2.30 pagi dan Alex masih di pejabatnya. Mei sudah disuruhnya pulang 3 jam lepas. Walaupun berlainan bangsa dan jantina, persahabatan antara mereka berdua cukup akrab.
Alex merupakan graduan ijazah sarjana muda di dalam perundangan. Mempunyai keputusan yang cemerlang, dia beberapa kali ditawarkan untuk bekerja di firma guaman terkemuka di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun dia menolaknya dengan lembut.
Dia cuba membina firma guamannya sendiri. Bermula dari bawah dengan usia yang muda, kerjaya Alex sering kali dipertikai kerana kekurangan pengalaman.
Seperti yang dijangka, firma ciptaannya terkubur selepas 2 tahun dibina. Disebab tiada pilihan lain, dia terpaksa bekerja di bawah syarikat guaman yang suatu masa dahulu pernah melamarnya.
Akhirnya selepas 2 tahun, Alex mengundurkan diri dari firma tersebut selepas kegagalannya dalam satu kes pembunuhan yang besar. Firmanya mengalami kerugian tetapi mereka tidak menyalahkan Alex dalam situasi tersebut. Alex aset terbesar syarikat tersebut. Dia berkeras untuk pergi sebagai tanda perkabungan akibat kekalahannya.
Matanya merenung tajam skrin komputer riba di atas mejanya. Jarinya menari nari di atas papan kekunci. Dia cuba cari kaitan antara kesemua 16 mangsa bunuh Kabuki.
"Mat rempit, mat rempit, mat rempit. Jimbit betul lah babun bertopeng ni. Langsung tiada kaitan antara setiap mangsa kecuali geng geng rempit"
Dia bersandar di kerusinya sambil melihat siling. Fikirannya betul betul buntu. Latar belakang setiap mangsa yang berbeza membuatkan Alex bingung. Persamaan antara semua mangsa ialah mereka golongan mat rempit.
"Gaduh antara geng ke? Masuk akal juga. Tapi kalau antara geng paling kurang mesti ramai yang mati dalam satu masa dan lagi ramai yang cedera"
"Dalam 7 bulan, ada 16 kematian. Bulan pertama kemunculan seorang seorang mati. Bulan ni baru 2 orang. Pembunuhanan mereka tak konsisten"
Alex meneguk kopinya yang sudah sejuk. Tak sedap rasanya. Kopi yang enak mestilah dihasilkan dari biji kopi yang terbaik.
"Kalau tak konsisten, maknanya Kabuki ni bukanlah orang yang membunuh atas arahan orang lain. Mungkin suka suka"
Matanya kembali melihat skrin. Tapi merenung kosong. Otaknya ligat mencari jawapan.
"Tapi tak bunuh orang lain kecuali mat rempit. Maknanya dia takda motif membunuh orang lain kecuali mat rempit"
"Cara mati semua tak sama. Semuanya fast kill. Takda unsur seksaan atas badan mangsa. Semua mati dengan satu percubaan. Sembelih, gantung dari tempat tinggi, tikaman di jantung"
"Kesimpulannya, Kabuki ni hanya berdendam dengan mat rempit, semua pembunuhan yang dibuat atas dasar kemahuan sendiri dan kemungkinan besar dia cuba untuk bunuh semua mat rempit kat Malaysia ni"
Alex tersenyum. Dalam fikirannya dia sudah mencapai satu jawapan yang mutlak. Tapi masih banyak persoalan yang masih bermain di mindanya.
"Tapi kenapa tahun ni? Kenapa sekarang baru dia aktif membunuh? Punca sebab mat rempit buat hal dengan dia ke macam mana?"
Tangannya mencapai kertas memo yang berada di penjuru mejanya. Laci ditarik. Sebatang pen diambil dan dibuka penutupnya.
'Cari maklumat kes kematian dari tahun 2000 sehingga 2015'
Memo itu dilekatkan di skrin komputer ribanya. Kopinya yamg sejuk diteguk habis. Jaket kulit berwarna coklat dicapai dari kerusi tetamu berhadapannya. Suis lampu ditekan dan dia terus beredar dari situ.
**********
"Wei Afham kau dengar tak ada budak Renjat kena tibai?"
"Tahu. Dekat depan 7E area belakang taman tu kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/62761518-288-k230823.jpg)
YOU ARE READING
KABUKI
Mystery / Thrilleraku dah tukar tajuk. Yang ni nampak macam ganas sikit. Hakimi merupakan remaja yang mana childhoodnya telah dihancurkan oleh mat mat rempit. Satu per satu ahli keluarganya mati. Walaubagaimanapun dia redha dengan ketentuan tuhan dan cuba menjalani...