Pipi gebu berwarna merah kerna ditempek bedak itu bergetar apabila berlaga pipi cengkung milik makcik tua itu.
"Aunty datang lagi tau, bila cuti je rojer Zu. orite? Zu rindu masakkan Aunty...." ujar Zulyqa manja. Tubir matanya sudah bergenang. Bibir dimuncungkan.
Suasana kini suram walaupun keadaan di lapangan terbang itu kecoh dengan penumpang lain,
Fyla disebelah Zulyqa hanya memandang sayu, silih ganti memandang Zulyqa dan Aunty Nana. Air muka Aunty nana saling tak tumpah dengan muka ibu Zulyqa.
Tubir mata Fyla pula bergenang teringatkan ibunya juga.
Hocher dan Alex yang berada disisi ibu mereka hanya menggeleng melihat sinetron Zulyqa.
"Aunty pun, maaf kalau aunty susahkan zu. zu jaga diri baik-baik ye nak,nanti free zu pulak fly pergi jepun okay?" jawab Aunty Nana. Genggaman tangannya kian kuat menggenggam kedua-dua tangan Zulyqa.
"Ha datang la jepun! Jangan malas! Habis duit aku balik Malaysia sebab nak kena hadap muka kau je" spontan Alex menambah. Di jelingnya Horcher, memberi isyarat untuk menyampuk.
"betul tu, muak tengok muka kau je! tengok muka Fyla boleh la.Cute!" sambung Horcher lalu menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Fyla.
Fyla perasan akan senyum Horcher menunduk malu. Zulyqa hanya menjeling.
" elleh cemburu le tu! aku tak suruh kau datang pun. Aku suruh aunty ja! wekk" balas Zulyqa lalu menjelirkan lidahnya. Geram ja dia dengan mamat 2 ketul ni.
"dah dah, jangan gaduh. jaga diri tau zu and kamu juga fyla. jaga anak buah aunty ni baik-baik. apa-apa hal penting call aunty okay?" nasihat aunty nana sambil memandang fyla dan zulyqa silih ganti. Fyla mengangguk pelahan.
Justeru, dia segera menarik zulyqa kedalam dakapan hangatnya. Empangan air mata zulyqa pecah. Terdengar seduan zulyqa. Berat hatinya melepaskan orang yang dia sayang.
Sayang,ye sayang. Dia penganti ibunya yang telah kembali keramatullah.
Aunty nana tidak dapat menahan sebak didada. Dia sayang kan Zulyqa bagaikan puterinya, ini adalah amanah terakhir adiknya kepadanya.
Alex dan Horcher memandang mereka sayu. Mereka juga mendakap ibu mereka dan zulyqa dari arah belakang. Fyla hanya menonton agenda sedih itu. Setitis demi setitis air matanya mengalik membasahi pipi.
pelukkan yang erat kini longgar, masing-masing mengesat air mata mereka.
Alex acah- acah batuk bagi membetulkan suaranya manakala Horcher sibuk membetulkan bajunya agar kemas.
Aunty Nana mengesat air mata Zulyqa yang deras menuruni pipinya. Zulyqa tersedu-sedu menangis. Sebak didada membuak-buak. Wajah tua itu ditatap lama.
" dah dah tak mau menangis, tak cantik.smile okay?" kata Aunty nana bagi menenangkan keadaan. Zulyqa mengesat air mata di pipi aunty nana. Dia tidak dapat menahan sebak didada.
Fyla memandang dengan penuh emosi tapi dia berjaya kawal dengan baik. Bahu kawannya dipeluk kemas. Diusap-usap bagi kawannya tenang.
Horcher melihat jam tangannya dan berkata
"mummy, jom.kita dah lewat. Nani terlepas flight."
"mummy jom mummy" tambah Alex. Tangannya sedia menarik lengan ibunya kebelakang menjauhi Zulyqa.
Berat hati Aunty nana mahu meninggalkan Zulyqa. Dua tiga langkah diambil menjauhi Zulyqa.Horcher sedia menarik luggage mereka.
"Fyla, jaga zulyqa macam adik kamu dan jaga diri kamu berdua disini." nasihat Aunty nana lalu memeluk Fyla sekejap. Pipi mereka berdua dilagakan.
YOU ARE READING
My Leonessa
Teen FictionLEONESSA.. apa tu? SIapa tu? kenapa? kau rasa? kau ingat kau mampu hidup tanpa aku? huh! mimpi! dan kau pulak! Manja, Sesuai untuk gadis yang lembut, sopan, ayu, cembeng, malu-malu kucing dan comel. Betul bukan? Tapi, Tidak pada dia. Ya dia! Di...