PROLOG

667 28 0
                                    

"Bermula dari hari ini, Tahun 2021, anda semua boleh dapatkan manusia realistik 3D yang mempunyai pendirian sendiri di setiap kedai alat permainan dengan sistem yang disambungkan ke rangkaian GLN (Game Loyal Nework). Ia akhirnya siap dicipta dan dijual di seluruh dunia oleh JTC (Japanese Technology Corporation). Manusia android ini mempunyai program untuk mempunyai perasaan dan berfikir dengan sendiri, memudahkan hidup anda semua kerana mereka boleh membantu dalam pelbagai cara. Anda mesti dapatkannya! Mereka dengan kata lain ialah manusia yang hidup di dalam rangkaian dan anda boleh bina mereka daripada pelbagai bentuk manusia dengan bantuan program yang telah disediakan." Seorang pengedar perempuan daripada JTC mempromosi alat permainan mereka ke seluruh media pada masa yang sama.

"Biar saya tunjukkan manusia android saya... Perkenalkan diri awak, Anya," katanya sebelum seorang remaja perempuan muncul pada skrin alat permainan berbentuk empat segi panjang. Rupa paras dan pemakaiannya sangat cantik.

Rambutnya berwarna biru dan panjang hingga ke pinggang. Anak matanya berwarna ungu berkelip-kelip dengan bulu mata panjang. Dia memakai cermin mata untuk menunjukkan ekspresi comel. Untuk pakaiannya ialah jenis gothic putih dengan bunga ros biru mencorakkan sekeliling pinggang. Akhir sekali, kakinya memakai stokin putih panjang dan berkasut putih campuran merah jambu.

"Apa khabar semua? Saya Anya, manusia android Ella. Anda akan melihat saya bersama Ella sepanjang masa selepas ini." Anya tunduk hormat kepada semua penonton sambil memberikan senyuman manis. Dia juga menunjukkan pergerakan seperti berjalan dan menari di skrin dengan ceria.

"Seperti yang diberitahu Ella, anda semua mesti ada kami dalam hidup anda. Kami pastinya amat berguna dengan kerja-kerja anda selepas ini. Oh, bukan itu sahaja, anda boleh suruh kami lakukan apa-apa yang ada kaitan dengan sistem berkomputer asalkan anda tidak melanggar undang-undang GLN. Ya, betul tu, tuan-tuan dan puan-puan, encik, cik, abang, kakak, adik, kami juga mempunyai undang-undang juga. Jadi, jangan takut. Kami akan sentiasa mendengar arahan anda dan menjadi teman anda sentiasa jika diperlukan. Betul tak, Ella?" Anya memandang pengedar perempuan yang berada di tepi alatnya.

"Benar. Kita akan sentiasa bersama. Percayalah. Okey, sampai di sini sahaja. Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barang permainan ni. Dengan ini, jumpa lagi pada masa akan datang." Ella menamatkan siaran promosi tersebut dan siaran berlangsung bertukar ke program lain pula.

Berita pengedaran manusia android itu menggemparkan seluruh dunia dan mendapat tumpuan hampir semua orang. Sebaik sahaja siaran pengedaran tersebut tamat, ramai individu menyerbu kedai alat permainan berdekatan. Begitu juga dengan laman sesawang GLN dan JTC. Awal Tahun 2022, lebih daripada 2 bilion individu menggunakan manusia android dalam kehidupan mereka. Tidak kira lah kanak-kanak, dewasa mahupun tua, mereka mempunyai manusia android yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang diinginkan mereka.

LIFE SANCTUARY GAME (DALAM BAHASA MELAYU) - BOOK 1 [Stop]Where stories live. Discover now