Bab 3

231 6 0
                                    

Hakimi jalan perlahan menuruni tangga. Matanya sesekali melilau. Rumah Datuk Harun yang didudukinya sejak hampir setahun itu cukup besar. Di dalamnya tidak la ramai orang. Tapi atas kemegahan dan keselesaan, Datuk Harun meJlabur berjuta juta ringgit.

Tapi Hakimi tidak menilai keborosan Datuk Harun. Siapalah dia mahu menilai pengurusan harta orang lain. Duit Datuk Harun banyak. Jadi terpulang pada dia mahu dilakukan apa untuk menghabiskan duitnya.

Datuk Harun tinggal di situ bersama isteri dan 2 oramg anaknya. Tetapi rumah itu juga kelihatan ada orang gaji dan pemandu peribadi. Anak anak Datuk Harun masing masing berumur 17 dan 15 tahun. Kedua duanya perempuan. Suraya dan Suhaila.

"Ha Kimi, marilah sarapan sekali"

Pelawa Datin Ros. Mulutnya tersenyum manis. Hakimi membalas dengan mengangguk lemah. Dia duduk di sebelah Suhaila.

"Pakcik mana makcik?"

"Pakcik kamu tu biasa lah. Sibuk di syarikatnya. Awal awal lagi sudah bertolak. Kamu tak keluar ke hari ni?"

Hakimi menceduk bihun goreng lalu masuk ke dalam pinggannya. Suhaila yang berada di sebelahnya pantas menghulurkan pinggannya minta ditambah sambil tersengih. Hakimi mencedukkan sedikit untuk Suhaila.

"Harini saya tidak kemana mana pun makcik. Malam nanti baru keluar ke kafe"

"Hari sabtu pun kamu kerja?"

"4 jam sahaja. Saya tak boleh nak buat berterusan 4 hari sebab kadang kadang ada nak siapkan tugasan kelas. Jadi kadang kadang kena ambil hari Sabtu"

"Hmm yelah. Nanti makcik suruh driver hantar kamu"

"Takpelah. Saya dah biasa jalan kaki. Taknak menyusahkan sesiapa"

"Jangan begitu. Makcik kasihan melihat kamu"

"Biarkan saja dia tu mak. Biar dia tahu tempatnya. Kalau menumpang buat cara menumpang"

Suraya bangkit dari kerusinya ke dapur membawa pinggan makannya. Dia memang tidak suka pada Hakimi. Pada pendapatnya, ayah dan emaknya hanya membazir kerana melabur pada yatim piatu ini. Datin Ros hanya mampu mengeluh.

"Maaf ya pasal Suraya. Kurang ajar betul mulut dia tu"

"Takpelah makcik. Saya. Tak ambil hati pun. Biasalah tu remaja"

Datin Ros merenung kasihan pada Hakimi. 'Biasalah tu remaja'.
Ya biasalah perkara itu. Remaja memang kuat memberontak. Tapi bagaimana pula dengan Hakimi? Umurnya baru mencecah 23. Remaja juga. Tapi adakah dia memberontak?

Hakimi matang terlalu cepat dari usianya. Pengalaman pahitnya sentiasa menjadi kenangan membuatkan dia tidak pernah mempersoalkan apa apa yang berlaku dikemudian hari. Dia kenal Hakimi. Dia kenal keluarga Hakimi. Siapa ibunya, siapa bapanya. Orang yang baik.

"Kami keluar malam nanti hati hati lah ye"

"Baik makcik"

"Bukan apa. Sekarang ni KL penuh cerita orang kena bunuh. Kesian makcik tengok. Sapa nama tu Kebuka?"

"Kabuki rasanya"

"Ha yang itulah. Selagi dia tak kena tangkap selagi tu la makcik risau keselamatan anak anak semua"

"Tapi saya dengar dia cuma sasar pada mat rempit aja makcik"

"Mat rempit pun manusia juga Kimi. Mereka bbernyawa bukan tugas kita tarik nyawa orang lain"

"Saya faham makcik"

**********

Di masa yang sama...

KABUKIWhere stories live. Discover now