Bab 4

202 5 0
                                    

"Nadia, malam ni kau terus balik. Jangan melilau ke mana mana. Terus balik"

"Kenapa abang Daus? Diya memang terus balik pun"

"Bagus la macam tu. Kamu pun sama Kimi"

Hakimi hanya mengangguk. Entah kenapa malam itu Firdaus menggesakan anak anak buahnya pulang terus. Hakimi merenung wajah Firdaus yang berkerut. Seperti sesuatu bakal berlaku.

"Kau okay ke Daus?"

"Aku okay. Nadia, abang rasa kau balik lah sekarang"

"Eh kenapa bang? Saya tak habis kemas lagi ni"

"Takpe. Jangan risau pi balik. Lambat dah ni"

"Baru 10.05 bang. Biasa kita habis pukul 10.30 kita keluar sama sama"

"Diya. Kau balik lah. Takpa aku tolong Daus kemas"

Hakimi mula menyampuk. Mahu mengurangkan tekanan. Dia nampak ketidak tenangan dalan diri Firdaus. Seolah olah sesuatu bakal terjadi dan dia mahu melindungi anak anak buahnya.

"Kau pun balik Mi. Rehat"

"Jangan risau pasal aku. Jom Diya. Aku temankan kau ke luar"

Nadia terpinga pinga. Dia juga nampak Firdaus seakan akan risaukan sesuatu. Dia pantas ke stor, mencapai topi keledar dan beg galas kecilnya lalu keluar dari kafe diiringi Hakimi.

"Abang Daus tu kenapa? Semacam je"

"Takde apa lah. Dia risau kan kau la tu"

"Tapi kali ni lain macam sikit aku rasa"

"Sekarang kes bunuh kan banyak. Elok juga kau balik. Tu ikat tali helmet tu"

"Ah ya, ya. Baik bos. Aku balik dulu ye"

"Hati hati. Balik terus"

"Baikkkk bye bye!"

Nadia terus berlalu pergi dengan skuternya. Hakimi bersandar di tepi pintu kafe. Seketika kemudian Firdaus keluar. Dikeluarkan sekotak rokok dari kocek bajunya. Dinyalakan sebatang lalu menghulurkan kotak itu kepada Hakimi.

Hakimi mengambil sebatang dan menyalakannya.

"Kau pun patut balik juga Kimi"

"Aku tahu"

Kedua dua mereka merenung langit yang kosong tanpa bintang. Ditemani asap dan bau tembakau.

"Jadi kenapa kau macam goyang semacam aje ni?"

Hakimi cuba untuk mengorek rahsia Firdaus.

"Malam ni KL kecoh. Confirm kecoh"

"Bila pula KL ni tak pernah tak kecoh. 24 jam pun bandar ni tak pernah diam"

"Hahaha. Tapi malam ni lain macam kecohnya. Budak budak rempit nak buat satu race paling besar katanya"

"Maksud kau? Diorang nak lumba ramai ramai? Polis mesti buat block punya"

"Ntahla. Aku harap macam tu la. Diorang buat race ni aku rasa satu sebab aje. Sebagai buat Bat Signal nak panggil Kabuki tu. Kabuki datang, mat rempit mati, masalah sosial berkurang, polis pun happy"

"Kau rasa Kabuki tu datang ke? Setakat ni dia bunuh orang sikit sikit aje. Takkan tiba tiba ubah style jadi massacre pulak?"

"Tak mustahil Kimi. Bulan bulan sebelum ni paling ramai kena bunuh pun 3 orang je. Tapi bulan ni 5 orang dah mati. Tak sampai tengah bulan lagi ni. Macam macam boleh jadi"

"Kalau kau macam mana Daus?"

"Maksud kau?"

"Kalau kau Kabuki, apa yang kau akan buat lepas tau pasal race ni?"

KABUKIWhere stories live. Discover now