"Setuju!"
Bersalaman sambil tersenyum. Menutup segala fail yang berada diatas meja dan membetul kedudukan masing-masing.
"Nampaknya syarikat Encik telah berkembang maju.Tahniah saya ucapkan" ujar lelaki yang berkot merah itu. Di hirupnya kopi mocha miliknya dengan tenang.
"Thank you, nampaknya macam tulah" balas Emeer yang kedengaran riak.
Di letaknya kembali cawan yang dipegang lalu diambilnya tisu bagi menyapu buih yg melekat di bibir merah milik lelaki itu.
"Baiklah, kalau begitu saya mintak diri dulu Encik Emeer" ujarnya sambil tersenyum.
Mereka bersalaman sekali lagi. Emeer menghantar jejaka tersebut dengan lirikan matanya.
"Oit!"
"Eish!kau ni, buat terkejut je!" ujar Emeer mengusap dadanya.
"How? "
"Not bad but, dia tu annoying! Ada ka patut dia suruh aku ubah penampilan aku masa dalam pembincangan tadi?" bebel Emeer pada khairil yang tersenyum melihat telatah bosnya.
"Kau tu pun satu, dari dulu aku suruh tukar gaya rambut, cermin mata kau dengan pemakaian kau tu tapi kau tak nak! Degil!" ujar khairil sambil membetulkan rambutnya.
"Shut up! Suka hati akulah nak pakai apa pun!" ujarnya sambil mengangkat tangannya seperti mahu memukul khairil.
"Bebel! Dah jom!"ajak khairil lalu mengambil langkah kemas ke luar restoran tersebut.
Selepas keluar dari restoran tersebut, Emeer dan juga Khairil berjalan beriringan menuju ke tempat parkir kereta.
"Eh eh.. Aku macam pernah nampak je perempuan tuh.." ujar Khairil tiba-tiba.
Emeer terhenti sebentar dan memerhatikan gadis yang dikatakan oleh Khairil tadi.
"Itukan perempuan yang langgar aku tu kan.. Ish.." Emeer menggigit bibir bawahnya. "Aku nak ke sana kejap."
"Weh, kau nak gi mana!"
Jeritan Khairil tidak dihiraukan oleh Emeer. Emeer melangkah menuju ke arah gadis yang dikatakan tadi.
"Hei!" Emeer menolak bahu Fyla.
Terpampang wajah terkejut yang mampu dipamerkan oleh Fyla. Fyla menelan liur. Tekaknya terasa perit.
"Arr. Encik?"
"Huh, tak sangka kita jumpa lagi ye. Macam jodoh pulak . hahah" spontan Emeer berkata.
"Dia ni gila ke ape?" ngomel Fyla perlahan seperti berbisik.
"Apa? Apa kau cakap tadi?"
"Takde! Takde pape. Emm.. Serius! Takde pape."
"Kau yakin? Huh, ingat eh.. 500 dolar. Kalau 500 dolar ditukarkan kepada ringgit Malaysia, agak-agak berapa eh? Emm.." lagak Emeer seperti berfikir.
"Emm. Saya mampu bayarlah! In Sha Allah. Saya yakin." yakin Fyla menjawab.
"Serius? Are you mean it? Aku nak kau bayar dalam masa dua bulan. Kalau kau tak mampu, tengoklah apa aku nak buat kat kau. Hahahah"
Makin kuat Emeer ketawa, makin kecut perut Fyla dibuatnya.
"Woi, apa kau nak buat ha!" sergah Arash tiba-tiba.
"Hei, pergi baliklah! Tak payah nak ganggu dia sangat eh. Kau tu tak berhati perut! Suka nak menyusahkan orang. Macam takde life. Harap je muka handsome tapi pui. Perangai cam hampeh! Huh!" tembak Arash macam-macam membuatkan telinga Emeer terasa panas.
"Huh! Cakap mulut tak sedar diri. Takpe. Bye baby! Kita akan jumpa lagi lepas ni." ujar Emeer kemudian mengenyit mata kepada Fyla.
Emeer pun menghilangkan diri selepas apa yang berlaku.
"Eyy.. Mamat tu kan. Sial arr. Haish.."
"Eyy.. Dah lah. Tak payah nak carut sangat. Dah ar saya nak balik. Tiba-tiba tak selera pula nak makan. Jom awak." ajak Fyla kemudian menuju ke kereta.
Hancur punah musnah harapan Arash ketika itu. Baru nak ber'sweet-sweet' dengan Fyla, moodnya pula tiba-tiba berubah. Arash hanya mampu berserah dan terima seadanya.
"Yela."
**
"Gol!!!"
"Opocot mak aku datang rumah!"
" Hah! Mak kau nak datang rumah!" sudah gelabah Emeer disebabkan Khairil yang melatah secara tidak sengaja itu.
"Haish. Kau nih. Aku lepuk karang. Jerit tu jangan kuat sangat. Termelatah aku tahu tak." Khairil sudah mengurut dadanya.
"Ish kau nih.. Ingat mak kau nak datang rumah. Dah ar rumah aku ni bersepah dah macam tempat pembuangan sampah." ujar Emeer sambil mendepakan tangan.
"Hah, sedar pun. Pemalas! Aku juga yang kena jadi bibik dalam rumah kau ni."
"Eih, kalau kau ok, ape salahnya. Aku boleh bayar ar." ujar Emeer riak.
"Cukuplah aku jadi orang bawahan kau kat office. Takkanlah kat rumah pun nak jadi orang bawahan kau lagi." Khairil mengambil tempat di sebelah Emeer yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dengan Pahang. Sudah semestinya Emeer sokong Kedah na.. Asal orang utara.
"Hek eleh. Kita kan sahabat. Lek arr. Rilek je. Kitakan bestie forever and ever from moon back to the Earth."
"Ayat nate gapo tu? Memandai je kau an?"
"Goll!!!!" jerit Emeer sekuat hati lagi.
"Oh nenek aku belakang kau!"
"Hahaha. Kau nih, spoil ar. Tapi kan, nenek kau kan dah takde. Buat apa nak ade kat belakang aku lak." ujar Emeer.
Tangannya sudah mengusap-usap tengkuknya yang terasa sejuk. Bulu romanya pula seperti naik turun naik turun je.
"Weih. Aku melatah je ngek." bisik Khairil perlahan. Tangannya mengusap-usap pipinya.
Emeer hanya menelan liur dan memandang ke hadapan. Tidak sanggup untuk bergerak lagi-lagi memandang ke belakang. Terasa seperti berangin je yang terasa di belakang mereka berdua.
"Emeer, kita berdua je kan." Khairil bersuara.
"Diam laa." Emeer meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.
Khairil juga membuat perkara yang sama tanda dia juga memahami isyarat tersebut.
Dalam tidak sedar, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Cuak. Itulah yang hanya mampu menggambarkan reaksi mereka pada masa itu.
"Weih!!" Jerit Khairil.
"Woi! Kau jantan en. Takyah lah jerit cam betina." tegur Emeer dalam gelisah.
Mana tidak gelisahnya, tiba-tiba sahaja tiada bekalan elektrik. Sudah lah malam. Suasana menjadi gelap dan sunyi. Baru je Khairil melatah yang di belakangnya ada neneknya.
"Cuba kau check kat luar. Rumah lain ada tak elektrik." pinta Khairil.
Emeer menjeling Khairil tajam kemudian bergerak ke tingkap. Langsir diselak. Kemudian dia tersenyum sinis.
Apabila dia melihat ke rumah orang lain, bekalan elektrik mereka baik-baik sahaja. Kemudian baru dia teringat yang,
'Aku tak bayar bil elektrik lagi.' omelnya pelahan.
WARHHHHHHHHHJHJ! jerit Khairil geram akan sikap pelupa Emeer.
Bersambung..
Sedar dah lama tak update. huhu~~

YOU ARE READING
My Leonessa
Teen FictionLEONESSA.. apa tu? SIapa tu? kenapa? kau rasa? kau ingat kau mampu hidup tanpa aku? huh! mimpi! dan kau pulak! Manja, Sesuai untuk gadis yang lembut, sopan, ayu, cembeng, malu-malu kucing dan comel. Betul bukan? Tapi, Tidak pada dia. Ya dia! Di...