FROM : UNKNOWN
Sayang? tak sabar nak jumpa you hari ni . Haritu jumpa tak best aahh! kejap sgt . Rindu you sangat2! see you! Muah! 😘😍
Prakkprakk!
'Ya Allah? apa ini? ujian apa ini Ya Allah! sampai hati abang! sampai hati Abang! sampai hati Abang buat macam ni kat Ainan! Ainan percaya dan sayang Abang selama ni!' Laung Ainan didalam Hati , Ainan menangis teresak esak, disembamnya wajah pada bantal .Ainan menangis teresak-esak . Apa maksud orang tu? haritu pernah jumpa? Abang jumpa perempuan lain belakang Ainan? sampai hati Abang! Ainan menangis tanpa henti sehingga lah terlena .
"Allahuakbar Allahuakbar!"
Kedengaran suara Azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat fardu zohor . Ainan terjaga . Digosoknya mata berkali kali , pandangannya kabur dipejam dan diceliknya semula matanya yang sembab itu . Bengkak , kerana menangis sehingga tertidur .Ainan bingkas bangun membetulkan ikatan rambutnya yang sudah tidak terurus tetapi tetap menampakkan keanggunan wajahnya yang putih melepak itu . Kemudian , ke bilik air untuk brrwuduk . Wajahnya langsung tidak seperti biasa , manis sahaja dipandang walaupun tidak tersenyum . Manis! tetapi , ketika ini wajah Ainan berubah 360° , hampa! kecewa! dan sedih! semuanya berbaur pada wajah itu .
Ainan menunaikan solat fardu zohor sendirian , airmatanya tidak berhenti mengalir .
"Ya Allah , engkau tabahkan lah hati hamba mu yang lemah ini Ya Allah . Sungguh berat ujian mu ini Ya Allah ..."
Majlis reunion itu berlangsung dengan meriah sekali . Hadi bersama rakan-rakannya sedang santai berdiri sambil bersembang dihadapan sebuah kolam renang milik hotel yang mereka gunakan itu .
Sedang rancak Hadi dan Syah iaitu kawan baik Hadi sejak disekolah menengah lagi berbual bersama rakan-rakan mereka yang lain . Seorang gadis freehair , bergaun ketat warna ungu dengan gaya gedik datang menghampiri kumpulan Hadi! Siapa perempuan seksi tu?
Semua mata tertumpu pada gadis itu! kecuali Hadi dan Syah yang sedang rancak berbual tidak mengendahkan kehadiran gadis seksi itu . Mereka berdua ni berkawan dengan perempuan memang ya . But , diorang tahu batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan . Lagi lagi mereka berdua ni sudah berstatuskan suami . Rakan-rakan mereka yang lain tidak usah diturut! semua mata tertancap pada body gadis seksi itu ber cia cia ciaaa!
Siapa gadis itu?
"Glory!"
Seorang rakan Hadi memanggil Glory dengan wajahnya yang sudah terpukau dengan keseksian gadis dihadapan mereka itu .Yes! dialah Glory! Si Gedik!
dialah Glory yang melanggar Ainan dengan sengaja semata-mata hendak mendapat perhatian daripada buah hatinya , Hadi! dialah Glory , merupakan orang yang mewujudkan bara api di antara Hadi dan isterinya , Ainan . dialah Glory! si Gedik yang tak boleh belah lah! uewwwww! (aku yang stress!)"Yeah! me Glory" jawab Glory sambil melakukan aksi-aksi seksi dihadapan kumpulan pemuda-pemuda kacak itu . Tetapi! tetap lah Hadi yang paling kacak! Hadi dan Syah , atau dikenali sebagai Syahrizal hanya membuat 'dek' sahaja . Mereka berdua berasa kurang selesa dan meminta izin untuk pergi ke tempat lain tetapi langkah mereka berdua terhenti .
"Muhammad Hadi! I kan dah mesej you yang I nak jumpa you , boleh pula you belah macam tu aje? sampai hati you tau" Kata Glory sambil memuncungkan bibirnya , jari telunjuknya bermain-main di bahu kemudian ke dada bidang Hadi tetapi di tepis kuat oleh Hadi .
Kelihatan Hadi sedang tercari-cari iphone6+ miliknya di poket seluar tetapi malangnya tiada .
'Mesej? Glory mesej? takkan lah iphone aku tinggal kat rumah! Ainan? macam mana kalau Ainan baca mesej perempuan ni? alamak!' Hadi bersangka sendiri dibenak fikirannya . Dahinya sudah berkerut seribu . Risau dia , jikalau Ainan terbaca mesej gedik daripada gadis dihadapannya itu .
Glory seakan-akan mengerti apa yang bermain di minda Hadi .
'Wow! mesti phone tinggal rumah kan?' tebak Glory didalam hati , kemudian dengan selamba dia berpaut pada lengan Hadi disandarnya kepala pada bahu bidang Hadi .
Hadi segera mengelak . Rakan-rakan Hadi yang berada di belakang mereka itu terperanjat dengan kelakuan Hadi . Wuu! yelah , zaman sekarang manaade lelaki tolak benda free macam tu! seksi pula tu pheww ~
"Syah! Guys! aku balik dulu . Ade hal!" Kata Hadi kemudian berlalu . Glory gembira kerana , rancangannya untuk membuatkan kedua suami isteri itu hancur semakin berjaya tetapi sempat juga dia berasa marah kerana aksi-aksi seksinya langaung tidak dipandang Glory malah ditepis berkali kali .
'ya tak ya! phone die tinggal!'
TO : MY LOVELY HADI
Sayang! i'm so so so so happy dapat spent my time with you today! iloveyou!😘😍'HAHAHAHAHA'
Ainan yang baru sahaja selesai menunaikan kewajipannya , duduk di birai katil . Mukanya pucat . Langsung tidak bermaya . Sehari ini , Tiada sekali pun dia turun bawah . Hanya tidur , bangun , solat then tidur balik , itulah kerjanya seharian . Langsung tiada semangat .
"Tit tit 🎶" Iphone Hadi berdering lagi .
Disebabkan rasa ingin tahu Ainan membuka mesej yang baru sahaja diterima itu .From : Unknown
Sayang! i'm so so so so happy dapat spent my time with you today! iloveyou!😘😍Alangkah sedihnya Ainan bagai kaca di hempas ke batu . Lantas , di balingnya iphone Hadi ke hujung katil nasib baik taj jatuh lantai . Huhu ~
Ainan menangis teresak-esak , tapi tidaklah sampai kedengaran ke luar . Ingin saja Ainan keluar memeluk Ibunya tapi tidak mahu dia masalah rumah tangganya menjadi beban untuk orang lain .
'Harap harap Ainan tak baca mesej tu . Ya Allah'
Hanya itu yang meniti di bibir Hadi berkali-kaki sepanjang perjalanan pulang yang mengambil masa 25minit itu ."Assalamualaikum , Ibu " Hadi mengucap salam kemudian menutup pintu . "Waalaikumsalam" Jawab Puan Liya yang sedang menonton tv itu .
"Ibu tunggu Ayah eh?"
"ye . Kamu naik lah dulu , isteri kamu tu dari pagi lagi asal ibu naik bilik mesti tengah tidur hish! hish!"
"Baik ibu"Jam tangan dikerling sekilas oleh Hadi , menunjukkan tepat pukul 9:40malam . Hadi memulas tombol pintu perlahan . Ditolaknya perlahan pintu bilik . Takut-takut isterinya isterinya sedang tidur , nanti mengganggu pula .
"Sayang?.."
prak!
-----
Okay Guys? Tunggu update seterusnya k!
Kepada silent reader ,
Please help me , kalau okay support lah saya dengan tekan butang bintang . Kalau tidak , dan saya yakin memang banyak kekurangan . Tolonglah saya , komen lah . Baik buruk saya terima ^^ Saya budak baru yang ingin memperbetulkan kesilapan ;) Saya perlukan sokongan anda semua 😭😆Salam kasih buat semua♥😘
YOU ARE READING
"I'm Yours , Kekasih Halal Abang"
Romantizm"I'm Yours , Kekasih Halal Abang" Kisah dua hati yang saling memendam rasa dua tahun lamanya , dan akhirnya dengan sekali lafaz . Alhamdulillah . Sah! Muhammad Hadi , 20 tahun Ainan Manshahar , 17 tahun Tetapi, Kemanisan cinta selepas nikah antara A...