Part5

362 32 8
                                    

🌹🌹🌹🌹

Bunyi burung berkicau diluar membuatkan Eunji terbangun dari tidurnya. Eunji meregangkan badan. Dicapai telefonnya untuk melihat waktu.

"6.15. Aku patut pergi mandi dan siapkan sarapan." Eunji turun dari katil dan menarik bagasinya. Diambil tuala dan pakaiannya lalu bergegas ke bilik air diluar biliknya berdekatan dapur.

Selepas 20 minit mandi, Eunji segera ke dapur dan mulai menyediakan bahan masakan dan masak. Eunji memasak nasi goreng kimchi. Setelah siap memasak, Eunji menghidangkan nasi goreng kimchi di atas meja. Eunji duduk menunggu Jungkook. 5 minit kemudian Jungkook keluar dari biliknya dengan berpakaian sekolah. Eunji terus berlari ke biliknya setelah melihat Jungkook keluar dari biliknya. Jungkook ke dapur untuk minum air sebelum ke sekolah. Dia terlihat ada sebuah pinggan diisi dengan nasi goreng kimchi dan secawan kopi dan juga sekeping memo. Jungkook mengambil memo itu lalu dibacanya.

Good Morning Jungkook-ssi. Saya sediakan awak sarapan. Saya harap awak makan sebelum ke sekolah. And jangan risau, saya tak akan makan dengan awak sebab saya akan makan di sekolah. Selamat menjamu selera.

Jung Eunji

Jungkook memandang makanan yang dimasak oleh Eunji. Terus perutnya berbunyi.

"Hmm. Aku terpaksa makan jugalah." Jungkook duduk dan cuba makan sedikit. "Boleh tahan juga." kata Jungkook. Jungkook melanjutkan makannya. Eunji yang sudah berpakaian sekolah cuba mengintai Jungkook. Dia tersenyum. Jungkook mahu juga memakan makanannya. Eunji keluar dari biliknya secara senyap. Dijengkek(?) kakinya menuju ke pintu keluar rumah. Disarung kakinya dengan kasut dan terus keluar dari rumah ke sekolah dengan menaiki bas. Eunji pasti Jungkook tidak mahu menghantarnya ke sekolah kerana takut dilihat orang. Eunji juga pasti Jungkook mahu dia menutup mulutnya dari semua orang tentang perkahwinan mereka. Eunji duduk di perhentian bas. Kepalanya tertunduk ke bawah.

PIN PIN

Eunji mengangkat kepala. Sebuah Honda Vios putih berhenti di hadapannya. Eunji tersenyum.

"Annyeong Eunji-ya. Let's go to school together?" soal Mingyu di dalam keretanya. Eunji angguk lalu memasuki kereta milik Mingyu dengan senang hati. Thanks to Mingyu, dia tak perlu tunggu bas.

"Eunji-ssi." panggil Mingyu.

"Eoh Mingyu-ssi. Waeyo?"

"Bukan rumah awak kat Seoul villa ke? Kenapa awak boleh ada kat bus stop Seoul apartment?" soal Mingyu membuatkan Eunji menelan air liurnya.

"Eo.. Eo..  Saya ada rumah kat situ. Baru je pindah semalam. hihi." Eunji tersengih macam kerang busuk. Mingyu angguk.

••••••

Eunji berjalan menuju ke taman bunga di belakang sekolah. Well, now masa rehat jadi tak ada salah kalau Eunji ataupun sesiapa pun pergi ke sana. Eunji duduk di bangku di bawah pokok cherry blossom. Sekarang musim bunga dan Eunji amat menyukai bunga, apalagi bunga mawar merah. Angin di pagi hari itu meniup pokok cherry blossom dan gugurlah bunga cherry blossom ke tubuh kecil Eunji. Eunji amat menyukainya. Tiba-tiba mata Eunji menangkap 2 tubuh sedang bercumbu dan ia adalah Jungkook dan Lisa. Eunji melihatnya sedih. Sememangnya dia tidak layak mendapatkan cinta Jungkook. Jungkook tidak mencintainya. Eunji berdiri lalu meninggalkan tempat itu dengan hati yang berkecai. Air mata yang jatuh dengan cepatnya dia kesat. Eunji redha.. Cintanya sememang tidak akan dibalas... tetapi.. benci mana Jungkook kepadanya, dia tetap mencintai Jungkook. Her first love. Dan tetapi... Eunji... Dia berjanji untuk melupakan Jungkook. Dia akan meninggalkan Jungkook pada hari yang sesuai.

HURT [HIATUS] [Malay]Where stories live. Discover now