chapter 4

202 14 0
                                    

DALAM PERJALANAN PULANG
"Eh tu macam Kim Namjoon??? Arrggghhh...aku masih takpuas hati pasal hal tu...baik aku tanya lagi..." Hani bercakap seorang diri sambil berlari ke arah Namjoon yang sedang berjalan.
"Yahhh Kim Namjoon.." Hani menepuk bahu Namjoon.
Secara tiba-tiba sebuah tumbukan betul-betul berhenti di hadapan mata Hani.
Hani jatuh terduduk di jalan kerana terkejut.
"Lahhh...kau lagi..nasib baik aku sempat stop tadi tau.." Namjoon memarahi Hani.
"Aaaahhhhhhh!!!!!! " Hani tiba-tiba menangis macam budak kecil.
Namjoo menjadi panik.
"Kau...kau kenapa menangis pulak ni??? Ak...aku tak buat apa-apa pun..." Namjoon duduk mencangkung di hadapan Hani yang dudukdi jalan.
"Kenapa awak selalu marah saya...apa salah saya..." Hani berkata dalam tangisannya.
"Aku buat ni demi kebaikan kau jugak...lebih baik kau tak kenal aku.." Namjoon berkata dengan perlahan.
Hani mula berhenti menangis.
"Yahhh Kim Namjoon!!!" Tiba-tiba sekumpulan lelaki berlari ke arah mereka.
Riak wajah Namjoon mula berubah.
"Yahhh...cepat bangun..kita kena lari..jangan berpaling ke belakang.." Namjoon menarik tangan Hani.
"Tapi kenapa kita kena lari??? Siapa mereka??" Hani bertanya sambil berlari kerana ditarik Namjoon.
"Banyak songehlah kau ni...ikut jelah kalau nak selamat.." Namjoon berkata sambil berlari.
"Kira menyorok disini..diam.." Namjoon berbisik kepada Hani.
Muka Hani mula pucat kerana takut.
"Jangan takut..aku ada..aku takkan biarkan mereka apa-apakan kau.."Namjoon berkata perlahan sambil mengintai musuh.
Hani hanya memandang Namjoon tanpa berkelip.
"Ok...dah clear...kita boleh keluar sekarang.." Namjoon menarik tangan Hani untuk keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Mujur mereka tak nampak wajah kau tadi...kalau tak habislah kau.."Namjoon menarik nafas lega.
"Siapa mereka tu??" Hani bertanya.
"Kau tak tahu ke??" Namjoon memandang Hani dengan pelik.
"Tahu ape???" Hani blur.
"Mereka tu musuh sekolah kita...lebih tepat lagi musuh aku..budak-budak Got7 tu memang dari dulu lagi tak puas hati dengan aku..."Namjoon berkata dengan geram.
"Oooo....Nanti jap..jadi diaorang akan serang kita balik ke??" Wajah Hani berubah pucat lagi.
"Kau jangan risaulah..diaorang tak nampak muka kau tadi..jadi diaorang takkan ganggu kau buat sementara waktu ni.."Namjoon berkata sambil mengintai dengan berhati-hati.
"Kalau aku boleh lindungi kau malam tu..mestilah aku boleh lindungi kau lagi.."Namjoon terlepas cakap.
"Jadi betullah kau budak lelaki yang tolong kau malam tu ye.."Hani berkata dengan gembira.
"Ok..ye...tu aku..."Namjoon terpaksa bercakap benar.
"Akhirnya kau mengaku jugak.."Hani memeluk Namjoon secara tiba-tiba.
Namjoon menjadi kaku dan mukanya mula memerah.

ONLY YOU MY YEOJA!!!Where stories live. Discover now