat kau betapa kuatnya bunyi motor aku kat kau"

Ujar lelaki bertopeng itu lalu memakai handphone tersebut.

"Aku bukan mat rempit macam korang jadi aku taktau bunyi macam ni bagus ke tak"

Arip cuba mengesot pergi dari ekzos motor itu tapi lelaki bertopeng  memijak belakangnya membuatkan dia tidak dapat berganjak. Dia kemudiannya memulas motor itu membuatkan ekzosnya mengaum menjerit menggegarkan bengkel.

Mansur menggolekkan badannya cuba untuk menjauhkan dirinya dari motor. Tak tahan dengan bunyi kuat dari ekzos itu. Kalau dia yang berada hampir dua meter pun sudah tidak tahan, apalagi sepupunya yang kepalanya sejengkal sahaja dari situ.

Walaupun berada jauh dari situ, telinganya tetap tidak mampu menapis bunyi kuat. Sambil mengetap giginya, dia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki bertopeng dan Arip.

Tangan lelaki itu tak lepas dari throttle motor itu. Headphone yang dipakai mungkin berjaya menapis bunyi bising motor. Berbeza dengan keadaan sepupunya yang menggelupur seperti lintah ditabur garam.

Gegendang telinga Arip pecah. Telinganya mengalirkan darah. Mulutnya berbuih buih seperti orang sawan. Mansur mengalirkan airmatanya tak sanggup melihat keadaan sepupunya itu.

Tak lama kemudian, lelaki itu melepaskan throttle motor. Bunyi bising mulai reda. Arip terkulai. Matanya terbeliak. Jantungnya sudah tidak berdegup lagi. Telinganya masih mengalirkan darah pekat.

Lelaki bertopeng itu mematikan enjin motor itu.

"Eh korang mat rempit bukan suka ke bunyi motor kuat kuat gini? Ni mati pulak ni kenapa?"

Mansur sudah tidak berdaya lagi. Badannya lemah. telinganya jugak seakan sudah pekak akibat bunyi motor.

Lelaki bertopeng melangkah ke arahnya sambil tangannya mengeluarkan satu bola kecil berwarna merah yang bersumbu pendek.

"Ini mercun bola. Budak budak suka main natang ni. Katanya dapat menhilangkan rasa sedih. Betul ke tak taktau la. Jadi sekarang kita try ye"

Lelaki bertopeng menyumbatkan mercun bola ke dalam mulut Arip yang sudah tidak bertenaga untuk berbuat apa apa.

"Jangan tiup tau"

Lelaki itu menyalakan api dari pemetik apa lalu membakar sumbu kontot mercun itu kemudian menepuk kedua dua belah tangannya

"Selamat, Hari Raya, kepada saudara serta sau......."

"POMMMMM!!!!!"

KABUKIWhere stories live. Discover now