Bab 1

539 6 0
                                    

Hakimi berjalan menuruni tangga sambil menguap. Kuliahnya hari itu amatlah membosankan. Berkali kali jugalah dia tersengguk sengguk sewaktu pensyarah mengajar di hadapan kelas.

Tidurnya tidak cukup kebelakangan ini. Kerap terjaga tiap tengah malam dek mimpi ngeri. Hari itu seperti biasa, dia bercadang untuk tidur di perpustakaan sementara menunggu kelas seterusnya.

Sebaik saja dia meletakkan beg galasnya di rak letak beg, Hakimi terus melangkah masuk ke dalam mencari tempat yang paling hujung, paling sunyi sesuai untuk tidur tanpa gangguan.

Biasanya dalam sana akan ada dua jenis golongan manusia. Golongan pertama yang berada di ruang hadapan. Mereka ini betul betul belajar dan menyiapkan tugasan masing masing. Manakala di bahagian belakang pula ialah golongan pasangan kekasih yang beronggeng tidak mahu diganggu.

Hakimi berjalan melintasi 2 pasangan kekasih. Matanya sudah lelah mahu menonton beruk beruk jantan dan betina yang sedang bercerekarama di situ.

Sebaik sahaja duduk disebuah meja bulat yang terasing dikawasan itu, dia meletakkan kepalanya diatas meja.

"Ehem, tido ke?"

Hakimi tak mengendahkan teguran yang muncul secara tiba tiba itu. Dengan tak semena mena, bunyi kerusi ditarik. Seseorang duduk berhadapan dengannya.

"Kau ni Kimi, asyik tido je. Dari kelas lagi aku perasan"

Hakimi menongkat kepalanya. Nuraisyah atau mesra dengan panggilan Ecah duduk berhadapannya sambil menyelak nyelak buku yang dibawa bersama.

"Aku tak cukup tido la Cah. Bukannya aku suka suka tido dalam kelas Miss Lina tadi"

"Tu la. Lain kali malam tu tido. Bukan merayau aje kejenye"

"Mana ada aku merayau. Aku malam memang duduk rumah tido aje. Cuma semenjak dua menjak ni asyik terjaga aje tengah malam"

"Mimpi hantu ke?"

Aisyah mula menekan nekan butang diatas kalkulatornya. Mencari jawapan untuk soalan kira kira yang dia cuba selesaikan.

"Aku mimpi bunuh orang Cah"

"Mainan setan aje tu. Takda ape lah"

Hakimi meletakkan semula kepalanya diatas meja. Jawapan 'mainan syaitan' itu padanya cukup menjengkelkan.

"Kau tak pegi makan ke Cah? Sekarang lunch hour kan?"

"Malas la Kimi. Aku nak diet. Kau cakap orang tu. Kau tak makan pulak?"

"Aku nak jimat duit"

"Hari ni kau keje ke?"

"Iyee"

Aisyah merenung Hakimi yang masih melekapkan mukanya diatas meja. Rasa kasihan mulai terbit terhadap sabahatnya itu.

Hakimi tidak macam remaja lain. Seorang yatim piatu yang terpaksa bekerja sambilan untuk menyambung pelajarannya. Tapi rezekinya murah. Sabahat baik arwah bapanya yang merupakan seorang lelaki berpangkat datuk sudi menerimanya untuk dijaga sementara waktu sehingga dia menghabiskan pelajarannya.

Tetapi Hakimi tidak mahu terhutang budi jadi dia membuat keputusan untuk bekerja secara sambilan di sebuah kafe milik datuk tersebut. Dia hanya mengambil separuh sahaja dari gajinya untuk diguna pakai. Padanya itu sudah memadai memandangkan datuk tersebut sudah banyak membantunya selepas dia kehilangan keluarganya dalam satu tragedi.

"Minggu ni kau kerja hari apa aje?"

"Minggu ni hari Isnin, Rabu, Jumaat dengan Sabtu. Syif malam. Datuk Harun limitkan aku kerja 4 hari je seminggu. Syukur sangat dia sanggup tolong aku"

KABUKIWhere stories live. Discover now