Sudah 2 minggu sejak Hari Penghapusan Mat Rempit atau itulah yang diperkatakan oleh semua warga Kuala Lumpur. Gayanya, kerajaan berjaya menutup kisah sebenar dari rakyat dan masyarakat.
'Kemalangan Konvoi Motorsikal Terburuk'
Itulah yang tertampal di dada akhbar bertujuan untuk mengelakkan kekecohan di dalam masyarakat. Ramai yang membelinya. Ramai juga yang tidak mempercayainya.
Dalam kejadian itu, tiada unsur jenayah diketengahkan. Tiada unsur pembunuhan. Tiada manusia bertopeng dilibatkan. Hanya kemalangan motorsikal dalam jumlah yang banyak sahaja. Kemalangan normal akibat kecuaian.
"Pang!!"
Pintu ditendang terbuka. Sepasang lelaki dan perempuan masuk ke dalam sebuah bilik di hotel budget.
"Suprise motherducker!"
"Ducker?"
"Diam Mei. Jangan ganggu timing saya tengah bergaya ni"
Di dalam bilik yang dijerkah masuk itu terdapat seorang lelaki yang hanya berseluar jeans. Berambut pendek, bermuka bersih tetapi berjambang halus. Badannya tegap seperti ahli sukan tinju tetapi berparut parut dan berkesan jahitan. Duduk di sisi katil sambil membaca majalah.
"Ah korang lagi rupanya. Masuklah"
Lelaki itu buat endah tidak endah sahaja dengan kedatangan mengejut Alex dan Mei.
"Kali ni kitorang dapat tangkap kau Kabuki! Fit jugak ye badan dia Mei? Ingatkan saya untuk daftar gim petang nanti"
Alex mengacukan pistolnya ke arah dahi lelaki itu.
"Kali ni ada peluru tak tu?"
"Nak cuba?"
"Simpan la pistol tu"
Lelaki itu berjalan ke menuju ke arah mereka. Mei pantas meluru ke hadapan dengan penumbuknya. Lelaki itu bergerak sedikit ke sisi kirinya menyebabkan tumbukan Mei tersasar. Momentum Mei itu membuatkan dia terlajak ke hadapan. Lelaki itu dengan pantas menolak belakang Mei yang melepasinya sekuat hati membuatkan Mei jatuh ke atas katil.
Lelaki itu terus bergerak menuju ke arah Alex dengan tenang. Alex membuka pistol revolver yang dimilikinya itu menunjukkan kelongsongnya yang kosong tanpa peluru. Lelaki itu merampas pistol itu lalu memasukkannya ke dalam poket seluar Alex kemudian menutup pintu dibelakangnya.
"Apalah yang korang fikir ni. Aku boleh bunuh korang berdua bila bila masa aja tau"
Alex bergerak ke katil mendapatkan Mei. Lelaki itu menarik kerusi di satu sudut ke arah mereka lalu duduk di atasnya berhadapan dengan mereka.
"Apa yang korang nak? Tangkap aku? Korang bukan polis. Dan korang pun tak boleh kalahkan aku walaupun bersenjata"
"Jadi betul lah kau ni Kabuki?"
Lelaki itu hanya tersenyum.
"Macam mana kau boleh tahu aku disini?"
"Malam kita berlawan tu, aku sempat letakkan tracker kat seluar kau semasa kita bergelut"
"Jadi kenapa tunggu begitu lama nak cari aku?"
Alex dan Mei hanya mendiamkan diri.
"Korang tak ada bukti kukuh nak tuduh aku ni Kabuki. Di sebabkan itu korang tunggu aku balik. Korang tahu aku takkan stay satu tempat secara tetap jadi korang tunggu aku bergerak dari satu safe house aku ke safe yang lain, korang akan datang safe house tu dan cari bukti untuk sabitkan aku. Betul tak?"
Mei tercengang. Memang benar. Itulah plan mereka berdua. Disebabkan kesemua jenayah yang dilakukan Kabuki bersih tanpa sebarang bukti dan kesilapan, mereka tak boleh menuduh orang sesuka hati. Lagi pula mereka bukanlah polis.
YOU ARE READING
KABUKI
Mystery / Thrilleraku dah tukar tajuk. Yang ni nampak macam ganas sikit. Hakimi merupakan remaja yang mana childhoodnya telah dihancurkan oleh mat mat rempit. Satu per satu ahli keluarganya mati. Walaubagaimanapun dia redha dengan ketentuan tuhan dan cuba menjalani...