Oi!
"Kau buta ke?"tengking jejaka itu sambil bercekak pinggang.
"Maafkan saya,Encik"ujar Fyla memohon maaf.Dia cuba untuk bangun tetapi tidak boleh.Akibat dari perlanggaran itu,kakinya terasa amat sakit.
Dia terduduk diatas lantai, tangan pantas memegang kaki kirinya. Terasa sakit yang amat.
"Maaf,maaf.Senang betul ungkapan tu keluar dari mulut orang macam kau!"tambah jejaka itu lagi.Marah betul jejaka itu pada Fyla.
"Oi!Dia dah mintak maafkan.Bersyukur taw dia mintak maaf kalau aku tak dak maknanya!"marah Arash yang cuba menahan maruah Fyla.
Arash menghampiri Fyla, dan melutut sebelahnya. Fyla masih menahan sakit, kerutan didahi masih jelas.
"Sudah Arash,ni memang salah saya.Disebabkan saya lari tadi,semua ni terjadi"ujar Fyla tenang pada Arash. Dia tidak mahu Arash bergaduh dengan lelaki tu.
Arash memandang Fyla resah.
"Kalau dah tahu perangai macam kanak-kanak ribena jangan nak tunjuk sangat.Dah besar panjang tapi masih belum matang.Siapa mahu bayar ganti rugi beg aku yang pecah ni?"tengking jejaka itu sambil menunjukkan salah satu begnya yang sudah pecah akibat dilanggar oleh Fyla.
"Maaf Encik,saya akan bayar ganti ruginya."ujar Fyla dalam ketakutan.
"Dengar tu?Dia akan bayar balik ganti rugi beg kau yang pecah tu.Nampak sangat beli kat bundle. Beg tak berkualiti langsung.Huhhh.."ejek Arash yang sengaja mahu menaikan kemarahan jejaka itu.Arash cuba membantu Fyla berdiri semula.
Jejaka itu sudah menggenggam tangan tanda mahu menumbuk seseorang.Baru jejaki itu angkat tangan mahu menumbuk muka Arash,ia telah dihalang oleh seorang jejaka yang memakai kaca mata hitam.
"Sudah Emeer.Hentikan!"halang lelaki yang berusia dalam kalangan 20an itu.Baru Fyla tahu nama jejaka yang dilanggarnya itu ialah Emeer.
"Lepaskan Aku,Khairil.Dia ni memang kene ajar sikit!"teriak Emeer.
"Sudah,saya akan ganti semula beg itu.Berapa harga beg tu?"ujar Fyla sambil membuka beg tangannya lalu membawa keluar beg duitnya.
"Harga beg ni 500dolar!"ujar Emeer sambil memandang Fyla dengan pandangan yang tajam.
"Glup!Aku mana ada duit sebanyak itu"Ngomel Fyla yang terkejut dengan harga beg tersebut.
"Aku tahu kau mana ada duit sebanyak tu kan?"ujar Emeer sambil tersenyum sinis dan memeluk tubuh.
"Yes.. tapi saya akan bayar secepat mungkin.Saya janji Encik."ujar Fyla lagi.
"Tak pe,biar aku bayarkan pakai cek."kata Arash sambil mengeluarkan buku cek dari dalam beg sisinya.
Fyla terkejut dengan tindakan Arash itu,dia cuba untuk menghalang tapi apakah dayanya dia mahu berbuat begitu.
"Aku tak nak duit kau!"kata Emeer dengan tegas.
"Habis tu?"ujar Arash sedikit pelik dengan perangai Emeer.
"Aku nak duit perempuan tu bukan kau!"kata Emeer lagi.Fyla terkejut dan bingung dengan apa yang mahu dimahukan oleh Emeer.
"Tapi Emeer kau kene amik jugak sebab kita dah lambat ni.Kau lupa ke kau ada meeting dengan client?"bisik Khairil pada Emeer.
"Ni kad aku,kau boleh bayar ansur-ansur."ujar Emeer sambil menghulurkan kadnya.Fyla menyambut sambil tersenyum.
"Syukur mamat ni baik hati kasi aku bayar ansur-ansur.kalau tak mati aku kene ikat perut sebab nak bayar hutang aku kat dia."bisiknya didalam hati.
"Mana kad kau?"tanya Emeer pada Fyla.
"Saya tak ada kad"jawab Fyla dengan perlahan.
"Bagi nombor telefon kau"arah Emeer.
"011-5236789"ujar Fyla. Emeer menaip nombor telefon yang diberi oleh Fyla.
"Okey."ujar Emeer berlalu pergi meninggalkan mereka.
Khairil mengambil beg kepunyaan Emeer yang ditinggalkannya lalu berlari menuju ke kereta milik adik lelaki Emeer.Dimasukan beg tersebut ke bonet kereta lalu dia bergegas memasuki tempat duduk pemandu.
Emeer memandang Fyla dan Arash sekilas. Jantungnya berdegup kencang, amarahnya masih tersisa.
Emeer yang sememangnya telah berada ditempat duduk penumpang hadapan itu mengatakan sesuatu pada Khairil.
"Oi Khai,kan aku dah cakap banyak kali jangan guna kereta adik aku!"jerit Emeer marah dengan sikap Khairil yang menjemputnya menggunakan kereta milik adik tirinya iaitu kereta Audi jingga.
"Alahai,sorry aku nak cepat tadi lagi pun kereta aku kat bengkel so aku pinjam kereta adik kau,tak salahkan?"ujar Khairil sambil tersenyum manis.
"Kereta Honda civic aku mana?tanya Emeer sambil menjeling Khairul yang sedang memandu itu.
"Ha ni lagi satu,kau makan semut ke ha?oi,kau lupa ka yang kau bawak kunci kereta kau tu masa pergi meeting kat Langkawi?Aku ni dari pejabat,celah mana pula aku nak start kereta kau?"tanya Khairil dengan tegas.Geram betul dia dengan sikap pelupa Emeer.
Emeer telah membawa kunci keretanya ke Langkawi supaya orang lain tidak menggunakan keretanya sewaktu dia tiada tetapi keretanya berada di syarikat milik bapanya.
"Owh ya,okey aku maafkan kau untuk kali ni je.Dah aku penat nak tidur dulu."ujar Emeer lalu menurunkan sedikit kerusi kereta itu supaya lebih selesa untuk tidur.
Khairil hanya menggelengkan kepalanya saja dan kembali memandang hadapan.Khairil ialah pembantu Emeer sejak kecil.
Bukan sahaja pembantu, malah sahabatnya.
Dia sudah lali dengan perangai Emeer yang suka berahsia itu.Bagi Khairil,Emeer adalah bos yang baik walaupun mempunyai ego yang melampau dan pelik.
............................................................................................................................................................................
Sementara itu di lapangan terbang,keadaan kembali tenang setelah ketiadaan Emeer. Fyla mula mengutip begnya yang bertaburan diatas lantai.
"Eeeee,geram mak dengan si jantan tak guna tu.Kalau ikutkan hati mak ni nyah nak aja mak smack down jantan tu kat sini"kata Arash sambil menolong Fyla mengangkat beg untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Sebab sebenar dia berkata begitu ialah untuk membuatkan Fyla kembali tersenyum.
"Hahaha..ada ada je awak ni.Sejak bila jadi auu ni?balas Fyla sambil menahan tawanya.
"Eeeeeeehhhhhhh..mak dah lama jadi macam ni,mu je yang tak tahu.hahaha"kata Arash yang turut ketawa.
"Ada-ada je awak ni,awakkk... hehe..saya lapar"ujar Fyla cuba bermanja dengan Arash.
"Lol,sayang mak lapar ye?jom mak belanja makan"ujar Arash sambil memapah Fyla mendekati kereta miliknya.
Beg disumbatkan ke bonet kereta. Lalu Arash memasuki kereta.
"Tapi kita nak makan kat mana?lama rasanya tak makan nasi kerabu"ujar Fyla dengan manja sambil tersenyum manis pada Arash.
"Secret"jawab Arash pendek sambil membalas senyuman Fyla.
Kereta Mini Cooper kepunyaan Arash itu memecut laju meninggalkan Lapangan terbang KLIA. Arash berhajat untuk membawa Fyla ke suatu tempat dimana akan mengimbau sejarah kehidupan mereka.
Bersambung
vote and comment guys
YOU ARE READING
My Leonessa
Fiksi RemajaLEONESSA.. apa tu? SIapa tu? kenapa? kau rasa? kau ingat kau mampu hidup tanpa aku? huh! mimpi! dan kau pulak! Manja, Sesuai untuk gadis yang lembut, sopan, ayu, cembeng, malu-malu kucing dan comel. Betul bukan? Tapi, Tidak pada dia. Ya dia! Di...