chapter 5

203 15 0
                                    

DI SEKOLAH
"Nah....ambik ni...sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya hari itu dan semalam.."Hani tersenyum gembira sambil menghulurkan sebuah bekas kecil.
"Ape ni??" Namjoon menyambut bekas tersebut dengan hairan.
"Awak tengok sendirilah...oklah...saya pergi dulu.."Hani segera berjalan pergi.
"Ape tu hyung???" Jimin melihat bekas di tangan Namjoon dengan penuh minat.
Namjoon membuka bekas tersebut perlahan-lahan disaksikan rakan-rakan Btsnya.
"Wow...cupcake lahhh...comelnya...nampak sedaplah...nak satu.."Jimin berkata sambil menghulurkan tangannya kepada Namjoon.
"Eh...mana boleh..ni aku punya..kau nak...pergi minta dengan Hana kau tu..."Namjoon menutup balik bekas Hani tadi.
"Hana sibuklah akhir-akhir ni..dah lah makin garang sekarang ni..even Jhope sendiri lari bila nampak dia.."Jimin menjeling kepada Jhope.
Jhope hanya menggeleng kepala tanda tak mahu berjumpa dengan Hana.
"Sape suruh kau tackle gadis paling garang kat sekolah ni...adik Hoya pulak tu..pandai-pandailah kau ye.."Namjoon berjalan pergi.
"Hyung....wae hyung kejam sangat..."Jimin buat muka sedih.
Rakan mereka yang lain hanya ketawa.

DALAM PERJALANAN BALIK SEKOLAH
Hani berjalan seorang diri sambil mengelamun. Tiba-tiba Hani terdengar suara seperti orang sedang bergaduh.
"Omo...tu kan Namjoon dengan kawan-kawan dia...siapa budak-budak yang mereka lawan tu?? Jangan-jangan.."Wajah Hani berubah pucat. Hani teringatkan kata-kata Namjoon tempoh hari.
Tanpa Hani sedar,seseorang menangkapnya dari belakang.
"Yahhh..ape awak buat ni!!! Lepaskan sayalah.."Hani menjerit kuat.
"Yahhhh Kim Namjoon!!!! Aku dah tangkap perempuan kau!! Ape kau nak buat ha!!!!" Jackson berkata dengan sinis.
"Tak guna kau Jackson!!!" Namjoon menahan geram.
"Jadi ini rupanya perempuan kesayangan kau tu..cantik.."Jb yang merupakan ketua mereka sengaja menyentuh pipi Hani didepan Namjoon.
Namjoon semakin hilang sabar.
"Sabar Namjoon...jangan tunjuk kemarahan kau tu..kita harus cari cara untuk selamatkan Hani dulu.."Jin menepuk bahu Namjoon.
Namjoon hanya mengetap bibir.
"Hyung...aku ada idea...korang alih perhatian dia sementara Jungkook menyelinap di belakang diaorang.."Taehyung memberi cadangan.
"Yahhh..Jb...ape yang kau nak!!!" Namjoon mengalih perhatian Jb dan rakan-rakannya.
"Kau tahu ape yang aku nak.."Jb tersenyum sinis.
Sedang mereka berbincang, Jungkook telah menyelinap di belakang mereka.
Dengan segera Jungkook menyerang Jackson yang sedang memegang Hani.
Pegangan Jackson terlepas dan Jungkooksegera menarik Hani untuk lari.
"Bawa Hani pergi..nanti aku menyusul.."arah Namjoon kepda Jungkook.
Jungkook menurut arahan Namjoon dan membawa Hani pergi dari situ.
Hani berlari mengikuti Jungkook sementara matanya masih memerhatikan Namjoon dengan risau.

ONLY YOU MY YEOJA!!!Where stories live. Discover now