2007 .
"Huarrrrrgh! Huarrrrrrgh!" Tangisan gadis kecil, Ainan memecah suasana yang tadinya ceria dengan gelak tawa bersama Sazwani , kakak sepupu aka cousin Ainan yang berumur 10tahun .
"Ibuuuuuuu ~ tangan Ainan luka! Ibu" Sazwani terkejut melihat jari manis Ainan yang darahnya menitis deras tanpa henti jatuh ke bumi . Hanya menjerit , memanggil ibu yang mampu dilakukan oleh gadis molek itu , Sazwani . Ainan yang baru berumur 8tahun , yang baru sahaja ingin mengenal duniya itu menangis teresak-esak . Dipalingnya wajah dari melihat jari manis tangan kanannya yang luka itu .
"Ya Allah , Ainan . Kenapa ni? Kenapa berdarah ni?" Cemas Puan Halina merangkap Ibu kandung kepada Sazwani . Tanpa menunggu soalannya di jawab . Lantas , diayunnya langkah Ainan menuju ke bilik air . Dengan sentuhan yang lembut , Dibasuh Puan Halina jari manis Ainan yang luka tadi . Kemudian , mencapai kotak 'First Aid Kit' .
"Hah siap , sudah sudah jangan nangis Ainan . Takpe , esok! jari Ainan yang comel ni mesti sembuh punya . Jangan nangis lagi sayang . Wana , cuba jawab Ibu . Apa yang dah jadi ni? kenapa jari Ainan boleh luka sampai macam tu?" Kata Puan Halina , tegas tetapi kedengaran lembut . Well , eomma memang macam tu :'D
"Tadi Wana ngan Ainan main main aje lah Ibu , main masak masak . kitorang guna pisau ibu . Tiba tiba aje jari Ainan luka" Jawab Wana perlahan . Sepatutnya , Sazwani yang bertanggungjawab dalam hal ini kerana dia merupakan kakak Ainan . Dia seharusnya tahu , benda tajam adalah dilarang digunakan oleh kanak-kanak .
Tetapi , Puan Halina tersenyum . Rasa kasih terhadap satu-satunya puteri miliknya itu menghalang dirinya untuk marah , atau meninggikan suara . Sungguh sayangnya itu tidak dapat dihitung . Sebelum kelahiran Sazwani , Puan Halina pernah hamil sekali tetapi , malang tidak berbau suatu kemalangan telah menyebabkan kandungan Puan Halina gugur , Kandungan yang ditunggu tunggu selama dua tahun itu .
Selama setahun , Puan Halina hanya diam membisu . Termenung dan termenung adalah rutin harian Puan Halina sepanjang setahun itu . Kakaknya Puan Liya hanya mampu memberi nasihat untuk terus tabah dan redha dengan kehendakNya .
Tetapi , Selepas Puan Halina berkampung setahun di duniya yang murung itu , Alhamdulillah . Puan Halina disahkan Hamil anak kedua .
Kerana itulah , tidak pernah sekali Puan Halina memarahi atau meninggikan suaranya terhadap puterinya itu , Sazwani .
-----
"Alahai , takpe . Lain kali . Jangan main dengan benda tajam tau . Ibu taknak ada jadi ape2" Puan Halina menasihati dua anak kecil itu .
"Mak Ngah , Ibu lambat lagi ke?" Tanya Ainan , dengan wajah ayu dan comel miliknya itu .
"Kejap lagi datang lah ibu Ainan tu . Sabar ye"
Sejak bersekolah di tadika ataupun di kenali sebagai pra sekolah , sehinggalah naik ke darjah dua Ainan selalunya tinggal dirumah Mak ngahnya , Puan Halina . Petang ataupun malam barulah Ainan dijemput pulang . Begitulah kehidupannya , tetapi begitulah . Ainan hanya akur dengan kesibukan kerja Ibu dan Ayahnya itu .
Dengan meluangkan masa hampir sehari dirumah Puan Halina , hubungan Sazwani dan Ainan menjadi lebih akrab . Walaupun beza umur hampir dua tahun , tetapi hubungan mereka seperti adikberadik kembar .
Dimana ada Sazwani , disitulah juga Ainan . Main barbie sama-sama , main masak-masak sama-sama , makan sama-sama siap pinggan gambar kartun dan warna yang sama . Semua pink dan semua hampir sama . Mereka bersekolah di sekolah yang sama , cumanya kelas berbeza . Ainan merupakan pelajar darjah 2 manakala Sazwani darjah 4 .
YOU ARE READING
"I'm Yours , Kekasih Halal Abang"
Romantizm"I'm Yours , Kekasih Halal Abang" Kisah dua hati yang saling memendam rasa dua tahun lamanya , dan akhirnya dengan sekali lafaz . Alhamdulillah . Sah! Muhammad Hadi , 20 tahun Ainan Manshahar , 17 tahun Tetapi, Kemanisan cinta selepas nikah antara A...