"Pang"
"Aduh. Kenapa awak?"
"Kenapa awak tanya saya? Awak tengok Hakimi ada kat mana sekarang?"
Kemarahan Suraya membuak buak. Dia tidak menyangka situasi akan jadi seburuk itu. Disebabkan Adnan, Hakimi dimasukkan ke hospital dan masih lagi tidak sedarkan diri sejak peristiwa semalam. Adnan menekup tangannya dipipi menahan sakit.
"Awak tengok la dia kat mana? Hotel 5 bintang? Dia kat hospital! Koma! Semua sebab awak"
"Saya buat semua ni untuk kita sayang"
"Kepala hotak kau! Kau betul betul dah melampau Adnan!"
"Sayang, maafkan saya, please"
"Maaf? Maaf?!! Kalau aku buat laporan, kau boleh masuk penjara tau. Sudahlah. Aku dah taknak tengok muka kau lagi. Mulai hari ni kita putus!"
"Sayang jangan macam ni sayanggg"
Adnan memegang tangan Suraya erat kemudian Suraya terus menyentap tangannya lalu menghadiahkan penampar satu kali lagi.
"Pang!"
"Aku dah taknak tengok kau lagi tak guna!"
Adnan terdiam. Terkelu. Perasaan takut mula muncul dalam dirinya. Bagaimana kalau Suraya melaporkan hal itu kepada polis? Pasti dia akan ke lokap.
"Su!!! Kau jangan kecoh pada orang lain! Kalau tak mampos kau! Aku takkan lepaskan kau Su!! Takkan!"
**********
Sepasang lelaki dan perempuan datang ke kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta.
"Kak, boleh kami tahu bilik pesakit bernama Hakimi?"
"Oh Hakimi. Dia berada di bilik 145B"
"Ok baik. Terima kasih ya"
Mereka berdua melangkah menuju ke blok b. Sampai sahaja di wad, kelihatan Hakimi sedang terbaring. Kepalanya dibalut kemas dan mulutnya dipasang dengan alat bantuan penafasan.
"Apa sudah jadi ni Hakimi? Teruk juga kau kena ni. Malu aku tengok kau terbongkang macam ni"
Lelaki itu memeluk tubuhnya sambil bersandar di dinding.
"Jangan cakap macam tu Sani. Dia tak masuk hospital sorang tau. Dia bawak 3 mat rempit sekali dengan dia"
"3? Sikitnya. Berapa orang dia berdepan malam tu?"
"11 orang. Tapi aku tak nafikan. Dia ni memang kuat. Mungkin sekuat kau, Sani"
"Yakin je kau ni"
"Sani, aku ada malam tu. Aku sendiri nampak macam mana dia kalahkan 3 orang dalam sekelip mata hanya menggunakan pen sahaja"
"Hahaha. Apa apa sajalah Sarah. Kalau kau tak buat buat lembik malam tu dan tolong dia, takdanya dia masuk wad sekarang ni"
"Aku nak tengok kemampuan dia. Dia memang serupa dengan kau. Bila berdepan dengan musuh, no hesitation at all. Terus belasah"
"Hahaha. Biasalah. Dia memang hot tempered sikit. Tak berubah langsung dari dulu dia ni"
"Aku tak faham kenapa mat mat rempit tu aim dia. Diorang tahu ke dia ni adik kau?"
"Mustahillah. Mat mat rempit ni bodoh. Aku rasa ada orang upah diorang untuk pukul adik aku ni"
"Hahaha. Kalau dia tahu budak ni adik kau, Kabuki yang terkenal, mesti diorang takut sampai terkencing"
"Atau diorang tibai adik aku ni ramai ramai sampai mati untuk balas dendam atas apa yang aku dah buat selama ni"
"Yelah. Korang dua beradik memang tak penah terlepas dari masalah dengan mat rempit. Selalu aje masalah tu datang pada korang kan?"
YOU ARE READING
KABUKI
Mystery / Thrilleraku dah tukar tajuk. Yang ni nampak macam ganas sikit. Hakimi merupakan remaja yang mana childhoodnya telah dihancurkan oleh mat mat rempit. Satu per satu ahli keluarganya mati. Walaubagaimanapun dia redha dengan ketentuan tuhan dan cuba menjalani...