Bab 6

202 7 1
                                    

4 Bulan selepas Hari Penghapusan Mat Rempit. Kabuki senyap tanpa melakukan sebarang jenayah manakala mat mat rempit kembali  aktif tetapi masih dalam jumlah yang sedikit selepas lebih separuh dari komradnya mereka mati.

Haikal sedang menghisap rokok di satu gazebo yang berada di sebuah taman permainan yang tidak berpenghuni. Dia merupakan salah seorang yang terselamat. Langkahnya untuk tidak hadir pada malam itu baginya langkah yang bijak dan bernas. Nyawanya masih ada, motornya masih cantik dan punggungnya tidak duduk di lokap.

Sesekali dia teringat kepada arwah kawan baiknya Afham Lenteng yang mati sia sia bersama 2 Renjat dan Taring.

"Pendek umur kau Am. Takpelah. Sekurang kurangnya kau mati buat benda yang kau suka"

Nama Kabuki tidak lagi disebut sebut selepas 4 bulan tiada khabar berita mengenai penbunuh bertopeng itu. Orang awam juga seakan akan telah lupa pada watak jahat yang menarik nyawa orang sesuka hati itu.

"Kal"

Sesorang menegurnya. Haikal menoleh ke belakang lalu terlihat Tajol dari geng Taring. Tajol juga terselamat walaupun dia menyertai aktiviti malam itu tetapi dia telah dihumban ke dalam lokap kerana berjaya ditahan oleh pihak polis. Padanya itu lebih baik dari mati kulit disagat di atas jalan raya.

"Buat apa di sini?"

"Takda apa pun Jol. Saja ambil angin. 4 bulan dah Afham pergi tinggalkan kita"

"Itulah. Mujur aku masih hidup. Kalau tidak mungkin nasib aku sama macam mereka bertiga. Sama macam kawan kawan yang lain"

Tajol mengeluarkan rokok kereteknya lalu dibakar. Asap rokok jawa itu berkepul kepul diiring bau cengkih.

"Tapi aku tak faham. Macam mana Kabuki tu boleh tahu route sebenar race malam itu"

Haikal menoleh ke arah Tajol dengan penuh tanda tanya.

"Apa maksud kau Jol?"

"Iyalah, route yang tersebar pada hari itu palsu untuk mengelirukan pihak polis. Cuma beberapa orang saja yang tahu route sebenar malam tu sebelum Renjat beritahu kat semua rider sebelum race"

"Maksud kau ada budak budak kita yang jadi balaci Kabuki tu?"

"Iya. Sebelum race mula, Taring ada beritahu aku. Ada 5 orang yang tahu route yang sebenar. 3 orang tu Taring, Lenteng dan Renjat. Maknanya ada dua orang lagi yang tahu"

"Jadi antara dua orang tu mesti balaci Kabuki kan?"

"Atau mungkin kedua duanya."

"Maknanya diorang tu mesti tergolong dalam kalangan orang yang terselamat. Untuk hilangkan syak wasangka orang lain, dia join race itu dan buat buat ditahan polis. Betul tak Jol?"

"Betul. Ataupun orang itu ialah orang yang duduk di rumah lepas tahu yang Kabuki akan mengganas. Dia tak mahu mati dan tak mahu ditahan polis jadi dia ambil langkah selamat dengan duduk rumah main telur"

Tajol merenung tajam ke arah mata Haikal.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?"

"Orang yang selalu mengekor Lenteng, kau sorang aja. Tiap kali aku tengok dia kau mesti ada kat sisinya"

Tajol bangun dari tempat duduknya. Dia mengeluarkan telefon lalu jarinya menari di atas permukaan skrin telefon tersebut.

"Kau jangan nak tuduh aku Jol. Takkan aku nak khianat kawan baik aku sendiri?"

Seketika kemudian, muncul dalam 8 buah motorsikal yang membawa 2 orang setiap darinya menjadikannya 16 orang dari mereka. Masing masing membawa bat besbol.

KABUKIWhere stories live. Discover now