He texts me! - part 3

29 3 0
                                    

Scene 3

Cutiii!!!
Lisa bukan macam gadis yang Lain menghabiskan masa hujung minggu diorang diluar, lisa ni jenis yang suka duduk di rumah je, sebab itulah dia pandai masak, menjahit, membuat kerja rumah dan macam-macam la. Serba boleh katakan tapi rupa lisa ni punya la selekeh sebab dia tak suka guna pakaian yang "Terdedah" dia suka guna pakaian yang double size dari badan dia, nasib masih ada yang minat dekat dia...

Petang tu, lisa menonton rancangan Korea yang diminatinya tiba-tiba dia mendapat satu SMS dari nombor yang tidak di ketahuinya...

"Hai, sara! Woo bin ni"

Lisa pun melompat-lompat kegirangan setelah mendapat SMS itu, kenapa tak nya pujaan hati SMS katakan. Kira-kira 10 minit macam tulah dia ambil masa untuk balas SMS woo bin tu kerana asyik mengubah-ngubah ayat yang sesuai katakan.

"Hai, woo bin :) "

"Awak tengah buat apa tu?"
W

oo bin


"Saya tengah tengok tv..awak buat apa?"
Lisa

"Tak keluar ke dengan suzy ke? Saya tengah lepak dengan kawan-kawan saya ni"
Woo bin

"Tak, saya suka duduk rumah je.."
Lisa

"Ye ke? Awak dan suzy berapa lama dah kenal ha?"
woo bin

"Kami dari sekolah rendah lagi dah kenal,kenapa?"
Lisa

"Saja tanya..awak dan suzy ada boyfriend tak?
woo bin

"Siapalah yang nak kan saya ni..haha kalau suzy pulak dia baru je break so single la.."
Lisa

"Baguslah! Hehe nanti kita SMS lagi ya...bye lisa"
Woo bin

"Okey! Bye"
lisa

Selepas je lisa SMS dengan woo bin dia terus melompat-lompat lalu berkata "dia suka aku ke?...dia suka aku ke? Yahoooo!!!" Seronok betul lisa.

Petang tu, ibu lisa tiada di rumah kerana ada urusan di tempat kerja dan terpaksa balik lewat. Lisa pun keluar untuk makan malam kerana tiada makanan dirumah..lisa pergi berjalan kaki je kerana dia lebih suka berjalan kaki untuk pergi tempat yang berdekatan dengan rumah.

Selepas lisa habis makan dia pun singgah ke kedai buku untuk membeli buku rujukan. Semasa di kedai buku lisa terserempak dengan jungkook, lisa pun memberi senyuman kepada jungkook tetapi dia mengendahkan senyuman nya itu seolah-olah lisa tiada disitu. Lisa pun berbisik di dalam hati "tu jungkook kan? Kenapa dengan dia tu ehh? Malas la nak layan" lis pun pergi mencari buku rujuk yang ingin dibelinya. Setelah dia membayar buku yang di belinya dia pun keluar untuk pulang ke rumah tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya.

Lisa risau kalau ibunya akan mencarinya bila ibunya tiba di rumah nanti kerana lisa lupa membawa telefon bimbitnya dan memberi tahu ibunya. Lisa pun membuat keputusan untuk meredah sahaja hujan lebat itu. Lisa pun berlari kehujanan, sedang lisa berlari untuk melintas jalan tiba-tiba ada kereta yang laju menuju kearahnya. Lisa pun menjerit sekuatnya "aarrgghhhhh!!!!!" Tiba-tiba seseorang menolak lisa ketepi dan mereka berdua pun jatuh di tepi jalan yang berumput.

Lisa sangat terkejut dengan kejadian yang baru menimpanya dia tergamam buat seketika.

"Weiiii! Lisa bangun laa! lisa! Kenapa dengan kau ni?"

lisa mendengar jeritan itu dan terus tersedar, dia melihat jungkook dihadapannya yang sedang memangku badannya. Tiba-tiba lisa menangis.

"jungkook..aku takut"
Kata lisa sambil menangis lalu memeluk jungkook dengan kuat.

"Dah la jangan nangis..kau dah selamat la jom pegi hospital!"
Kata jungkook sambil membuka jacketnya untuk disarungkan ke badan lisa yang telah basah kuyup.

Jungkook pun meminpin lisa ke dalam keretanya dan terus ke hospital. Mereka berdua tiada sebarang kecederaan serius hanya kepala jungkook sahaja yang luka akibat terhantuk. Setelah membuat bayaran mereka pun kembali ke kereta.

"Aku mintak maaf sebab menyusahkan kau" kata lisa yang masih dalam keadaan sedih sambil menundukan kepalanya.

"Lain kali boleh tak berhati-hati sikit..aku risau tau tu nasib baik aku ada kalau tak? Apa jadi? Dah aku malas nak bercakap tentang ni..aku hantar kau balik sekarang" kata jungkook sambil menghidupkan keretanya.

Sepanjang perjalanan itu mereka berdua senyap dan bergitulah juga ketika sampai ke rumah lisa.

3 Flavours Of Love♥Where stories live. Discover now