"Sayang okay tak? luka mane2 tak? nak pegi klinik tak?" tanya Hadi dengan nada risau . Walaupun tiada senyuman terukir di bibir Hadi , tetapi karisma Hadi tetap membuat jantung Ainan ketika itu berdegup kencang . Haish!
'Setiap hari , Aku jatuh cinta dengan orang yang sama! abang abang hmm kenapa caring sangat'
"Sayang okay takpe , jom lah balik . Dah nak masuk waktu maghrib ni . Tak sempat pulak nanti" Jawab Ainan selamba . Hadi hanya mengangguk tanda setuju , tetapi dihatinya tersimpul rasa bersalah terhadap apa yang terjadi kepada isterinya tadi .
Dia berasa , dirinya tidak layak jadi pembimbing yang baik untuk Ainan . Dia berasa , dirinya gagal melaksanakan tanggungjawabnya . Tetapi , dibiarkan rasa itu mati . Di renungnya wajah isterinya yang sudah terlena , SubhanAllah :")
***
"Sayang"
"Sayang"
"Sayang"
Kata Hadi berulangkali untuk mengejutkan isterinya yang sedang dibuai mimpi , dengan lenanya Ainan tidur dalam kereta mesti sebab penat sangat main dekat pantai tadi :'D
Hadi membetulkan shawl berwarna turqoish Ainan yang tadinya tidak kemas . Akhirnya , Ainan terjaga . Ainan malu , seraya tunduk meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya .
"blushing ke?" Hadi memerli sambil memarkirkan kereta di perkarangan rumah Encik Manshahar .
Ainan menjegilkan mata ke arah suaminya yang suka sangat menyakat orang , Nasib baik hensem kalau tak .
***
"Mana laa perginya pengantin sehari tu, lamanya dating . risau pula liya jadinyaa" Kata punya Puan Liya , Ibu Ainan yang sedang duduk santai di ruang tamu milik rumah mereka .
"eh , awak tak payah lah risau . Ainan tu dah jadi isteri orang . Ada orang dah yang jaga Ainan" Kata Encik Manshahar tenang . Tetapi , gelodak dihatinya siapa yang tahu?
Sungguh dia sebak melihat puteri kecilnya sedang berbahagia dengan pilihan hatinya sendiri . Sungguh dia sebak kekasih kecilnya kini sudah punya penjaga dan pembimbing dalam mengharungi dugaan serta cabaran hidup :")
Rasa tidak puas untuk menjaga anak sendiri itu memang sudah jadi kebiasaan bagi seorang ayah dan juga ibu . Tetapi , itu lah hakikat kehidupan :')
Ada benda yang boleh kau simpan , ada benda yang perlu kau lepas .
***
Kedengaran bunyi kereta daripada perkarangan rumah mereka ,'mesti Ainan!' tebak Puan Liya
Lantas Puan Liya membuka pintu besar rumah untuk menyambut Ainan dan Hadi .
"Assalamu'alaikum , Ibu Ayah" Ainan dan Hadi memberi salam serentak .
"Waalaikumsalam . Ya Allah , Ainan kenapa baju comot ni? apa yang jadi ni?" Tanya Puan Liya dengan riak wajah yang cemas . Risau .
"Eh , takde pape lah ibu . Ainan jatuh tadi kat pantai hhe" Jawab Ainan .
"Haish! lain kali hati hati lah sikit sayang , dah Hadi Ainan pegi mandi dan solat dulu . Dah masuk waktu maghrib ni" Arah Puan Liya .
***
Usai solat , Ainan menghulurkan tangan kanannya kepada Hadi . Hadi menyambut salam Ainan , lantas di kucupnya tangan kekasih halalnya itu . Hadi mengusap lembut kepala Ainan .
"Sayang ? Al-Quran pelangi yang Abang pernah bagi sayang letak mana?" tanya Hadi , anak mata bulat miliknyaaa menikam anak mata comel milik Ainan dengan penuh harapan .
Ainan tergamam . kenapa kacak sangat ni?
"Ada kat laci , jap . sayang ambik" kata Ainan lantas menuju ke almari kecil miliknya untuk mendapatkan Al-Quran pelangi yang merupakan hadiah daripada Hadi .
"nah" Ainan menghulurkan Al-Quran pelangi tersebut kepada Hadi .
"Okay good . budak baik . Sini duduk sini sebelah abang , kita baca surah Al-mulk samasama" Hadi merangkul lengan Ainan yang masih di litupi oleh kain telekung untuk duduk disebelahnya :")
Hadi dan Ainan membaca surah Al-mulk bersama :")
*****
Kalau suka vote ~
Comment ^^
YOU ARE READING
"I'm Yours , Kekasih Halal Abang"
Dragoste"I'm Yours , Kekasih Halal Abang" Kisah dua hati yang saling memendam rasa dua tahun lamanya , dan akhirnya dengan sekali lafaz . Alhamdulillah . Sah! Muhammad Hadi , 20 tahun Ainan Manshahar , 17 tahun Tetapi, Kemanisan cinta selepas nikah antara A...